Friday, July 22, 2011

Segmen cx's : geng UiTM by campus



UiTM Sarawak Campus Samarahan
Diploma In Accountancy
Part 5

Excuse me?

Wahai cik abang sayang intan payung permata. Boleh lagi kau cakap aku sombong last time sebab tak reply emel kau? Yang kau sendiri tak reply emel aku sekarang ni kenapa? Buat sakit hati aku saja.. Ya la kan, aku tengok Facebook kau, kau lagi tengah syok berkomen ngan satu orang perempuan ini, perempuan yang kau suka sangat tu..

Aku anggap kau macam kawan baik aku. Ya lah, kau tu memang kawan aku pun,kawan lama aku yang aku anggap agak rapat dengan aku. Aku emel tanya kabar semua tu sebab nak eratkan silaturrahim la. takpa,takpa..aku tak kisah sangat pun..huh..

Baik aku blah dulu, nak buat kereja lain...

Bye2,
Ash.

Thursday, July 21, 2011

Yo Selamat Datang ke Bandaraya Metropolitan Kuala Lumpur!

Aku lupa nak bagitau (bukan lupa tapi tak sempat sebab jarang online baru-baru ni) heheh...yang during midterm break ni, aku pegi KL.Cuti cuma seminggu tapi aku pulak dok KL lebih dari cuti midsem..Kuliah dah start nanti baru aku balik.

Apa sebab tak pegi kuliah? Ponteng kelas ya...
Eh mana ada...Aku pegi KL pun atas urusan rasmi tau...

Hrmm..aku takkan dapat selalu sangat update blog. Laptop aku kena virus, tak boleh selalu sangat connect ngan internet. Sekarang aku online pun pakai laptop pinjam.

Tu ja untuk post kali ini, kalau laptop aku dah ok nanti, baru aku boleh buat post panjang berjela...hahah

Love,
Ash

Sunday, July 10, 2011

Kisah Ana..


Ana menuju tangkas ke arah telefon bimbitnya. Dicarinya nama 'Mama' dan terus mendail.
"Hello?"
"Hello, mama."
"Ye, ana, ade ape"
"Mama, Ana nak balik la, tak nak duduk sini lame-lame. Ana pun takde kawan"
"Kenapa pulak nak balik? Kan Ana baru je seminggu duduk kat kampus tu. Kalau takde kawan, bergaul lah ngan roomate Ana. Jangan jadi budak sombong pulak. Mama tak pernah ajar Ana camtu," jawab Mama.

Ana, seorang anak manja kepada seorang ibu yang tegas tapi penyayang. Ana sendiri pun tak tau macam mane die boleh jadi anak yang manja sedangkan ibunya memang seorang yang tegas. Mungkin kerana Ana adalah satu-satunya anak perempuan di dalam keluarganya. Tambahan pula, Ana anak bongsu. Atau mungkin kerana Papa dan abang-abangnya yang terlalu manjakan Ana.

"Ala, mama..Ana nak balik jugak, Ana tak peduli! Ana tak suka duduk sini!"
"Tak boleh! Ana, Ana kena belajar hidup berdikari tau. Kena latih dari sekarang. Kalau tak sampai bila-bila pun Ana akan terus bergantung kat Papa dan Mama.." ujar Mama.
"Kalau Mama tak nak bawak Ana balik, Ana balik rumah Abang Kafli la nanti. Bye Ma," Ana terus memutuskan panggilan tanpa memanjangkan lagi perbualan dengan Mamanya.
Didailnya pula nombor telefon abang sulungya, Abang Kafli.

"Abang, petang ni dapat bawak Ana balik tak? Ana tak nak duduk hostel hujung minggu ni. Mama pulak tak nak bawak Ana balik la. Boleh kan Abang Kafli?"
"Tak bolehla Ana, malam ni abang nak pegi airport, ambil flight ke Singapore. Nanti nak ambil Ana balik takut tak sempat pulak nak pegi airport nanti. Lagipun abang kena ada kat aiport dua jam lebih awal daripada jam penerbangan,"
"Ala, leceh la camtu. Ana tak tahan duduk hostel la, Ana nak balik rumah jugak!" rengek Ana.
"Takpe, nanti abang telefon Mama, pujuk Mama suruh bawak Ana balik rumah, k? Puas hati?"
"Ok, thank you Abang Kafli, love you, have a safe journey ye,"

*****
Peristiwa lima tahun yang lalu benar-benar mengubah hidup Ana 360 darjah. Mama dan Papa dalam perjalanan ke kampus Ana belajar, nak ambil Ana balik rumah sebab Ana tak suka tinggal kat hostel.

Malang tidak berbau, kereta yang dipandu oleh Papa terbabas dan melanggar sebuah lori yang datang dari arah yang bertentangan.

Ana menjadi anak yatim piatu dalam masa beberapa saat selepas itu. Ana berubah sikap. Tidak lagi seperti anak kecil yang selalu merengek. Nak bermanja dengan siapa? Dua orang abangnya masing-masing sibuk dengan kerja dan keluarga.

Ana menahan air matanya daripada menitis apabila terkenangkan arwah kedua orang tuanya kerana khuatiri dilihat oleh teman-teman.

"Hey Ana! Hurry up! We'll be late to Lily's surprise party!" ujar Kathy, seorang teman sebilik Ana yang juga teman sekuliahnya.

"I'm coming!" lantas Ana bangun dari kerusi dan meluru ke arah Kathy sambil membetulkan selendang yang dipakainya persis gaya Hana Tajima.

Ana sekarang sudah melanjutkan pelajaran di Australia, lanjutan Degree. Ana bersyukur, dia sudah mampu untuk berdiri atas kaki sendiri dan merantau ke negara orang. Mungkin ada hikmahnya Allah mengambil kedua orang tuanya daripadanya. Ingin melihat dia berdikari, berubah menjadi seorang muslimah yang baik dan berjaya. Dia redha. Lagipun itu semestinya sudah menjadi kemahuan Mamanya.
"Kalau Mama masih ada, tentu Mama bangga akan diriku,"

"Mama, Papa, Ana rindukan Mama dan Papa,"

Termenung sendirian terkenang peristiwa lalu...



-The End-

p/s: saje boring-boring aku reka la satu cerita pendek lagi simple. Gamba credit to google, model, Hana Tajima. Cantikkan dia? =)

Beli Baju Online?

Nak beli baju online? Memang dah takde keje lain selain shopping online? Dah jadik habit dah??.. La, same lah kite...haha..

Ok, ni aku nak rekomen satu tempat yang korang boleh beli baju T-shirt secara online. Berbaloi gak la, design die pun semua design yang baru-baru dan rugged!! Banyak koleksi untuk lelaki. Untuk pompuan pon ade. Harga? Lumayan~ Setimpal dengan kualiti produk dan delivery.

Rugged kan? Nak tengok banyak lagi corak? Sila scroll bawah lagi ye~


Aku sendiri pun dah dua kali beli barang kat blogshop nie. Nama kedai die Empoz.com. Klik je gamba kat bawah kalau nak window shopping



p/s: aku tak dibayar ye untuk promote blogshop nie, saje sebab suka =)

Saturday, July 9, 2011

Peristiwa di Randau JPK

Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Sarawak ada menganjurkan aktiviti randau pada hari rabu yang lepas. Apa itu randau? Randau dalam definisi bahasa Sarawak tu bermaksud kita berkumpul beramai-ramai then relax-relax sambil borak-borak..tu maksud dia menurut pemahaman akulah kan.

Aktiviti Randau tu berlangsung kat Dewan Jubli UiTM. Kenapa nak pergi? Sebab nak dapatkan cop kolej. Cop tu penting dalam pengiraan mata nak dapatkan tempat untuk bilik asrama untuk semester hadapan. Aku pegi pun sebab tu la, hehe...

Apa yang kiteorang buat kat majlis Randau tu? Basically, kalau UiTM Sarawak ni ade buat aktiviti yang diberi nama Randau bermaksud kumpulkan semua pelajar dan pegawai-pegawai atasan, pelajar akan ajukan apa2 aduan terus kat pegawai berkenaan. Kalau nak buat aduan, kena bangun dari kerusi dan berjalan kat tempat mikrofon tu dan cakap la apa yang terbuku kat dalam dada tu. Pegawai yang duduk kat atas stage tu pulak akan menjawab segala aduan dan kemusyikalan para pelajar. Camtu la ceritanya..

Pengerusi majlis pada malam tu ialah Encik Awang, salah seorang penyarah kat UiTM gak. Nasib baik beliau jadi MC, kalau tak, alamatnya boring giler la majlis Randau pada malam tu. Encik Awang ni memang lucu sikit. Pandai beliau serikan suasana yang agak tegang dan boring itu.

Ni aku nak cerita pasal salah satu aduan pelajar. Wakil budak lelaki dari asrama Seri Mulu. Die mengadu, kenapa takda WiFi kat hostel, then naper tak boleh nak tengok Astro gak. Jawapan dari pegawai RS tu agak mengejutkan kami semua. Pada awal tahun 2010, pihak kolej ada menyediakan modem WiFi kat setiap blok budak lelaki. Tapi malangnya tak sampai satu semester pun, modem WiFi tersebut hilang kena curik ngan budak2 ntah yang tak bermoral tu. Wui, geram betol la aku. Name saja student Universiti tapi mentaliti macam penyamun yang tidak pergi sekolah!! Buat malu saja.
Astro pulak, memang pihak kolej ada jugak sediakan Astro untuk budak2 semua tapi diaorang ni gila. SmartCard Astro pun nak curi!! Aih, aku pun penin jugak mendengarnya..Apa nak jadi la kat pelajar-pelajar Universiti zaman sekarang..ka pelajar UiTM??..tepuk dada tanya selera~

UiTM Sarawak *credit to google*




Thursday, July 7, 2011

Masalah Teknikal? Fixed!!

Hai korang, 
aku rasa hepi sangat sebab masalah teknikal macam takleh komen tu da diatur. Sebab utamanya ialah aku punya blog layout tu tak betol seket. So, aku pakai cara paling mudah dan selamat, aku gune blogger template. Tapi aku edit-edit la kan? 

So, inilah hasilnya!!! Blog Ash dengan rupa dan muka baru!!
Aku sayang kat layout yang dulu tu, ade gamba smiley rock, tapi tak dapat nak berfungsi sangat, tak jugak guna kan?

Geng!! Sekarang korang dah boleh komen kat post-post aku!!

Selamat membaca~

Tuesday, July 5, 2011

Maafkan aku

Maafkan aku
andainya aku selalu terkasar bahasa terhadapmu

Maafkan aku
andainya selalu marahkan kamu

Maafkan aku
andainya aku selalu mengganggumu

Maafkan aku
andainya selalu bersikap sinis terhadapmu

Maafkan aku
kerana tak boleh berhenti menyayangimu.


Dedikasi buat keluarga dan kawan2 tersayang,
Ash.

Friday, July 1, 2011

Selamat Hari Lahir

Aku nak ambik kesempatan ni untuk ucapkan 'Selamat Hari Lahir' kepada seorang teman yang aku sayang macam aku sayang bestfriend aku sendiri, ye la kan, dia kan bestfriend aku jugak...



=)