Tuesday, August 30, 2011

Salam Raya

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada rakan-rakan blogger sekalian..Mintak ampun sekiranya sepanjang saya menulis blog ni ade tersalah taip,terkasar bahasa dan sebagainya yang menyinggung perasaan sesiapa pun. Saya mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki...

Kepada Si Dia,rakan-rakan,kenalan dan jugak pensyarah kesayanganku, Cik Siti M. Salleh, yang kini berada di luar negara dan sedang menyambut Syawal di perantauan, jangan sedih-sedih ye, kiteorang kat sini pun merindui dan mendoakan yang terbaik untuk anda sekalian. Belajar rajin-rajin, dapat kerja bagus jangan lupak belanja kamek di sitok =P




Salam Raya,
Ash.

Tuesday, August 23, 2011

Saya Budak Baru Belajar??...

Selamat pagi semua!! Padahal tak lama lagi nak masuk waktu tengah hari. Nape la pokul 12 tengah hari ni gak ade kelas??..kacau betol la..haish..

Dengan masa yang ciput ni, aku berblogwalking. Lama dah tak jalan-jalan. Rindu la jugak nak tengok-tengok dan baca sekali isi blog geng-geng blogger ni. So, aku adelah jugak terjumpa blog geng satu UiTM, pernah lepak sama dulu tapi tak banyak cakap..blog dorang memang hebat la, cantik..tak macam blog aku. Ye la, aku kan baru nak berjinak-jinak dalam dunia belogging ni...haha

Takpe-takpe, biar aku bermula dari awal dulu..lama-lama nanti ok la tu..

Okeyh, off to class!!

Love u'olls,
Ash.

Saturday, August 20, 2011

Tak lama lagi Raya...yeay!

Assalamualaikum,

Wah tak sangka kan? Rupa-rupanya kita dah berpuasa selama 20 hari! Yea, lagi tinggal 10 hari...Hrmmm..aku belom beli lagi lagi la baju raya..takpe-takpe Khamis minggu ni dah mula cuti, aku terus pegi kedai baju beli baju raya baru =)

Family aku kalau raya, tak buat biskut ataupun kek. Sebabnya mak aku tak pandai buat semua tu. Apatah lagi anak dyer nie...=P 
Mak aku cakap beli jer lebih baik, tak penat-penat nak buat. Macam-macam jer alasan mak aku tu. Tapi selalunya kalau raya, mak aku masak ayam rendang, ayam merah, daging hitam, daging rendang..tapi aku paling minat Itik Pak Lo..kalau mak aku masak sekali Itik Pak Lo untuk raya, alamatnya aku makan tu je, makanan lain aku tak pandang pon...sedap wei..apatah lagi mak aku tu memang pandai masak masakan Cina.

lebih kurang camni la rupa Itik Pak Lo...
ketupat dan rendang

Dan selain mengidam Itik Pak Lo, aku pun mengidam nak makan ketupat dengan rendang...wah..meleleh dah air liur aku ni padahal baru je bebukak puasa..

Kalau korang makan ketupat,rendang dan segala kueh mueh tu, harap janganlah lupakan aku kat sini yer..oh ye lupe pulak nak bagitau yang hari ni aku bebukak puasa seorang diri kat bilik hostel. =(
Kawan-kawan aku semuanya dah balik rumah. Aku taknak balik sebab aku nak study rajin-rajin sebelum aku jadi malas sepanjang cuti Raya nanti =P

Pasal post aku yang sebelum ni, sorila..aku tau aku agak emo sikit. Siapa yang tak sakit hati kalau hati tu dipermainkan?..Huh..

Salam ramadhan,
Ash.

Friday, August 19, 2011

Tiada Kata untuk Diucapkan

Tiada kata untuk diucapkan...aku rasalah...



Huh, benar kata orang, one moment you feel like you're on top of the world and the other moment, you feel like your heart crash into pieces..


Tapi dalam kes aku, these two situations happened consequently!! Pagi ni aku rasa happy sangat-sangat then malam nye pulak aku rasa kecewa sangat-sangat. Nak explain pun macam complicated sangat la nak explain. Ni soal hati punya la. Baik aku takyah explain






Annoying orange,
aku bencik ar tengok muka ko..
aku suka lagi muka aku sendiri kalau aku senyum..
HAHAHA...

Budak Pelik,
Ash.

Wednesday, August 17, 2011

Dup Dap Dup Dap Jantungku~

Bedebar jantungku mendengarkan namamu...ah..ah...
Eh2, nyanyi lagu Amelina pulak...hehe *blushing*

Hrmm,sebenanya kan awal pagi ni, aku tetiba ja anta satu emel kat Si Dia..bukan aku tak pernah anta emel kat dia tapi tetiba ja aku taip sesuatu yang aku sendiri tak duga. Sebab aku dah takda idea time tu nak tulis apa so aku tulis la " Hye, imy!!"  *tetiba ja kan?*

Pastu aku terus log out akaun gmail dan terus terjun lua tingkap..sebab malu sangat..cewah, hiperbola sangat la aku ni..heheh..takda la gurau ja..tapi memang betol pun aku terus log out, just part terjun tingkap tu tak betol. Camne la aku nak terjun? Aku tinggal kat ground floor..

Then petang tadi aku bukak emel, die reply la..aku pun tak tau ape la agaknya die reply..so, aku bukakla. Dengan jantung berdebar-debar, nak tengok dia tulis apa.

Berbunga-bunga hatiku~
Me to Si Dia: Hye, imy!!
Si Dia to me: lol, miss jer ke?

Mak oi...berdegup kencang jantung aku time tu..malu-malu kucing pun ada gak..tak tau nak reply apa. Lagipun aku memang belom reply pun..tersipu malu aku jadinya..

Apa patut aku reply hah? Takkan nak cakap "I heart you" pulak..segan ar.. =.=

kawan2, apa patut aku buat? Help~

Yang sedang penin,
Ash.

Tuesday, August 16, 2011

Anda benci course yang anda ambik kat Universiti??..

Ade tak anda semua rasa macam benci kat course yang anda ambik kat Universiti sekarang? Ape nak buat, dah tu jer course yang kena offer kan?
Hah, kalau ye pun benci sangat, anda harus berupaya bagi at least 10 sebab...

Ni, aku bagi 10 sebab..*aku ambik dari buku masa aku tengah bace buku lat Library UiTM Sarawak*

10 Things I hate about Accounting

The ledger reminds me of a prison
The categories confuse me all the time
The numbers are just too many
The piles of invoices I have to read
The income I would never make
The expenses I never spent
The taxes I have to reduce
The debts I do not owe
The balance I don’t know how to do
The thought of counting other people’s money
And making them richer at the end.


Sources: Creative writing in EFL/ESL Classroom II
Jayakaran Mukundan, Pearson Malaysia, 2006.



So, kesimpulannya..benci camne pun anda kat course yang anda tengah ambik tu..belajar la nak sukakan course tersebut. Kalau tak pun, tukar jurusan pengajian anda itu..hehe..

"You may get what you don't like and you may lose what you like, so learn to like what you get"


Salam sayang,
Ash =)

Thursday, August 11, 2011

SALAM RAMADHAN

Hye semua, harap tak terlambat la ye aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...=)

Aku memang agak busy sikit kalau dah masuk bulan Ogos ni, banyak exam dan kuiz datang melanda...alahai nasib..

Apapun, Salam Ramadhan buat semua yang tersayang dan jugak gengblogger aku ^.^

aku Google jer gamba ni...