Saturday, December 31, 2011

Meski Bukan Kamu

Bismillah..

aku akan bhenti memikirkanmu..
dan aku akan benar-benar melepaskan ikatan di hatiku..
aku hanya akan merubah diriku menjadi yang terbaik hanya kerana Allah..
bukan kerana menginginkanmu.. kan kulepaskan belenggu ini.,
yang membuat hatiku semakin rapuh kerana cinta yang penuh tanda tanya..

biarlah kau teruskan perjalananmu tuk jadi yg terbaik untuk seorang yg ditakdirkan untukmu.. aku pun begitu..
aku akan meneruskan perjalananku tuk jadi yg terbaik untuk seorang yg kan menjadi Imamku meskipun itu bukanlah dirimu..

kerana kini ku telah yakin.,
jika aku telah menjadi yg terbaik, maka Allah tetap akan memberiku yg terbaik pula meskipun itu bukanlah dirimu..
kuharap kau mendapatkan yg terbaik hingga aku boleh tenang dengan pilihanNYA meskipun itu bukanlah dirimu..

sumber: selamattinggal.blogspot

sumber: Aryf Razali fb

Friday, December 30, 2011

Mintak Maaf Banyak2 Teman..

Assalamualaikum,

Hari ni tiba2 saya rasa sangat sedih. Dan kesempatan ni jugak saya ambik nak mintak maaf banyak2 kat kawan2, baik kawan sebilik, sekuliah dan satu persatuan..

Kepada member2 team Sife, aku mintak maaf banyak2 kat korang. Maaf sebab tak dapat jadi seorang leader yang baik, maaf sebab tak dapat pimpin korang dengan baik, maaf sebab tak pandai nak menguruskan korang, maaf sebab jadi pendiam sangat, maaf sebab tak tegas sebagai seorang ketua, maaf untuk segala-galanya..Aku tau, aku terima banyak komen negatif berbanding positif, tapi aku ambik yang negatif tu sebagai iktibar buat aku untuk jadi seorang ketua yang baik pada masa akan datang. Aku tau aku banyak buat salah dan perkara yang tak betul di mata korang, aku akan cuba perbaiki diri di masa akan datang. 

Maafkan aku.

Tuesday, December 27, 2011

Berita Semasa berkenaan banjir di Kuching

Assalamulaikum~

Hari ini hujan memang tak henti2 turun..kalau ada pun,kejap2 je, then lebat balik. Tadi mase tengah study, aku ngantuk2, so aku denga la radio nak buang rasa ngantok, terdengar radio Sarawak mengatakan Jabatan Meteorologi (betul ke eja ni) dah beri amaran jingga (amaran banjir) dan mengingatkan kawasan yang rendah tu berjaga2 la ye..

Tadi time kua ambik bapak aku balik kerja jam 9 malam semalam, aku lalu tol jambatan Salehudin, tengok rumah2 kampung situ yang mana kat kawasan rendah dah ditenggelami air..Selain kawasan tu, satu dua tempat lain kat Kuching pun ada ter-affected jugak.

So, sama2 la kita berdoa semoga banjir tak melanda bandar Kuching.

sumber: google
Lebih kurang macam gamba kat atas ni la keadaan kat Jambatan Tun Salehudin masa aku lalu tol tadi,just tuka lighting siang jadi malam. Lagipun ni memang gamba kat Jambatan Tun Salehudin yang aku 'cilok' kat google..hehe


Wassalam~

Saturday, December 24, 2011

Hujan Lebat di Kuching

Assalamualaikum~

Hari ni dah hari sabtu. Jam kat laptop dah tunjuk 12.58 am. Jumaat semalam hujan lebat kat bandar Kuching ni. Aku bukak Facebook je, banyak orang komplen pasal diaorang terperangkap dalam kesesakan jalan raya.Biasalah, festive season kan sekarang, tak lama lagi kawan2 yang beragama Kristian akan menyambut Hari Natal (Merry Christmas).

Tentu ramai yang tak suka hari hujan, tapi ada maksud tersirat disebalik hari hujan tu~


"Dan Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya dan Kami menurunkan dari langit: Air yang bersih suci,"

Surah AlFurqaan. Ayat 048.

sumber: google




p/s: Hujan pembawa rahmat dan angin pembawa berita gembira~ Lain kali kalau hujan, jangan la nak kutuk2 hari hujan ye =)

Wassalam~

Friday, December 23, 2011

Selamat Tido~

Assalamulaikum~

Aik? Baru nak bagi salam terus cakap selamat tido? 

Hai teman, ingat tak dulu2, kita berdua..sebelum tido, mesti cakap "Gudnite!", "Sweet dream", "Selamat malam" kat masing2..sekarang ni just cakap "Tido2" je..boring betol la.

Aku tau la conversation kita berdua jadi makin boring sebab dah takde apa kan nak cakap..tapi aku sentiasa menjadi orang yang pertama nak cakap "Hi" kat chatbox and teruskan conversation macam biasa..and aku mesti pasal aktiviti aku kat kampus. Misalnya, aku and the geng menganjurkan aktiviti ni dan ni kat kampus, best giler la, dan etc. 

And bila nak end conversation tu, mesti aku yang cakap "Ok, gudnite sweet pie". Kau cakap apa? Kau cakap "Tido2" je..hampeh betol..sengal la kau ni

Aku tak kesah sangat la teman oi...mungkin tak patut aku selalu sangat berceloteh panjang ngan kau..kau mungkin jadi boring nanti kan..(tapi aku tak kesah, nak jugak berceloteh panjang, sengal kan aku?)

HAHAHAHA baru kau tau betapa 'evil' nya aku~
=P

Bila Kantoi

Assalamualaikum~

Ok, apa nak buat bila kantoi? Kantoi apa ek? Kantoi bila kita tengah cakap buruk pasal seseorang and suddenly that person find out! Ooopppsss...

Aku la tu..(mengaku juga). Last2 tu aku pegi chat ngan dia cakap "Apesal baca blog aku? Sebuk la!" heh, lebih kurang begitu la..Tapi dia ok jer..dia kan teman aku yang sangat baik hati..tak kira betapa teruk aku cakap pasal dia, dia okay jer..siap bagi smiley =] kat aku lagi...

Sebab taknak sesapa baca blog aku terutama orang2 kat sekeliling aku, aku nak tukar link blog and tuka nama blog sekali. But then, aku pikir2, buat apa aku nak tuka kan? Biarlah ;) 
Blog ni khas untuk pembaca2 kat lua..

sumber: google

Peace no war ye brother!!

Thursday, December 22, 2011

Jangan Bermain Dengan Perasaan

Assalamulaikum~

'Headline' post kali ni - "Jangan Bermain Dengan Perasaan"??...

Ye..ni aku nak cerita sikit ni..Al-kisah ada seorang budak laki, disukai oleh ramai budak pompuan..nak kata hensem, tak jugak hensem..tapi entahla kenapa boleh ramai budak pompuan suka dia..aku pun heran gak.

Then bebalik kepada cerita 'headline' hari ini (apa kaitan dengan cerita tadi tu? -takde, saja je nak cerita =P), kepada guys kat lua sana, YES YOU! (tengok muka diri sendiri,kalau kau tu lelaki la..), aku nak bagi nasihat ni, TOLONG JANGAN SUKA BERMAIN DENGAN PERASAAN ORANG LAIN terutama perasaan budak pompuan yang suka kat kau..

Aku ni boleh dikira tahap stalker gak, selalu tengok2 aktiviti teman2 kat Facebook dan Twitter. So ada la tertengok sorang teman ni, kat Facebook, ngan pompuan lain..kat Twitter pulak, ngan pompuan lain..boleh tahan la guy ni..

So lelaki, kalau tahu yang sorang pompuan ni suka kat kau, jangan kau asyik dok melayan dia mesra sangat..bukan aku jealous..tapi tu macam dah memberi harapan palsu kat si pompuan..padahal kau tak suka dia pun. Aku rasa agak kejam la perbuatan 'bermain dengan perasaan' ni..

Jangan macam ni la kawan..berapa banyak hati perempuan nak kau sakitkan dan permainkan? Berapa banyak hah??..Setakat ni aku kira kau dah bermain dengan 4 orang perempuan...
Kalau orang buat perkara yang sama kat kakak, adik perempuan, saudara perempuan dan anak perempuan kau nanti, baru kau rasa..


Jangan main2..berdoalah untuk ketenangan kau besok lusa ye..

Pasangan Soleh =)

Soalan: 

Macammana saya nak tahu, bakal suami saya seorang yang soleh dan baik?

Jawapan:

Lelaki yang soleh lagi baik, tak ajak kamu berzina. Tak ajak berpegangan tangan, sentuh-sentuh sebelum nikah. Dia akan bernikah denganmu dengan cara baik. Dia akan berjumpa dengan kedua ibu bapamu dulu. Yang penting, dia setia berjanji akan mengahwinimu~

sumber : cxopportunities

sumber: google




Warkah dan pedoman buat diri sendiri

Assalamualaikum semua~

ya saya disini bersama anda sekali lagi. Kali ni nak cakap benda general je..nak jadikan sebagai pedoman buat diri sendiri.

Saya yakin semua orang kat sini (termasuk diri saya sendiri) menginginkan pasangan hidup yang baik dan sempurna agar bahagia dunia akhirat kelak. Bagi saya, saya nakkan pasangan hidup yang mempunyai akhlak yang baik, bagus pengangan agamanya, taat kepada Allah, Rasul dan kedua orang tuanya dan yang pasti, dapat membimbing saya ke jalan yang benar agar dapat mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Tapi, kadang2 saya tersedar sekejap.(kejap je) Kalau saya nakkan orang yang baik, saya sendiri pun haruslah berkelakuan baik.


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."

Surah An-Nur - ayat:26

sumber: google

Jadi, berkelakuan baiklah mulai sekarang kalau nakkan pasangan yang baik2 =)


Yang Berkongsi Cerita,
Ash.

Wednesday, December 21, 2011

Kejayaan Semua!

Assalamualaikum~

Aku nak luahkan apa yang terbuku kat hati aku ni..aku puas hati sangat2 dan gembira sangat2 sebab program yang aku dan kesemua ahli kumpulan persatuan S*** berjalan dengan lancar sekali!! Yahoo...

Memang gembira tak terkata la...aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kat teammate aku, tak lupa kepada lecturer2 yang support and semua student yang datang turut serta program kitaorang malam semalam..

Terima kasih banyak2!!! Sayang korang! Aku percaya sebelum kitaorang mencapai pencapaian macam ni, macam-macam cabaran dan dugaan yang datang, tapi itu semua lumrah...nak test kitaorang dulu whether kitaorang akan mampu atau tak untuk menghadapi cabaran2 yang akan datang...

Kepada junior2 semua, bila aku dah takde nanti (aku dah nak grad *sedih*), aku harap korang akan tabah dan bersabar menjalankan tanggungjawab yang dah aku berikan kat korang. Harap korang akan bekerjasama baik, jangan gaduh2 tau...*aku rasa dah nak nangis dah sekarang ni*

Berat hati aku nak tinggalkan junior2 aku sekalian..berat rasa hati bila tengok budak lelaki yang pertama kali aku jumpa dulu, sangat pendiam dan innocent, sekarang dah jadik Presiden persatuan kitaorang, menggantikan tempat aku yang dah bersara ni.

Apapun, aku doakan yang terbaek untuk semua!!

carik aku...


Yang Gembira,
Ash.

Sunday, December 18, 2011

Semangat Nak Kurus!!

Salam sejahtera (macam pembaca berita la pulak),

Aku semangat nak kurus!! Sebabnya aku dah naik dekat 10 kg kot since kali terakhir aku lost weight dulu. Tapi cara aku dulu dah takleh pakai lagi sekarang..gaya hidup aku dah jauh berubah.
Dulu masih sekolah menengah lagi, sekarang dah bergelar pelajar universiti. Sebab aku diet dulu la aku kena penyakit gastrik..nyesal kemudian tidak berguna. Walau apapun, aku turun 10 kg dulu..tapi itu dulu...

Memang aku rasa tak sedap rupa kat rupa aku sekarang ni. Hodoh betol kan jadi gemuk macam aku ni?

So, aku nak kurangkan berat badan. Sebabnya jugak, Si Dia a.k.a kawan baik aku nak balik Malaysia Februari 2012 ni..dia ajak makan sama..so aku haruslah nampak slim kan..kalau tak dia lari pulak tengok aku.

Aku harap sebab nak jumpa Si Dia tu, akan menjadi pemangkin dan semangat untuk aku turunkan berat badan dan bergaya!! Korang doakan jugak ye kejayaan aku. Semoga dapat turun berat badan, at least nak buang perut buncit aku ni. Amin.

"Walao wei, macam mana kalau tak jumpa dia?" Tidak kesah la pun, aku boleh pegi makan sendiri, sendiri2...
"No, I mean you still nak kurus even tak jumpa dia?" Ermm..pstt..jangan bagitau sesapa oo, actually aku tak kan diet punye,kompom tak kurus2, ni just 'propaganda' saja. =P

p/s: Tak sabar nak jumpa you next year...miss you =)  

Yang Semangat Nak Kurus,
Ash.

Salam Sejahtera

Salam sejahtera semua..harap sihat hendaknya...agak lama ye saya tak menjenguk ke blog saya yang cantik ni...(aku tak kesah apa pandangan korang pasal blog aku ni,janji aku bahagia)..

Ya,sudah agak lama jugak tak menulis..entah la..boleh rasa taknak menulis pulak..banyak halangannya..antara satunya ialah line internet yang agak lembap kat rumah..

Alhamdullillah sekarang dah stat semester yang ke 6 (padahal dekat nak sebulan dah kat kampus), semester diploma terakhirku..

Doakan kejayaan saya ok? Semoga semester baru ni dapat sama-sama kita tempuhi dengan hati yang tabah dan tegar..

Yang merindui,
Ash.