Saturday, January 28, 2012

Apa nak buat kalau sukakan seseorang?

Salam 1 pagi (sekarang jam 1 pagi),

ok, soalan mudah. Apa nak buat kalau sukakan seseorang?

Jawapannya sangat gila mudah,
bagitau la terus terang..cakap kat dia yang anda sukakan dia. Senang kan?

sumber: google


Nak lagi bagus? Bawaklah rombongan meminang, pegi jumpa mak bapak dia, mintak kahwin. Lagi bagus kan? Tak perlu ber'kapel', nanti bertambah pulak kes2 zina dan perbuatan tak senonoh kat Malaysia ni.

Haa, ustaz aku pun penah cakap, kalau sukakan someone, bagitau je terus, takut melepas, kalau dia tak bagi respon, maknanya takda jodoh le. Apalagi, cari lain le..=P

Ok, tak kisah la anda lelaki or perempuan, anda boleh pergi meminang pihak yang satu lagi. Kan Siti Khadijah dulu pun dia yang pergi meminang Rasullulah kan?

wasalam, selamat pagi~

Friday, January 27, 2012

Akulah Si Pom-pom gurl!

Salam sejahtera, harap para geng2 blogger semua sihat2 belaka.

Alhamdulillah, sekarang dah masuk hari Jumaat. Kita semua patut rasa bersyukur sebab masih bernafas pada hari ini. Kalau tak, takkan boleh baca entry ni kan? 

"Akulah Si Pom-pom gurl"? Apa benda tu? Haaa, ni la nak cerita. 

Alkisah, seorang budak nerd paling smart lagi sempoi bernama Ash, ada seorang kawan bernama Liyana Affendie. Si Liyana ni nak berdiet, kononnya nak kurus. Sebagai seorang teman yang baik, Si Ash ni berjanji akan menyokong Si Liyana ni untuk berdiet. Jadi Si Ash ni bagilah nasihat and tips2 berdiet yang dia tahu berdasarkan pembacaan buku dan carian internet.

Tapi Si Liyana pulak cakap begini kat Si Ash "Eh, kau dah macam coach aku la. Kau jadi coach aku berdiet la ye?" sambil buat muka gini ==> ;-)
Agak terkedu la Si Ash ni mendengarnya..so Ash pun cakap "Eh2, bukanlah..aku bukan coach kau! Aku 'supporter' je la..macam 'pom-pom girl' tu..." sambil buat aksi macam pom-pom girl.

So para pembaca semua, Si Ash kat atas tu ialah aku. Aku taknak la dia anngap aku 'coach' dia berdiet. Sebab..aku pun tak kurus2 lagi ni. Makin gemok gedempol adalah..aku hanya boleh jadi penyokong dia je..

Kat post yang lalu, "semangat nak kurus", aku ada cakap nak kurus kan. Tapi rasanya sampai sekarang aku tak diet2..so, tak kurus2 la ni         
=_______________="

seorang lagi kawan baik aku bernama Azzryn bagitau, hidup cuma sekali, so enjoy je la life ni, makan apa2 je yang you suka, tak kisah la, janji sihat, ok!

Wasalam, salam sayang,
Ash.

Wednesday, January 25, 2012

UiTM: BEL313 assignment 1 & 2

Assalamualaikum wr wbt,

hye people! (adik2 uitm especially) Below are my BEL 313 assignments in which most of it I prepared myself. Please bear in mind, the assignments were back dated in year 2011. (I was in Diploma in Accountancy part 5)

There are only 2 assignments uploaded - Assignment 1 & 2, as for assignment 3 (group forum), I am very sorry to inform that I do not keep the complete folio assignment.

You can click on the link given below to view my assignments. But please! DO NOT COPY! Use them as reference only. Insya-Allah, you can get an A too :)

For those who faced difficulties in doing this assignments, I suggested you to do more readings on journals, articles on internet or through books in the library. Please do aggresive readings, okay? Refer to any sample of seniors assignments in order to give you a better view of what you re going to do/write. And don't forget to consult your lecturer too. I'm giving you tips :)

source: google



assignment 1 (group) : CLICK HERE 1

assignment 2 (individual) : CLICK HERE 2


With regards, 
UiTM future lecturer (hopefully)



credit to:
Dayang Liyana bt Abg Affendie (partner buat assignment aku) &
Dr Caesar De Alwis (lecturer BEL 313 aku)

UiTM Samarahan, Sarawak.

Nak tahu apa erti 'Gong Xi Fa Cai'?

Salam semua!

Okay, aku buat entri ni bersempena dengan sambutan tahun baru cina yang baru je berlangsung dua hari lepas. Aku perasan la, kawan2 aku just main sebut je 'Gong Xi Fa Cai' tanpa mengetahui maksud sebenar ayat tersebut. Meh aku explain..

Gong Xi bermaksud tahniah..

Fa Cai pula bermaksud 'wishing you prosperity'

so gabungan Gong Xi Fa Cai ni bererti "Tahniah sebab/supaya kaya"

Jadi kawan2 semua! Kalau nak wish Selamat Tahun Baru kat orang2 cina, ayat yang lebih sesuai sekali ialah 'Xin Nian Kuai Le'!

sumber: google



p/s: Happy Chinese New Year! ^.^V
wasalam~

Tuesday, January 24, 2012

Gong Xi Gong Xi!

Assalamulaikum..

Rasanya tidak terlambat nak wish Selamat Tahun Baru Cina!

Hari ni, aku duduk rumah je, tak pegi mana2 pun. Even rumah Po Po and uncle2 suma aku tak pegi. Mak aku masih tak berapa nak sihat, so aku tolong2 la buat kerja rumah siang tadi..penat wo..phew..

Tapi yang bestnyer, tepat jam 12 tengah malam tahun baru ni, aku tengok secara live and dekat sekali bunga api a.k.a fireworks. Kalau tengok betul2 kat bawah orang nyalakan bunga api tu tak best sangat, sebab tak berapa nak nampak. Tapi kalau jauh sikit kompom nampak cantik bunga api tu. Aku tengok dari tingkap bilik tidur tingkat atas je. Aku tinggal kat kawasan perumahan yang majoriti nya orang cina. So, tak susah kalau nak tengok bunga api ke nak dengar bunyi mercun 'Pop pap pop pap'. Semua ada.

Oklah, takat ni je la ye. Nak sambung study pasni. Bye. Wassalam~

Sunday, January 15, 2012

Sangat Menggugat Keimananku...

Assalamulaikum~

Entry kali ni just personally about aku sendiri. Aku baru balik rumah hujung minggu ni sebab last weekend tak balik rumah, stay hostel je. Entahla kenapa minggu ni aku rasa lemah tak bermaya dan rasa sangat2 tak bersemangat.

First sekali, aku diserang sakit gigi. Weh, memang sakit la. Nak tido pun susah. Doktor just bagi ubat panadol je untuk tahan sakit. Then, exam week. Midsem exam kataka. Next, mak aku sakit. Bila aku dapat tahu yang mak aku pegi hospital naik ambulans, aku dah mula resah. Kalau mak aku sakit, sapa pulak nak jaga adik kecik aku tu? Baru je masuk tadika. Tapi alhamdulillah, mak beransur pulih now. Lastly, kalau aku ada buat sesuatu, mesti ada yang tak betol je. Segala apa yang aku buat mesti ada yang tak betol. Tu yang buat jiwa kacau.

Tapi yang lebih menggugat keimanan dan kesabaran aku ialah buat case study subjek FAR 360. Mak oi...mencabar aku habis-habisan! Untuk sekejap, semasa aku still working on this case study, buat aku berpikir, apa betol aku tengah ambik kursus perakaunan ni? =.=

Tadi aku ada chat ngan sorang kawan baik lagi rapat. Dia tanya pasal blog aku sebab dulu pernah kantoi cakap2 pasal dia kat blog. Hehehe..sorry ye =P Blog aku ok2 je..just aku yang tak pernah 'publish'kan blog aku kat Facebook mahupun Twitter. Yang kantoi dulu pun melalui Twitter secara tak sengaja..autopost. So, mostly kawan2 aku takkan tau la pasal kewujudan blog aku ni. Malu la nak show kat dorang blog aku ni. Lagipun ni satu-satunya blog aku cakap Melayu. Dalam tulisan blog memang cantik ayatnya tapi kalau disuruh bercakap, tergagap-gagap aku..tak fasih cakap 'Malaya'..huhu

Ok, baru je login Twitter, tengok tweet sorang rakan baik ni, dia tweet dia baru je kena marah tak reply mesej sebab main game tadi, 6 hours ago. Then dia tweet lagi bagitau kawan dia yang marah dia tu ialah kawan time sekolah rendah, 2 hours ago. Kebetulan aku ada jugak chat ngan dia tadi. Aku ingat yang aku marah sebab tak reply emel, bukan mesej. Tak kesah la.

Ok, ni pesanan istimewa kat mana2 kawan aku yang dah discover pasal blog aku ni, selamat datang dan selamat membaca. Terima kasih sebab sudi singgah ke blog yang tak berapa nak cantik ni. Lepas baca blog ni jangan gelak kat aku pulak sebab penggunaan ayat yang aku tak pernah pakai to converse.

Ok, sampai sini saja. Bye2, wassalam~

Kecewa & Patah Hati? Cara Pulihkan part 2

Assalamulaikum~ Bertemu kita sekali lagi kat sini..

Ok, dalam part 2 ini saya akan berkongsi tips pulihkan hati yang kecewa kerana persahabatan. Kalau yang part 1 pasal kekecewaan dengan ex, then part 2 pasal kekecewaan dengan rakan2.

sumber: google


Ada banyak sebab kenapa kita boleh kecewa dengan rakan2 kita. Antaranya, salah faham dan terkasar bahasa yang boleh menyinggung perasaan. Sebab yang lain2 rasanya tak perlulah saya mention kan, setiap orang berbeza sebabnya. Ada beberapa cara untuk pulihkan hati anda yang kecewa sekaligus pulihkan persahabatan anda sekalian.

1. First, kalau kecewa ngan kawan tu, luahkan kat kawan baik yang lain. Mana tahu mereka ada solution untuk sebab kekecewaan anda terhadap kawan tadi. Meluahkan juga bagus supaya anda dapat lepaskan pekung di dada.

2. Berdepan dengan kawan anda itu. Bagitau dia yang anda kecewa kat dia atas sebab so and so..bincang baik2 dan cakaplah anda kecewa kat dia namun anda masih nak jadi kawan baik macam dulu2. But in certain cases, boleh jugak kalau taknak berkawan lagi =P (jangan ikut yang ni!)

sumber: google



3. Dah bagitau kawan baik yang lain? Mereka bagi idea? Tapi anda sendiri yang tak berani berdepan dengan kawan yang terbabit. Ataupun langsung tak bagitau sapa2? Dok diam2 je la..Meaning, simpan dalam hati je. Bila berdepan dengan kawan anda tu, anda akan tersenyum lebar seolah-olah anda tak rasa kecewa pun. Memang dia buat anda kecewa tapi anda maafkan dan lupakan je salah dia. Memaafkan lebih baik daripada simpan bara lama2.

sumber: google


Ok, ni adalah serba sedikit tips dari saya. Mungkin tak berapa nak bagus tapi dapat dimanfaat jadi bahan bacaan pun cukuplah...
Adios, Sayonara~

Saturday, January 7, 2012

Kecewa & Patah Hati? Cara Pulihkan part 1

Kecewa & patah hati? Cara pulihkan part 1

Adakah sekarang anda merasa kecewa? Patah hati? Dalam part 1 ni, saya akan berbincang mengenai kekecewaan akibat hubungan soal hati dan perasaaa a.k.a soal cinta la..

sumber: google


Kenapa kecewa? Kenapa patah hati? Sebab Si Dia tinggalkan anda? Dan Si Dia sudah tidak hiraukan anda lagi? Jangan susah hati! Ok, sini saya akan bagi nasihat yang anda boleh ambil iktibar. Kalau tak nak ambik iktibar pun takpe, bacala dulu..hehe..

1. First of all, jangan pedulikan pasal si dia. Seriusly, jangan sesekali berhubung semula dengan dia untuk satu tempoh tertentu sehingga anda boleh get rid of him/her from your mind. Dalam erti kata lain, dah move on la..

2. Andai kata dia tinggalkan anda untuk orang lain, jangan salahkan pihak ketiga! Yang bersalah dan sebenar2 nya yang bersalah itu adalah si dia sebab tak setia dengan anda, paham?..Tapi kadang2 dalam hal yang lain, atas sebab peribadi,contohnya sebab tak tahan dengan perangai anda? Ukur baju di badan sendiri ye?..

3. Luangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan rakan2 anda. Jika selama ini, si dia menghalang anda untuk bersama kawan2, inilah masa untuk menebus semula kesalahan anda terhadap rakan2 sebab asyik berkepit dengan si dia sampai takda masa untuk kawan.

4. Lagi pasal kawan. Sebabnya, hanya kawan2 saja yang dapat menceriakan hari2 anda. Kalau anda sentiasa bersama kawan2 ataupun kawan baik, taklah anda rasa sangat kekecewaan tu dan lonely sangat kan?

5. Jangan bersendirian. Sebab kalau anda bersendirian, lagilah terkenang2 kat si dia.

6. Ceritakan dan luahkan rasa kekecewaan anda kepada kawan baik sahaja. Jangan dok pegi menjaja pasal breakup anda kat semua orang =.=

7. Nak lebih extreme lagi? Time korang tengah sedih2 tu, marakkan rasa marah dalam diri korang terhadap si dia!! Takla sedih sangat kan?

8. (aku tau tak logik akal and takde kaitan) Denga lagu Lady Gaga, sebab lagu Gaga semua berentak rancak dan rock gila..XD

sumber: google


p/s: Ini hanya sekadar untuk besantai sahaja. Yang baik diambil, yang buruk tinggalkan. Peace! ^.^V 
Part 2 nanti kalau aku rajin aku update la XD

Thursday, January 5, 2012

Banjir Kilat dan Pelajar terjatuh dalam longkang di Kuching

Assalamulaikum~

Baru kesempatan bukak Facebook tadi lepas habis kuliah. Dan dari Facebook jugak la, aku tau yang beberapa kawasan di Kuching ni dilanda banjir.

Di samping tu, ada berita berkenaan seorang pelajar sekolah menengah terjatuh ke dalam longkang dengan air yang sangat deras dan masih belum dijumpai hingga sekarang. 

sumber: Facebook
" KUCHING: A Form 6 girl and a petrol station worker are missing after being swept away by rushing waters in a storm drain at Jalan Rock around 7am today.

Sama2 kita doakan keselamatan semua orang yang terjejas akibat banjir kilat di bandar Kuching. Semoga banjir dan bah ini akan reda, amin~

Buat Apa dimalam hari?

Assalamulaikum~

Banyak perkara yang ingin saya bincangkan tapi memandangkan masa yang saya ada ini sangat singkat, saya saja nak ucap "Selamat Malam!" Semoga mendapat mimpi indah dan tidak lupa juga 
ALL THE BEST FOR FINAL!!! kepada pelajar2 degree,master dan phD ^-^V

USAHA + TAWAKKAL = KEJAYAAN, insya-Allah
^-^V