Saturday, February 25, 2012

Anda Budak SIFE? (1 gambar)

credit to SIFE UUM


Terbaek!!! ^.^V

Bebanyak Terima Kasih, Kawan!

Assalamulaikum w.b.t,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, aku masih hidup hari ini, masih bernafas dan masih boleh bersama dengan famili aku...*sob2*..

Dengan kesempatan ini, aku nak ucapkan banyak2 Terima Kasih buat kawan2 sekelas, sebilik, sehati dan sejiwa aku sebab dah banyak tolong aku..

Entah kenapa dengan tiba2 aku mengalami pendarahan hidung pulak, selama 1 jam darah tak henti2 keluar, muka aku jadi pucat dan aku dah rasa menggigil kesejukan. Masa tu, aku dah mula pikir macam2.".macam mana kalau bla..blaa.blaa"..pokoknya, macam2 la..

Kawan2 la yang banyak susah, tolong carikan warden kolej, temankan aku naik ambulans pegi hospital..aku sayang sangat2 la kat kawan2 aku!!

Kepada Nita, Sheila, Aimi, Hatikah dan semua yang terlibat, terima kasih banyak2..tidak lupa juga kat rumate dan ex-rumate sejati aku, Norafiqah Nabilah a.k.a Belle dan Liyana Affendie a.k.a Dayang, terima kasih!

I LUV YOU ALL!!

rumate dan ex-rumate

Wasalam.

Sunday, February 19, 2012

Why mom nags?

Salam.

Why mom nags?

ok, before I can straightly tell you why, let’s just hear a little bit of my nag, yeah? I watched the cartoon movie 'Mars needs moms'. It's about how a boy try to save his mom which has been abducted by 'Martians', some kind of alien-people from Mars.The Martians want his mom so they can extracted her memory which will be transmitted to the Nanny-robots. Ok, the rest of the story, I think you can go and watch it yourself.

I almost shed my tears watching this movie. It's about love and care. How this boy named Milo hate being told what to do by his mom. Hate it when she nagged all the time. But still he come for the rescue of his mom.

I believe we all have experienced such situation in our life. Mom told us what to do, mom nagged all the time, mom this and mom that. And we just hate being told what need to do! Me myself, (well sometimes) hate it when my mom start nagging.

And I am very sure of one thing; mom actually never does like nagging all the time. It's just something in the genes, something so naturally to happen when you're a mom. It's just so magic, isn't it?

Being a growing up girl, yup I'm a big girl now, I know how it feel to nag. I begin to realise why mom nags all the time. I happen to resemble my mom. I, myself, nag others too! I nag my little brother, I nag my best friends, I nag the person I like, just for one reason, because I love them and I care so much about them.

Sounds so unsound mind, isn't it? It's a real thing. Why would you nag someone without a solid reason? You care for them and you don't want them to do something stupid, and then you nag. Simple as that.

Don't sigh. Women are always like that. So peeps, no matter how much your mom nagged you and no matter how much you hate that, you and your mom, just love each other very much.

Getting clear of why mom nags? Have another reason for that? Well, just leave your comment, you are greatly welcome to do so. ;)

source: google


Wasalam.



To the one I love, prepare to ...

***
"Mama tidak rela kau berkahwin dengan pemuda itu, Nina", jelas mama.

"Tapi mama, saya sayangkan dia. Dia juga begitu. Dia berjanji akan menjaga saya sebaiknya dan menyayangi saya sepenuh hatinya",

"Degil kamu ya,"

"Ma, tolong ma. Bukan saya mahu membantah cakap mama. Apa kata orang kalau mama menghalang saya berkahwin dengan Eddie hanya kerana Eddie seorang lelaki berbangsa Melayu? Pasti orang akan memperkatakan mama seorang racist,"

"Mama takut, Nina. Takut kalau ada seorang lagi ahli keluarga mama disakiti dan ditindas oleh seorang lelaki Melayu, lelaki yang mereka jadikan sebagai suami mereka."

Nina hanya menundukkan muka tanda mengerti. Nina mengerti akan penyebab mama bertindak sedemikian rupa. Nina berasal dari keluarga berketurunan Bidayuh Biatah.Tiga orang saudara perempuan Nina berkahwin dengan lelaki Melayu. Tapi ketiga-tiganya tidak berkesudahan baik. Mereka ditindas, diabaikan oleh suami mereka. Mereka hidup merana kerana suami mereka.

Mama sangat sayangkan Nina. Maklumlah, Nina adalah satu-satunya anak perempuannya. Mama pasti tidak akan sanggup membenarkan Nina merana kerana suami apabila sudah berkahwin kelak. Dan Nina juga mengerti betapa dia disayang bagai menatang minyak yang penuh oleh mamanya. Nina juga sayang akan mama, tapi itu tidak bererti mama boleh menghalangnya daripada jatuh cinta terhadap seorang lelaki berbangsa Melayu.

"Ma, Eddie itu sangat serius terhadap perhubungan kami. Kalau tidak, manakan dia mahu menghantar rombongan meminang saya? Fikirkan ma. Saya berasa sangat gembira dan bahagia bersama dia, tidak mungkin saya akan merasakan perasaan yang sama terhadap lelaki lain. Saya berjanji Ma, kalau saya berkahwin dengan Eddie, saya tidak akan membenarkan dia menyakiti saya, secara mental mahupun fizikal. Saya berjanji Ma," jelas Nina. Beberapa kali dia menekan perkataan 'janji' nya itu.

Mama terdiam seketika sebelum meneruskan kata-kata,
"Baiklah kalau kau berkata begitu. Kau sudah suka, mana Mama dapat halang perasaan suka kau itu. Kalau kau bahagia, Mama pun akan tumpang bahagia,"

*****

Nina bahagia kerana dapat membina sebuah keluarga bersama lelaki yang dia percaya dapat membimbing dia ke jalan yang benar. Nina juga bersyukur kerana Mama akhirnya merestui hubungan dia dan Eddie.

Nina dan Eddie, sama padan, sama cantik bagai pinang dibelah dua. Nina, seorang gadis yang manis senyumannya dan berkulit cerah dan gebu. Eddie pula, seorang jejaka yang sangat segak, berkulit sawo matang, tinggi dan sederhana kurus orangnya. Menurut Nina, Eddie adalah 'lelaki Melayu terakhir'.

Eddie adalah lelaki terbaik bagi Nina. Eddie seorang yang penyayang dan penyabar. Eddie juga sukakan kanak-kanak. Lega hati Mama apabila melihat Nina bahagia bersama Eddie.

"Nampaknya, Nina tidak salah memilih suami. Suaminya sangat sayang akan dirinya," bisik hati Mama.

Nina dan Eddie, masing-masing mempunyai kerjaya sendiri. Nina seorang juruaudit profesional di sebuah syarikat audit. Eddie pula seorang peguam di sebuah firma guaman terkemuka di Malaysia. Masing-masing sibuk dengan kerjaya. Kadang-kadang, mereka tidak berjumpa selama 4 bulan kerana kesibukan yang melampau melanda kedua-duanya.

Ada masanya, Eddie bekerja ke tempat lain, berjumpa dengan klien dan menjadi peguambela untuk kes-kes yang diambil alihnya.

Ada masanya pula, Nina pergi mengikuti kursus, bekerja di pejabat sehingga lewat malam dan terlalu penat untuk pulang ke rumah.

Saban hari, mereka jarang berjumpa dan juga jarang menelefon antara satu sama lain. Tidak hairanlah jika mereka tidak mempunyai seorang pun cahaya mata walaupun sudah berkahwin selama 2 tahun.

"Kau harus berbuat sesuatu, Nina. Kau dan suami kau selalu sangat berjauhan. Itu tidak baik. Kau di tempat lain, suami kau di tempat lain. Apa kau melihat apa yang dilakukannya di belakang kau?" kata seorang rakan baik Nina, Lenot.

"Aku percaya 100% terhadap suami aku. Mana mungkin dia berlaku curang terhadapku,"

"Kalau sudah namanya lelaki, Nina. Apa-apa pun boleh terjadi. Kau itu terlalu menyibukkan diri dengan kerja. Sudah memadai kalau suami kau sahaja yang bekerja menyara keluarga,"

Perbualan Nina dengan Lenot telah membuat Nina sedar. Kalau keadaan ini berterusan, hubungan dia dan suaminya mungkin akan retak. Lelaki kebiasaannya lebih suka kalau isteri mereka duduk di rumah menguruskan rumah dan makan minum suami.

Nina menelefon suaminya dan memaklumkan bahawa dia sudah berhenti kerja sebagai juru audit. Kini, dia sudah bergelar sebagai suri rumah sepenuh masa. Dapatlah dia memfokuskan tanggungjawabnya menguruskan rumah dan keluarga.

*****
Kebelakangan ini, Eddie selalu sahaja pulang lewat malam. Kadang-kadang subuh baru pulang. Nina kehairanan. Masakan bermesyuarat dengan klien sampai tidak tidur? Apabila ditanya, pasti Eddie memberikan jawapan yang sama. Ada masanya Eddie naik angin apabila ditanya. Nina menghidu sesuatu yang licik.

Pada suatu malam, Eddie keluar rumah. Nina berniat untuk mengekori suaminya ke destinasi yang dikatakan mahu berjumpa dengan klien dari luar negara.

Dengan berhati-hati Nina memandu keretanya mengekori kereta Eddie agar tidak dilihat oleh suaminya itu. Nina menyusuri jalan-jalan di kotaraya mengekori Eddie dan berhenti berhampiran kawasan yang Nina takut untuk memikirkan kalau-kalau suaminya singgah di situ.

Ya, apa yang Nina takutkan adalah satu kenyataan yang menampar kuat mukanya. Eddie memasuki salah sebuah premis kelab malam di bandar. Nina mengekori. Alangkah terkejutnya Nina apabila melihat Eddie berpelukan dan bercumbuan dengan seorang wanita yang bukan mahramnya. Nina terus keluar dari tempat itu dan memandu pulang ke rumah. Remuk-rendam hati Nina. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, air matanya tidak henti-henti mengalir membasahi pipinya.

Pada malam-malam yang berikutnya, Nina masih tetap mengekori Eddie dan Nina tetap masih menyaksikan aksi yang sama antara Eddie dan seorang wanita. Nina berdiam sahaja kalau bersemuka dengan Eddie. Dia tidak mahu Eddie tahu bahawa dia telah mengekori Eddie ke pusat hiburan. Pasti mereka akan bergaduh besar kalau Nina pecah rahsia Eddie. Dia juga tidak mengadu kepada sesiapa terutama Mamanya. Pasti Mama akan masuk campur urusan rumah tangga mereka. Nina tidak mahu semua itu. Dia sudah berjanji dengan Mama, dia tidak akan membenarkan Eddie menyakitinya. Nina tekad akan mengatasi masalahnya sendiri.

*****
Seluruh bandar digemparkan dengan berita kematian seorang peguam di sebuah firma guaman terkenal mati ditikam ketika keluar dari sebuah pusat hiburan. Peguam terbabit dibunuh dengan motif rompakan. Jam tangan Tissot, wang tunai dan kad kredit semuanya hilang dari simpanan mangsa ketika diperiksa oleh pihak polis.

Seluruh keluarga, keluarga Nina mahupun keluarga Eddie juga gempar dengan berita tersebut. Peguam yang mati dibunuh itu adalah Eddie. Nina rebah pengsan pada malam pihak polis datang ke rumahnya menyampaikan berita tersebut. Nina sudah tidak mampu menangis lagi. Sudah banyak Eddie membuatkannya menangis, mungkin itu balasan Eddie yang selayaknya.

Seluruh keluarga juga sudah tahu akan masalah rumah tangganya. Namun Nina hanya mempamerkan raut wajah yang tenang dan tetap mengukir senyuman pada wajahnya kerana tidak mahu diperkatakan hidup merana bersama Eddie selama suaminya itu hidup.

Nina berpakaian serba hitam, jubah hitam bertatahkan manik-manik hitam yang berkilauan apabila terkena pancaran matahari dan pashmina sehitam kopi dan kasut tumit tinggi berwarna hitam jenama Charles&Keith mengadiri majlis pengebumian Eddie di tanah perkuburan yang terletak di kampung halaman Eddie. Nina juga mengenakan shades yang mampu menutup matanya agar tidak kelihatan merah matanya nanti. Aneh, kerana Nina tidak pernah mempunyai jubah cantik sedemikian rupa. Pakaian yang dikenakan Nina kelihatan masih baru dan mahal.

Selesai pengebumian, semua orang bersurai pulang. Nina bergerak perlahan menuju keretanya sambil mengukir sebuah senyuman kecil yang sangat sinis.

*****
Sudah sebulan Nina mengekori Eddie. Nina sudah tidak tahan lagi. Dia sudah naik minyak. Hampir setiap malam Eddie mengunjungi kelab malam dan berpelukan dengan perempuan lain.

"Aku mahu dia mati!" getus hati Nina, marah.

"Nah, ini wang tunai RM 10,000. Aku mahu dia selesai malam ini juga," jelas Nina kepada seorang lelaki berbangsa Cina yang berbadan tegap dan bermuka bengis sambil menghulurkan sampul surat berwarna kuning.

"Anggap sahaja sudah selesai, puan," jawab lelaki tersebut apabila disambutnya sampul surat yang diberikan.

"Mulai malam ini, panggil aku 'Miss Nina'," kata Nina sambil memulakan langkah pergi dari situ.

*****
Eddie mati ditikam sejurus selepas dia keluar dari sebuah pusat hiburan yang dikunjunginya. Dia mati ditikam dengan pisau pada bahagian dadanya sebanyak tiga kali. Tikaman pertama yang tepat menusuk jantung sudah cukup untuk menamatkan riwayatnya.

Eddie baru sahaja melangkah keluar dari sebuah kelab malam sambil berpelukan dengan seorang wanita. Ketika sudah menghampiri kereta, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki dan salah seorang daripada mereka menumbuk muka Eddie. Eddie mengerang kesakitan. Wanita yang bersama Eddie sudah pengsan setelah mereka menutup mulutnya dengan kain yang telah dibubuh sejenis kimia dan wanita itu dibawa ke suatu tempat lain.

Eddie pula dibawa ke suatu lorong yang sangat gelap, dia juga tidak tahu dimana. Mungkin tidak jauh dari pusat hiburan yang dikunjunginya. Eddie cuba melepaskan diri namun dia sudah tidak berdaya untuk melawan 5 orang lelaki yang berbadan tegap, bermuka bengis dan masih waras. Mereka menumbuk dan menendang Eddie yang sudah terbaring di atas jalan.

Tiba-tiba, mereka berhenti menumbuk dan menendang. Kedengaran bunyi tapak kasut menghampiri. Kelima-lima lelaki tersebut memaling muka ke arah bunyi tapak kasut. Samar-samar kelihatan susuk badan seorang wanita. Eddie yang sedang terbaring menahan kesakitan turut mengangkat muka untuk melihat siapa yang menghampiri dan membuatkan mereka berhenti memukul.

Nina! Nina datang selamatkan aku! Eddie hampir mengukir senyuman dan menarik nafas lega apabila melihat Nina. Nina menghampiri dan betul-betul berdiri di hadapan Eddie yang masih terbaring di atas jalan. Wanita yang berdiri di hadapan Eddie ialah Nina namun raut wajah yang dipamerkan tidak menampakkan raut wajah Nina yang selalu tersenyum manis. Kali ini, raut wajahnya berubah, tidak tersenyum manis tetapi nampak bengis. Kelihatan api yang membara di dalam matanya membuatkan Eddie takut.

Nina mengukir satu senyuman jahat dan sinis.

"Kepada suamiku tercinta, bersedia untuk mati!"

Satu tikaman tepat di dada mengena jantung Eddie dan menamatkan riwayatnya. Tiga tikaman, tiga tusukan pisau di jantung.

Nina ketawa riang di dalam hati. Baru sebentar tadi dia menangis, sekarang dia tersenyum seperti orang hilang akal.

"Baru kau tahu siapa aku, Eddie. Jangan ingat kau boleh main-main dengan aku. Aku pernah berjanji dengan Mama, aku tidak akan membenarkan kau menyakiti aku dan aku telah berjaya," bisik hati Nina.

*****
3 tahun berlalu setelah kematian Eddie, Nina kini bahagia menjalani kehidupan barunya. Nina berkenalan dengan seorang lelaki berbangsa Jerman yang dikenalinya melalui ibu saudaranya. Rio bekerja sebagai jurutera di syarikat yang sama ibu saudaranya bekerja.

Rio seorang yang baik dan serius akan perhubungannya dengan Nina. Nina hanya dapat berharap agar Rio tidak akan menyakiti hatinya sama seperti Eddie memperlakukan perkara yang sama terhadapnya.

"Perkara yang sama bakal menimpa mana-mana lelaki yang membuat aku menangis,"

Nina hanya tersenyum sendirian memikirkan perkara yang lalu ketika duduk sendirian menikmati cappucino di sebuah restoran Melayu ala Itali. Berkemundang sebuah lagu indah nyanyian Yuna,

"Terukir di bintang, tak mungkin hilang cintaku kepadamu..."

sumber: google


-Tamat-


p/s: originally written by Ash-the-Latitude, www.latituddanlongitud.blogspot.com

Friday, February 17, 2012

He's coming to town

Salam,


saya pasti pada hari ini dan besok, para masyarakat di kawasan Kuching dan Samarahan akan berasa tidak kesabaran untuk berjumpa dengan Ustaz Don Daniyal. Malahan rakan2 ku juga tidak terkecuali. Tidak kurang juga yang membawa satu rombongan satu famili! Wah2, begitu sekali rupanya hendak berjumpa dan melihat Ustaz Don Daniyal.


Aku? Haha, aku tidak mahu menyibukkan diri. Pasti banyak orang di tempat Ustaz Don akan pergi itu nanti. Nanti berpusu2 nak masuk, macam sardin pula. Biarlah. Aku juga boleh bertanya kat kawan baik aku sebab dia pergi dengar ceramah ustaz Don.


Semoga apa yang akan dibicarakan Ustaz Don nanti akan memberi manfaat dan impak kepada masyarakat Islam Sarawak yang menghadiri ceramah beliau.






ustaz bergaya whoa... :O
"Waduh2, pikir ustaz tak bleh bergaya ke??..ustaz pun mau nampak hensem maa"


ustaz pakai jubah dan serban
"Peace!!! Ustaz pun boleh bergambar buat peace ;)"



Sekian saja untuk kali ini.
Wasalam.

Saturday, February 11, 2012

I'm soo Gay

Salam,

jangan terkejut dengan tajuk 'headline'. Sepatutnya, "I'm soo Gai"..huhu

Ok, sambil berbelog, aku tengok2 la post2 lama aku. Huh, gai sungguh penggunaan ayat2 bahasa aku. Ya la, masa mula2 nak start berbelog cakap Melayu katakan..Lucu2..sangat lucu..Aku dah delete beberapa post yang aku rasa tak necessary and edit mana yang pelu..tapi belum habis lagi edit, penat.

Wahhhh...malu la aku! Mesti kawan baik aku tu dah baca hampir kesemua post2 aku kan?
Please tell me you haven't read all of them?...Mana aku mau taruk muka aku selepas ini? Adoyai.

So kepada kawan baik, sila abaikan apa yang aku cakap kat post dahulu kala ketika aku baru mula berblogging untuk blog ni.

Sekian, terima kasih. Wasalam.

Saturday, February 4, 2012

Wordless Saturday

Salam,

selalunya blogger lain buat "Wordless Wednesday" tapi aku hanya ada masa untuk blogging weekend saja. So, tak kesah la kan? hehe..

"Salam Maulidur Rasul ;)"

Kamu Bahagia, Aku juga Bahagia ^_^V

Salam,

beberapa jam sebelum ni, aku menitiskan air mata semasa tengah chatting dengan seorang teman baik aku. Because I have always wanted the best for her. Nak tau kenapa? Seorang pemuda yang baik agamanya, meminta izin bestie aku ni untuk jadi kawan dia! Aku terharu sangat! Baik betul la pemuda tu. We hardly know him, just kenal melalui Facebook. Tapi kalau korek2 Facebook dia, status yang dia post semuanya pasal perihal yang baik2. Tak pernah ada yang tak baik. Dulu aku approved friend request pemuda tu pun sebab banyak mutual friends. 

Actually, dah lama da aku and bestie aku ni jadi kawan pemuda tu kat Facebook. Kebetulan, aku dan bestie selalu jugak bercakap2 pasal Facebook pemuda tersebut. Sebab apa yang dia post, semua benda yang baik2. Perihal keagamaan dan motivasi. Kalau tengok gamba pun, banyak gamba kawan2 pegi majlis ilmu ataupun aktiviti camtu. And tetiba malam tadi, dia chat ngan bestie aku mintak izin jadi kawan dan dia nak kenal dengan lebih rapat lagi bestie aku. Alhamdulillah, bertuahnya bestie aku. Kalau aku, mana ada lelaki mintak izin nak jadi kawan aku.

Tapi bestie aku cakap, dia tak nak la mengharap apa2. Takpa, biar dorang jadi kawan je. Tapi aku benar2 mengharapkan yang terbaik untuk bestie aku tu. Manala tau, tup2 pemuda tu bawak rombongan meminang kan? Hehe..

Satu je aku mintak, jangan ada mana2 lelaki pun berani  lukakan hati bestie aku. Kalau aku tau ada sesapa yang berani tu, aku potong kepala dia! Gangster kan aku? (tapi sebenanya cuak, hoho)
Eh, camne pulak kalau ada orang yang sakitkan dan lukakan hati aku? Haa..abang aku pernah berpesan, "kalau ada sapa2 lukakan hati kau, bagitau abang, nanti abang pancung kepala dia!" Huh, like brother like sister kan?



Wasalam.

Scepticism of a Malay

Assalamulaikum my dear brothers and sisters,

Today's headline of my post might cause some issue and anger among the Malays. Believe me, I am not trying to be a racist here.Please do read first.

Scepticism. What does that mean? According to LONGMAN - Dictionary of Contemporary English, scepticism means an attitude of doubting that particular claims or statements are true or that something will happen.

In my discussion, scepticism of a Malay would be about how the Malays see and control their environment.

Ok, let's just let me tell you direct to the point. 

You see, in my campus, there's a cafe, but the senior people like me called them canteen. And there's one particular food shop. The people inside the shop are Ibans. But I believe they're muallaf. I mean, UiTM will not be that stupid to let the non-Muslims operating the food shop, right? Even if they do, maybe they have "Halal' certificate. Since then, that particular food shop become my favourite shop (mostly because their nice food!)

Then there's a friend. She's a Malay. Feling so doubt about the shop and the people operating them, she go and ask the aunt at the counter.
"Excuse me Aunty, may I ask you something? Are you a Muslim?"
the aunty replied "No, I'm not. But the people in the kitchen (the cook) are Muslims" she explained.

But still, the good friend of mine look for another reasons for her doubt. The kitchen helper has tattoos at his body and hands. Yes, I saw them with my eyes. That kitchen helper got tattoos. According to this good friend of mine, she feel 'doubtful' about the sources of meat that they used to cook the food.

But still, you can't use that for the reason why you're avoiding to consume their food. I like their food. It reminded me of my own family. I was born in a mix parentage of Chinese-Bidayuh-Malay. So my taste and passion for food will  be more toward the Bidayuh or Dayak's cookings.

Well, you see, the food shop might be operating as family business. It could be one of the family member married a Muslim and open up a food shop. Instead of hiring strangers, the owner hiring his/her own family members. The members that are non-Muslims. But that doesn't indicates that the food prepared is not Halal. Just because the kitchen helpers are non-Muslims? Just because most of the workers are Ibans?

I'm so sorry but I feel so much offended. I too, have some family members who are not Muslims.Since both of my parents are Muallaf, there's not a single Malay live with us, I'm sure if I invited you over to my house, you would doubt how Halal my food would be. I assumed that from the way you treat that food shop. See? Don't behave as such. People can assumed you to be as such from you behaving as such to other.

I feel kinda disappointed with Malays' scepticism. It's kinda funny how the Malays doubt food shop that is operating inside the university campus but didn't feel the same when they visit food shop located outside the campus. They go and eat at Chinese Restaurants owned by the non-Muslims Chinese, that they believed is Halal, and yet all the workers are non-Muslims too! 

Okay, I had enough of Scepticism of the Malays.

sources: google



With all due respect,
Ash.