Tuesday, July 24, 2012

Al Quran,terjemahan dan tulisan rumi

Assalamualaikum wr wbt,

Kali ini saya nak berbicara soal Al Quran. Sekarang sudah tidak ada alasan lagi tidak membaca Al-Quran. Anda boleh baca Quran secara online mahupun offline.

Saya mencadangkan anda sekalian download naskhah Quran virtual yang beserta terjemahan dan tulisan rumi. Sangat2 sesuai bagi golongan yang baru hendak belajar Quran dan hendak memulakan semula pengajian Quran setelah sekian lama Quran ditinggalkan.

DISINI LINKNYA : QURANFLAH.COM

Alhamdulillah, di mana ada kemahuan, disitu ada jalan :) Allah pasti akan menemukan anda yang benar2 ingin belajar membaca Quran dengan jalan penyelesaiannya. Tapi sangat2 disarankan juga jika hendak belajar mengaji itu biarlah berguru.

Saya sekarang juga sedang berjinak2 mendekatkan diri dengan Quran walaupun bacaanku terbatak-batak. Saya hanya mampu berdoa agar mendapatkan jodoh yang pandai mengaji dan pandai mengajarkan aku Quran. Mohon doakan ya! :)

sumber: google

Wasalam :)

Salam Ramadhan 1433H

Assalamualaikum wr wbt dan salam sejahtera,

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA KAWAN-KAWAN SEKALIAN!!

HARI RAYA NANTI JEMPUT DATANG KE RUMAH YA, JANGAN SEGAN, JANGAN MALU, SAYA TAK MAKAN ORANG... :)

SUMBER FACEBOOK


Sambil tu, aku nak cadangkan anda2 semua tengok video ni, pasti insaf anda semua..

TENGOK DAN KLIK SINI :)


Wasalam..

Saturday, July 14, 2012

Persetankah Aku? Tanya diri..

Assalamualaikum wr wbt dan salam sejahtera,

Terutama sekali ingin saya memohon maaf atas title post  yang mungkin kedengaran agak "whoa" dan "apahal ni?" Maaf, tidak dapat saya ungkapkan dengan kata2..

Persetankah aku? Jom tanya diri sendiri..Err, sebelum itu izinkan saya menceritakan satu kisah benar. Kisah ini berlakunya di Facebook, memang la sebab saya seorang yang aktif di Facebook, hehe.. :P

Di sebuah profil Facebook seorang hamba Allah yang memang suka menyampaikan dakwah, dia bertanyakan soalan yang lebih kurang berbunyi begini (sebab dah lupa exact word status fb dia) "Lelaki sukaka dengan perempuan bermake-up tebal?" 

Lalu banyaklah komen2 dari para pengikut dan subcribers..itu termasuk seorang lagi hamba Allah. Beliau memberi komen, memberi dakwah dan mengatakan bahawa mana2 lelaki yang sukakan wanita cantik2 dan seksi2 itu ibarat syaitan. Lalu banyaklah para pembaca yang lain menghentam beliau..

"Apasal cakap lelaki ni syaitan? Dorang pun manusia gak,"

"Kalau nak berdakwah tu boleh tapi kenalah guna ayat yang baik sikit,"

"Berdakwah kenalah berhemah, tak payah cakap macam tu la, tak boleh cakap orang ni syaitan, manusia dan syaitan tak sama,"

"Berdakwah dan menasihat tu kenalah baik2,cakap elok2, tak payah nak cakap lelaki ni ibarat syaitan,"


Wah, sangat berat rupanya kerja seorang pendakwah ya. Bukan mudah kerana setiap masa itu pasti ada orang2 yang akan tidak bersetuju dengan dakwah dan nasihat yang cuba disampaikan.

Bagi pendapat peribadi saya pula, tidak ada masalah beliau berkata bahawa 'lelaki itu ibarat syaitan' kalau dah memang segala perbuatannya macam setan. Kenapa marah pula? Terasa kah sebab pernah buat? Siapa makan cili, dia yang rasa pedasnya..

Perangai manusia2 kat luar ni memang pelik2 kan? Saya pun kehairanan..




Saya hanya boleh mendoakan semoga Allah melindungi para pendakwah2 Islam di luar sana yang berusaha menegakkan dan menyampaikan syiar Islam..


sumber: khadimulQuran


Wasalam.