Saturday, March 30, 2013

Kuching Berselawat

Assalamualaikum wr wbt,

Semalam pada 29 Mac 2013 bersamaan 17 Jamadil-Awal 1434 Hijrah bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, aku dan seorang rakan baikku menyertai sebuah program yang Insya-Allah sangat2 bermanfaat bagi diri aku dan juga sekalian pengunjung yang lain. Itulah dia Kuching Berselewat 3 :):):)

Kuliah perdana disampaikan oleh Ustaz Azahar Hashim al Hadhromi dan terdapat juga alunan qasidah yang dipimpim oleh Kumpulan AlMawlid & Kumpulan Qasidah Rahmatan lil 'Alamin.

SubhanaAllah, sungguh merdu dan berirama sekali alunan qasidah  pada malam itu. Pada alunan qasidah sesi yang terakhir, selawatnya berirama seakan-akan lagu kebudayaan negeri Sarawak iaitu 'Puteri Santubong Puteri Sejinjang'. Dalam banyak2 qasidah, aku paling suka qasidah 'Ya Hanana', malah aku hafal part 'chorus' nya kerana selalu sangat mendengarnya. 

Kalau hendak tahu, ini adalah kali pertama aku mengikuti program sebegini. Hati aku tertarik nak join apabila terlihat sebuah status rakan Facebook yang dishare dari Facebook Al-Mawlid. Dan aku pun ajak sekali rakan baikku. Kami mengamalkan car pooling pada petang itu.  Sesampainya aku di depan dewan tersebut, nak keluar dari kereta, aku disambut oleh seorang budak sekolah aku kira berusia 10 tahun kot. Dia memberi salam kepadaku.. Comel sungguh. Sewaktu persembahan qasidah juga aku terlihat ada seorang budak kecil berusia kira2 2 atau 3 tahun, lengkap berserban dan berjubah putih duduk dengan ustaz2 dan kelihatan mulutnya terkumat kamit mengikut bacaan qasidah. SubhanaAllah, sungguh comel,malah lebih comel daripada adikku sendiri. 

Agaknya aku menaip terlalu panjang. Haha. Ok, sampai disini saja.

Wasalam. 

sumber: FB Almawlid. p/s: cuba cari aku dlm gmba :P

Thursday, March 21, 2013

Cinta Pertama Saya?

Assalamualaikum wr wbt,

Ada antara rakan saya yang bertanyakan soal cinta pertama saya. Terus terang saya katakan saya tidak pernah mempunyai cinta pertama. Tetapi setakat 'crush' itu memang ada. 

"Cinta pertama saya ialah lelaki yang saya kahwini iaitu suami saya"

Tidak kiralah jika sebelumnya saya mempunyai 1001 bekas kekasih, lelaki yang saya kahwini akan sentiasa menjadi cinta pertama saya. 

Sumber Carian Google


Wasalam.

Wednesday, March 20, 2013

Bahana Buruk Sangka

Assalamualaikum wr wbt saudara dan saudari sekalian.


 Topik pada pertemuan kali ini ialah buruk sangka. Sebelum itu, ada satu soalan. Apakah itu fitnah dan apakah kaitan buruk sangka dan fitnah? 

 Definisi yang saya dapatkan dari laman web http://majlismalamkamis.wordpress.com/2011/04/22/definisi-fitnah/

“Dari uraian diatas, dapat disimpulkan bahwasanya pengertian fitnah adalah hal-hal dan kesulitan-kesulitan yang Allah timpakan kepada hamba-hamba-Nya sebagai ujian dan cobaan yang mengandung hikmah. Biasanya fitnah terjadi secara umum, namun ada juga fitnah yang terjadi secara khusus. Pada akhirnya, berkat karunia Allah, fitnah itu diangkat sehingga meninggalkan dampak yang baik bagi orang-orang yang berbuat kebaikan dan yang beriman,sebaliknya meninggalkan dampak yang buruk bagi mereka yang berbuat kejahatan dan tidak beriman. Wallaahu a’lam.”

 Berburuk sangka itu adalah akibat dari pemikiran seseorang yang begitu cepat membuat andaian negatif terhadap orang lain ataupun sesuatu. Antara faktor penyebab berburuk sangka atau andaian negatif ini ialah kerana seseorang tersebut bersikap sedemikian sehingga menyangkakan orang lain juga begitu. Selain itu, faktor pengalaman masa lalu. Samada seseorang pernah diperlakukan perkara buruk oleh orang lain ataupun orang yang diburuk sangkakan itu pernah membuat kesilapan masa lalu. Di samping itu, buruk sangka boleh terjadi akibat salah faham dan miscommunication. 

 Kerana berburuk sangka, maka akan disebarkan perkara yang tidak baik mengenai seseorang kepada orang lain dan seterusnya boleh menjadi fitnah. Kerana buruk sangka, maruah dan kehormatan seseorang boleh terjejas. Kepercayaan terhadap seseorang itu boleh berubah disebabkan buruk sangka.

 Kenapa harus buruk sangka? Seperti yang saya terangkan di awal perbincangan, buruk sangka ialah satu andaian negatif terhadap seseorang atau sesuatu. Hanya ANDAIAN SEMATA-MATA. Kita belum membuat penyelidikan atau pencarian yang bernas dan sahih untuk mengukuhkan andaian kita. Tetapi buruk sangka itu bukanlah satu andaian sekiranya disertakan dengan bukti yang kukuh untuk menguatkan lagi andaian kita. Seperti sebuah eksperimen dalam makmal sains. Pertama sekali kita membuat hipotesis atau andaian. Kemudian kita membuat uji kaji untuk membuktikan hipotesis kita itu benar atau tidak. Setelah selesai eksperimen dan di akhir uji kaji barulah kita membuat kesimpulan atau conclusion adakah hipotesis atau andaian yang mula-mula itu diterima. 

 Maafkan saya jika terdapat sebarang kesilapan dalam penerangan prosedur eksperimen sebentar tadi. Maklum saja saya sudah 5 tahun meninggalkan bidang Sains, Biologi, Kimia dan Fizik dan berhijrah ke bidang Perakaunan. Bagaimanapun saya bangga boleh mendapatkan gred B untuk subjek ‘sains tegar’ saya dalam SPM (ini informasi tidak penting, sila abaikan). 

 Ok, berbalik kepada topik asal. Kepada yang pernah mengalami kejadian difitnah atau diburuk sangkakan oleh orang lain pasti akan berasa teraniaya terutama sekali jika memang benar dia tidak pernah melakukan perkara seperti yang disangkakan. Memang teruk rasanya jika ada orang lain buruk sangka terhadap kita. Hanya Allah saja yang mengerti dan memahami perasaan dan situasi kita. Keadaan akan bertambah buruk jika tersebarnya fitnah tentang diri kita. 

 Sebagai manusia, tentu sekali kita akan berusaha untuk meleraikan keadaan yang menimpa kita. Tentu sekali harus ada usaha dalam menyelesaikan keadaan ini. Contohnya, perbincangan yang baik secara face to face untuk meleraikan perselisihan faham. Contoh yang lain? Maaf, saya tidak pakar dalam perkara ini. Tetapi jika ditanya kepada saya, tentu sekali saya akan menjawab, “Saya akan menangis dahulu”. Terus terang saya katakan saya seorang yang berjiwa lemah dan sensitif. Mudah menangis jika berasa tidak selesa dengan keadaan sekeliling. 

 Apapun, segalanya adalah satu cubaan, ujian dan dugaan hidup. That’s life, bak pepatah Bahasa Inggeris. Kita serahkan segala kepada Yang Maha Berkuasa, Tuhan Kita, Allah. Sebagai manusia pula, kita harus belajar memaafkan orang lain kerana kita sendiri juga mungkin pernah berbuat salah tanpa disedari. 

 “Tidak semua orang akan bersangka baik terhadap kita, tetapi selalulah kita berbaik sangka terhadap orang lain” 

 Akhir kata, hidup biar sempoi dan simple, maafkan orang lain, berkata yang baik, dan berbaik sangka.

Wasalam.

sumber carian Google



 Nota kaki: Sekiranya sesiapa yang mengenali saya dan mempunyai pandangan negatif terhadap saya, dengan hati terbuka saya menerima pertanyaan, pendapat dan komen anda :)

Sunday, March 17, 2013

Aku dan Boipren?

Assalamualaikum wr wbt..

Apa kaitan boipren (boyfriend/ kekasih lelaki) dengan aku? Sebenarnya tiada apa kaitan pun..macamlah aku ada boipren, ya tak?



sila klik gamba untuk tumbesaran
Gamba diatas di download dari Facebook Syabab Musafir Kasih

Gamba diatas membuatkan aku terfikir, "Oh, itulah sebabnya aku tak pernah ada boipren? Bukan sebab aku tak cantik, tapi sebab lain..." Maaf, ayat aku..tersangat konfiden 'cantik' hehe :P 

Renung-renungkan dan selamat beramal~


Wasalam and have a nice day! :)