Thursday, April 25, 2013

Sanah Helwah

Assalamualaikum wr wbt.

Hari ini 25hb April, aku secara rasminya telah menginjak usia 22 tahun. Sudah tua rupanya aku. Satu saja yang aku ingat tentang menyambut ulang tahun kelahiran. "Kita semakin hampir dengan kematian" 

Bersempena dengan hari yang agak istimewa ini, tentunya istimewa bukan? Kerana pada 22 tahun yang lalu, keluarga aku menyambut kelahiran aku ke dunia ini. Ok, berbalik semula kepada bersempena hari istimewa ini, aku ingin memohon maaf banyak2, kepada sesiapapun di muka bumi ini, sesiapa yang pernah aku kacau, sakiti, dan kadang2 aku terlepas cakap. Sesiapapun yang pernah berkecil hati terhadap aku. Sebab aku percaya dan yakin sangat2 bahawa aku ini bukanlah baik mana pun. Aku jahat. Aku sedar kadang2 aku jadi psycho, suka kacau orang, marah2 dan sebagainya.
Aku minta maaf ok? Harap anda sekalian sudi maafkan. Aku pun tak mahu kalau ada orang berdendam terhadap aku. Biar kita semua hidup dalam suasana aman dan tenang.

Akhir kata, terima kasih banyak2 kepada kawan2 yang telah memberi ucapan ulang tahun kelahiranku pada hari ini. Ucapan anda itu amat bermakna buat aku. Aku sangat terharu dan aku akan selalu menghargai anda semua, kawan2 sejatiku ;)