Wednesday, September 20, 2017

Perasaan Malu

Salam, lama sudah tidak dijenguk blog ini. Rasanya kualiti penulisan Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris aku pastinya sudah berkarat. Tapi ada juga aku berlatih cakap 'London' persis Harry Potter untuk melatih lidah menyebut.

Pada pandangan aku, aku adalah makhluk Tuhan yang paling malu di dunia ini. *muka kucing*
Sejak di bangku sekolah lagi, aku mempunyai sifat yang sangat malu. Malu bertanya, malu bercakap, malu menyanyi, malu bersosial, dan malu segalanya.

Pengalaman sepanjang  menjalani program diploma dan sarjana muda di universiti sedikit sebanyak mematangkan dan membantu aku untuk menghikis sifat terlampau malu aku. Walaupun tidak banyak, sekurang-kurangnya aku sudah berkeyakinan untuk bercakap di hadapan orang ramai, dihadapan orang tidak dikenali dengan syarat, aku berada di dalam satu bilik konferens yang kecil bersama mereka dan tanpa adanya orang lain yang mungkin akan menenggelamkan aku. Contoh, aku di dalam kelas bersama sekumpulan pelajar. Dalam kelas tersebut hanya aku sebagai pensyarah, hanya aku yang mempunyai kuasa tertinggi dalam kelas jika dibandingkan dengan pelajar.

Namun begitu, sifat malu yang lainya masih kekal. Sedih sekali. Agaknya wujudkah ubat untuk membuang sifat malu yang keterlaluanku ini?

Sekian, terima kasih.


Aku yang pemalu,
Has.