Wednesday, September 20, 2017

Perasaan Malu

Salam, lama sudah tidak dijenguk blog ini. Rasanya kualiti penulisan Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris aku pastinya sudah berkarat. Tapi ada juga aku berlatih cakap 'London' persis Harry Potter untuk melatih lidah menyebut.

Pada pandangan aku, aku adalah makhluk Tuhan yang paling malu di dunia ini. *muka kucing*
Sejak di bangku sekolah lagi, aku mempunyai sifat yang sangat malu. Malu bertanya, malu bercakap, malu menyanyi, malu bersosial, dan malu segalanya.

Pengalaman sepanjang  menjalani program diploma dan sarjana muda di universiti sedikit sebanyak mematangkan dan membantu aku untuk menghikis sifat terlampau malu aku. Walaupun tidak banyak, sekurang-kurangnya aku sudah berkeyakinan untuk bercakap di hadapan orang ramai, dihadapan orang tidak dikenali dengan syarat, aku berada di dalam satu bilik konferens yang kecil bersama mereka dan tanpa adanya orang lain yang mungkin akan menenggelamkan aku. Contoh, aku di dalam kelas bersama sekumpulan pelajar. Dalam kelas tersebut hanya aku sebagai pensyarah, hanya aku yang mempunyai kuasa tertinggi dalam kelas jika dibandingkan dengan pelajar.

Namun begitu, sifat malu yang lainya masih kekal. Sedih sekali. Agaknya wujudkah ubat untuk membuang sifat malu yang keterlaluanku ini?

Sekian, terima kasih.


Aku yang pemalu,
Has.

Saturday, October 15, 2016

This feelings

This feelings of mine,
undetermined and uncertainty,
haven't have the same feelings for the past 2 years,
how time flies, it's been 2 years,
yes 2 rough years.

But somehow this feelings come again,
come and struck me again.
Haven't feel this way since the last 2 years,
after my heart been broken and my feelings been betrayed.

Somehow again, I'm in doubt,
is this for real, or for fun?
For I know a heart matter is no fun matter,
without a heart no man can live. 

This feelings,
the very same feelings, struck again
after 2 rough years,
I pick myself up after he knocked me down,
and now someone else make me feel it again. 

Is this love?
or an act of moving on?
Is this true?
or something that lasts for only 5 seconds?
I'm in doubt,
for I fear twice my broken heart. 

-Haslina- 15.10.2016 


"Then butterflies, they come alive when I'm next to you"

Saturday, July 2, 2016

Syawal 1437H

Dalam masa beberapa hari saja lagi, umat Islam di Malaysia dan juga negara lain di sekitar akan menyambut Syawal.

Bagi sesetengah orang, Syawal adalah waktu dan saat paling gembira. Seluruh keluarga dapat berkumpul bersama.

Bagi aku, hari pertama Syawal akan bakal aku lalui seperti hari-hari biasa. Tiada yang istimewa untuk disambut dengan meriah. Namun jauh disudut hati, aku teringinkan Syawal pada tahun ini sama istimewa seperti masa Mak masih ada. Belum cukup setahun Mak pergi tinggalkan aku. 16 Syawal 1436H tahun lalu. Masih segar diigatan.

Semoga dipermudahkan untuk aku lalui masa-masa sukar yang bakal mendatang.