Showing posts with label ceritera. Show all posts
Showing posts with label ceritera. Show all posts

Sunday, September 2, 2012

Tidak Selayaknya Aku..


Seorang Kyai yang terhormat di satu daerah asal Indonesia melawat seorang rakan baiknya di Malaysia. Kebetulan Kyai tersebut mempunyai seorang anak perempuan dan rakan baiknya itu mempunyai seorang anak lelaki, dimana keduanya sudah layak untuk bernikah, Kyai itu berhasrat ingin mengahwinkan puterinya dengan putera rakan baiknya.

Kyai dan keluarga dijemput ke rumah untuk makan malam. Seusai makan malam, Kyai terus meluahkan hasratnya itu sekaligus melamarkan putera rakan baiknya untuk puterinya. 

Putera kepada rakan baiknya bernama Faros dan puteri Kyai bernama Halima. Kedua anak muda tersebut agak terkejut kerana tidak menyangka pertemuan dua orang rakan baik akan menjadi pertemuan lamaran. 

"Ustazah Halima, boleh saya bercakap dengan awak sebentar?"

"Ya Dr Faros? Katakan saja, saya siap mendengar,"

"Sebenarnya saya agak terkejut mendengar pak cik Kyai yang melamar saya untuk awak. Saya nak awak tahu, saya tidak bersedia lagi hendak berkahwin, apatah lagi berkahwin dengan seorang ustazah,"

"Kenapa begitu Dr Faros?"

"Saya seorang doktor, dan saya berharap sangat kelak saya akan dapat berkahwin dengan seorang doktor juga. Saya haruslah berkahwin dengan seseorang yang sama taraf, sama tahap pendidikan dan sama standardnya dengan saya selaku seorang doktor. Maaf tapi saya rasa kita berdua tidak sekufu, seperti yang diperkatakan dalam pemilihan calon isteri,"

"Oh tidak mengapa-apa, saya juga mengerti sama sekali..namun ada sesuatu yang harus saya katakan kepada anda. Saya dari kecil belajar di sekolah pesantren dan mahaad. Ilmu yang saya pelajari ialah ilmu agama, memang jauh sekali dari ilmu sains yang anda belajar. Ilmu agama dan ilmu Islam itu dapat saya manfaatkan  bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Bahkan ilmu Islam itu sendiri meliputi ilmu Sains dan ilmu lainnya.."

Ustazah Halima menyambung lagi,

"Ilmu agama saya pelajari kerana Allah, dan saya kini berjuang menyampaikan ilmu yang saya ada juga kerana Allah, saya ingin mengembangkan syiar Islam dan saya juga dikira sebagai seorang pejuang. Semuanya saya lakukan ikhlas kerana Allah..disaat ilmu akal logik tidak dapat digunakan, anda pasti beralih kepada Tuhan, sesuatu yang berkaitan rohani dan spiritual. Terima kasih Dr Faros kerana sudah berterus terang terhadap saya, saya anggap ini sebagai tolakan pinangan saya secara halus. Saya tidak berkecil hati malah saya menerimanya dengan sabar dan redha, mungkin kita berdua memang tidak berjodoh,"

Keduanya terdiam seketika...

"Kita memang tidak sekufu Dr Faros. Kita tidak sama taraf, tidak sama tahap pendidikan dan tidak sama standard sebagai seorang pejuang agama Allah."

Ustazah Halima pun memberi salam dan berlalu pergi meninggalkan Dr Faros yang masih membatu dan membisu memikirkan kata2 Ustazah Halima tadi.




Permata ka Kaca?

Assalamualaikum wr wbt,

Ketika aku sedang mencari lagu Raya dalam laptopku, aku terjumpa sekali folder lagu2 nasyid. Wah, lama rasanya tidak mendengar lagu nasyid, agak2 dengar lagu nasyid ni sekali setahun macam lagu Raya juga ya?.. =.=

"Bagaikan permata dicelahan kaca, kerdipnya sukar untuk dibezakan"

Baris pertama sebuah lagu ini benar2 menarik perhatian aku untuk mendengarnya sehingga habis lagu.

Kerana baris pertama lagu ini juga membuatkan aku tertarik untuk berkongsi satu cerita. Biar saya beri peringatan disini, budak bidang seni saja yang akan dapat memahami keseluruhan cerita. Maaf jika ada yang tidak faham.

Pernah satu masa lalu, aku dengan konfidennya mengutip serpihan kaca yang aku sangka 'permata'. Pada waktu itu, aku yakin dan sungguh yakin bahawa yang aku kutip dan pegang erat itu ialah permata. Cahayanya, kilauannya begitu indah sekali.."Ya inilah permatanya!" desis hatiku tanpa mengetahui kebenarannya.

Untuk seberapa waktu aku tetap masih mengenggam erat 'permata' itu di tanganku. Sehingga hari demi hari aku terasa sakit. Sakitnya semakin hari semakin parah. Bila aku buka genggaman tanganku, ku lihat parah tanganku berdarah, 'permata' itu benar2 telah menusuk dan melukai tanganku..segera aku melepaskan dan langsung aku menangis..

7 hari 7 malam aku menangis, menangisi betapa sakit dan parahnya luka di tangan. Juga menangisi betapa 'permata' yang aku sayang boleh melukai aku sebegitu parah. Sungguh aku kemudiannya sedar bahawa itu bukan permata tapi sebaliknya kaca! Kaca yang sungguh merupai permata tapi jauh berbeza nilainya jika dibanding permata yang asli. 

Aku sendiri masih belum pasti jika luka di tangan sudah sembuh sepenuhnya. Walaupun pada pandangan fizikal luka itu sudah sembuh, namun di mataku, terbayang2 luka dan darah. Meski sudah sembuh, kesannya masih ada bagaikan ditarah..

Kini aku lebih berhati2 memilih antara permata dan kaca. Sungguh aku tidak sanggup diluka lagi. Sungguh aku tidak mahu sakit lagi. Penglaman dan luka masa lalu membuatkan aku was2 untuk mengutip mana2 'permata' lagi meski pada permata yang asli..


meow2~

Mohon doa semoga aku akan mendapatkan 'Permata'..


Wasalam.. :)

Kuat-Kuat ya Hati part 2


Jangan Dipaksa Hati Yang Telah Kecewa..
Mulut Yang Manis Tidak Dapat Mengubat Lara..
Hanya Kesepian Menjadi Teman Setia..

Sekali Terluka Selamanya Berdarah..
Meski Hati Tidak Terluka Parah..
Kesannya Itu Masih Ada Bagaikan Ditarah..

(Memori Semalam)
 
 

Kuat-kuat ya Hati..

  
"Tidak ku sangka dengan begitu mudah kau melupakan kata lafaz kau kepadaku suatu masa lalu,
mudahnya kau melafazkan dan mudah juga hati seorang perempuan menerima dan mempercayai,
sebagaimana mudah kau melafaz, sebegitu mudah juga kau melupakan,
mungkin salah aku juga kerana terlalu percaya kau sedangkan kau sendiri pernah mengingatkan,
tapi sungguh memang hati aku sakit...siapa yang tidak akan sakit hati?"




 


Satu lagu spesel lagi lucu dari Wali band- Nenekku Pahlawanku

*LIRIK*

Jujur aku mengaku
Ku sakit hati padamu
Mengapa kau lukai aku
Mengapa putuskan diriku

Untung ada nenekku
Nenek bilang kepadaku
Bahwa bila gugur satu
Akan tumbuh sepuluh ribu

Reff:
Aku tak menangisimu huhuhu
Ku masih bisa tertawa hahaha
Walau kau telah lukai aku
Nenek bilang kuat-kuat

‘tuk apa menangisimu huhuhu
Lebih baik ku tertawa hahaha
Walau kau pergi jauh dariku
Nenek bilang kuat kuat

Mau tahu rasanya
Sakit hati itu apa
Pernahkah kau disengat lebah
Itu lebih katanya

Oh nenekku pahlawanku
Pantang mundur nasehatiku
Bahwa bila gugur satu
Akan tumbuh sepuluh ribu

Back to Reff:
Jangan kau menangisiku huhuhu
Lebih baik kau tertawa hahaha
Aku tak pergi jauh darimu
Nenekku bilang salah faham

‘tuk apa menangisiku huhuhu
Lebih baik kau tertawa hahaha
Aku tak pergi jauh darimu
Nenekku bilang salah faham

Wednesday, August 15, 2012

Alkisah Dia Bukan Ustazah: Bidadariku


Aku sudah meluahkan segala isi hatiku kepada orang tuaku. Mereka juga sudah merestui. Pertemuan dengan keluarga si dia sudah diatur. Esok adalah harinya, pertemuan dua keluarga.

Husna, nama gadis yang aku percaya boleh menjadi pendamping hidupku.Dan kerana itu, aku akan melamarnya untuk dijadikan bidadariku.

Pagi itu, aku bersiap awal. Berdebar-debar tidak terkira. Mungkin diterima atau ditolak lamaranku, hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

Aku dan kedua orang tuaku tiba di rumah besar dan cantik yang menjadi kediaman Husna dan orang tuanya.

"Ya Allah, mungkin aku tidak mampu memberikan si dia rumah sebesar dan secantik ini,tapi aku akan berusaha semampuku untuk membawanya ke rumah yang lagi cantik dan kekal abadi iaitu Syurga An-Jannah" aku bermonolog dalaman.

Sepanjang pertemuan dan 'sidang mesyuarat', hanya orang tuaku sahaja yang berbicara. Aku pula duduk disebelah kiri ayahku membisu.Agaknya orang tuaku yang lebih arif perihal ini.

Husna tidak duduk bersama kami di ruang tamu.Mungkin dia malu.Tapi aku terlihat kelibat dia dibelakang tangga berhampiran ruang tamu tempat dua buah keluarga ini bertemu.Sepertinya, Husna sedang mengintai dan mendengar perbualan kami.

Pada satu saat, aku melihat dia, dia juga melihat kearahku. Mata kami bertentangan dari jauh. Menyedari dirinya diperhatikan aku, dia terus menyembunyikan diri di sebalik tangga.

Aku tersenyum sendirian melihat ragam Husna. Husna seorang yang comel, dia comel dengan pipinya yang montok. Dia juga berkulit cerah, cerah sekali jika dibandingkan dengan aku yang gelap ini.Dan ingin aku maklumkan awal bahawa Husna tidak bertudung.

Alhamdulillah, lamaranku diterima. Pertunangan akan berlangsung dalam masa sebulan dan akad nikah pula akan dijalankan setahun selepas pertunangan.

Kenapa tunggu setahun? Pertama, sebab aku akan posting ke bandar lain lebih kurang setahun. Kedua, sebab pengajian Husna di universiti tinggal lagi setahun.

Sebelum aku dan kedua orang tuaku pulang, Husna keluar dan mengatakan dirinya hendak berbicara sedikit denganku.

Dia berdiri di hadapanku dan menundukkan muka. Perlahan dia mengangkat mukanya memandang aku.Jelas kelihatan raut wajahnya kebingungan.

"Kenapa saya ustaz? Ustaz kan sedia maklum, saya bukan ustazah..."

Seperti rakan-rakanku yang lain, Husna juga memanggilku ustaz. Mungkin kerana cita-citaku untuk menjadi seorang daie, berdakwah menyampaikan kebaikan dan menegakkan syiar Islam.InsyaAllah, aku bakal daie bergerak di hospital. :)

"Kenapa saya pilih awak,hanya Allah dan saya tahu. Andai memang kita ditakdirkan bersama satu hari nanti,baru pada waktu itu saya akan beritahu. Buat masa sekarang,biarlah rahsia, :)"

"Betul ustaz pasti dengan keputusan ustaz? Saya bukan ustazah, saya tak bertudung, saya tak pandai memasak dan menjahit, dan saya juga tak pandai mengaji Al-Quran. Sekarang katakan,adakah ustaz pasti?"

Ya Allah, mungkin ini ujian buatku. Disebalik kekurangannya,aku tahu dia punya kelebihan tersendiri. Demi Allah, aku melamarnya dan aku menyayangi kerana agamanya,bukan kerana kecantikan dan kekayaan semata-mata.Aku percaya dia punya agama dan aku percaya dia boleh berpegang teguh dengan agamanya.Ya aku yakin dengannya walaupun dia bukan ustazah.

"Saya pasti dengan keputusan saya," jawabku pendek sambil melontarkan sebuah senyuman manis.

Aku bertolak ke bandar aku berkhidmat pada hari pertunanganku. Segala urusan dan hal-hal berkaitan selepas aku tiada di rumah akan diuruskan oleh keluargaku.

Sejujurnya, aku dan Husna tidak pernah berpacaran bak kata orang Indonesia. Kerana aku sukalah aku terus masuk meminang. Kami juga jarang berjumpa dan jarang juga berkontek. Kami berkenalan kerana kami satu kampus belajar. Aku mengenalinya dengan lebih rapat melalui beberapa orang rakanku yang sekelas dengannya.

Semasa baru bertunang, aku selalu menghantar SMS dan menelefon Husna.

Pada suatu hari aku hantar SMS,

"Wahai tunangku, aku merinduimu,"

Balasnya pula,

"Kalau rindu, berzikir dan berselawat kepada Allah dan Rasul, agar rindu awak terhadap saya tidak melebihi rindu awak terhadap mereka,"

Astaghfirullahalazim, aku terus beristighfar. Betapa aku lalai dalam menjaga perhubunganku dengan dia. Hubungan kami belum halal kerana pertunangan itu tidak menghalalkan apa-apa. Sungguh hebat jerat syaitan yang menyelusup halus ke dalam hati.

Boleh dikatakan setiap hari aku hantar SMS dan telefon dia tunangku sehingga satu hari dia menegur.

"Bukan saya tak suka awak SMS dan telefon, tapi Ramadan kan tak lama lagi. Awak mesti banyakkan amal ibadah dan yang penting, fokus dalam beribadah. Saya tak nak awak hilang fokus kerana saya. Saya tak nak menjadi penyebab awak menyeleweng,"

Sekali lagi, aku terus beristighfar. Malah aku perbanyakkan istighfarku agar Allah mengampuni dosaku.

Aku pulang ke kampung halaman kerana aku akan berkahwin dalam masa sebulan lagi. Aku harus menolong menguruskan semua hal-hal berkaitan majlis akad nikah dan persandingan nanti. Aku pulang menemui keluargaku terlebih dahulu. Sungguh aku rindu pada tunanganku, aku lebih merindui keluargaku. Sesudah itu, aku dan ibu pergi ke rumah Husna untuk menemuinya.

Sungguh aku terkejut melihat kelibat seorang gadis yang sangat comel yang menghidangkan air kepada aku dan ibu. SubhanaAllah, gadis bertudung labuh menutup dada dan memakai jubah cantik berwarna biru itu ternyata adalah Husna! Persis pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi. Husna tidak pernah memaklumkan aku bahawa dirinya sudah berhijab.

Apa yang menggembirakan aku, Husna sudah pandai memasak dan menjahit. Dia belajar memasak dan menjahit sepanjang tinggal serumah dengan rakan-rakan sekuliahnya.

"Husna, awak ingat tak dulu awak pernah cakap yang awak tak pandai mengaji Al-Quran? InsyaAllah, setelah kita sah diijab kabulkan, saya akan mengajarkan awak mengaji. Malah saya akan menjaga awak dengan baik dan bimbing awak dan sama-sama kita menuju ke Syurga. Kerana awak adalah amanah Allah buat saya,"

"Sungguh nak tahu kenapa aku memilihnya? Aku tidak memilihnya sebaliknya Allah yang memberinya kepadaku" :)

1. Dia selalu mengingatkan aku kepada Ilahi ketika aku selalu lalai
2. Dia berhijab bukan kerana aku tetapi ikhlas kerana Allah dan dia merasakan auratnya hanya layak dilihat oleh yang halal baginya.
3. Dia garang tapi sebenarnya baik hati
4. Dia berusaha untuk belajar sesuatu yang dia tidak arif seperti belajar memasak.
5. Dia sangat menjaga pergaulan dan tidak suka pada pergaulan bebas dan kerana itu aku tahu dia tidak pernah berpacaran
6. Dia juga menerima aku bukan kerana rupa tetapi kerana agamaku...

Oki Setiana Dewi



Sabda Rasullulah saw:
"Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinlah anakmu itu.  Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi"
-Hadis riwayat Abu Hurairah r.a-

Saturday, July 14, 2012

Persetankah Aku? Tanya diri..

Assalamualaikum wr wbt dan salam sejahtera,

Terutama sekali ingin saya memohon maaf atas title post  yang mungkin kedengaran agak "whoa" dan "apahal ni?" Maaf, tidak dapat saya ungkapkan dengan kata2..

Persetankah aku? Jom tanya diri sendiri..Err, sebelum itu izinkan saya menceritakan satu kisah benar. Kisah ini berlakunya di Facebook, memang la sebab saya seorang yang aktif di Facebook, hehe.. :P

Di sebuah profil Facebook seorang hamba Allah yang memang suka menyampaikan dakwah, dia bertanyakan soalan yang lebih kurang berbunyi begini (sebab dah lupa exact word status fb dia) "Lelaki sukaka dengan perempuan bermake-up tebal?" 

Lalu banyaklah komen2 dari para pengikut dan subcribers..itu termasuk seorang lagi hamba Allah. Beliau memberi komen, memberi dakwah dan mengatakan bahawa mana2 lelaki yang sukakan wanita cantik2 dan seksi2 itu ibarat syaitan. Lalu banyaklah para pembaca yang lain menghentam beliau..

"Apasal cakap lelaki ni syaitan? Dorang pun manusia gak,"

"Kalau nak berdakwah tu boleh tapi kenalah guna ayat yang baik sikit,"

"Berdakwah kenalah berhemah, tak payah cakap macam tu la, tak boleh cakap orang ni syaitan, manusia dan syaitan tak sama,"

"Berdakwah dan menasihat tu kenalah baik2,cakap elok2, tak payah nak cakap lelaki ni ibarat syaitan,"


Wah, sangat berat rupanya kerja seorang pendakwah ya. Bukan mudah kerana setiap masa itu pasti ada orang2 yang akan tidak bersetuju dengan dakwah dan nasihat yang cuba disampaikan.

Bagi pendapat peribadi saya pula, tidak ada masalah beliau berkata bahawa 'lelaki itu ibarat syaitan' kalau dah memang segala perbuatannya macam setan. Kenapa marah pula? Terasa kah sebab pernah buat? Siapa makan cili, dia yang rasa pedasnya..

Perangai manusia2 kat luar ni memang pelik2 kan? Saya pun kehairanan..




Saya hanya boleh mendoakan semoga Allah melindungi para pendakwah2 Islam di luar sana yang berusaha menegakkan dan menyampaikan syiar Islam..


sumber: khadimulQuran


Wasalam.

Sunday, June 3, 2012

Kenapa Allah Menduga Kita

Assalamulaikum wbt,

Dengan bangga saya ingin mengatakan bahawa sekarang saya tengah belajar menjadi tenang, redha dan tabah dalam menjalani ujian Allah. Seseorang pernah post status kat Facebook yang berbunyi "Kerana Allah sayang kita, Allah turunkan dugaan kepada kita," ;)

Alhamdulillah, kerana dugaan yang Allah berikan kepada saya, saya pun terpanggil untuk menghasilkan artikel ini ;) Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan..

Dalam kehidupan ini, tidak semua perkara itu senang dan berjalan dengan lancar. Ada masanya, Allah menduga kita. Allah timpakan kita dengan dugaan dan musibah. Maka untuk itu, kita harus bersabar menghadapi dugaan-Nya.

Kita adalah hamba Allah dan hanya kepadaNya kita bersujud. Kita selalu mengatakan bahawa kita mahu menjadi hamba yang beriman dan bertaqwa. Mungkin dengan amal ibadah sahaja tidak mencukupi untuk membuktikan diri kita beriman kepadaNya. Untuk itu, Allah menduga kita, menguji kita setakat mana kita mampu menghadapi dugaan-Nya. Adakah kita tenang menghadapi dugaan tersebut? Adakah kita redha dengan dugaan-Nya?

Bersabarlah wahai teman-teman. Bersabarlah menghadapi dugaan, ujian dan musibah Allah. Bukankah sabar itu sebahagian daripada Iman? Dengan bersabar, mungkin dapat meningkatkan iman kita. Dengan bersabar, kita akan berusaha mendekatkan diri kepada Allah. Jika berat rasanya dugaan tersebut, berdoalah kepada Allah, minta kuatkan dan tabahkan diri. Percayalah, Allah tidak akan menurunkan dugaan yang tidak sesuai dengan kemampuan kita..


"Bersabarlah, 
banyakkan berdoa,
mudah-mudahan,
dapat merasa manisnya iman dipenghujungnya,
Insya-Allah"


sumber: google

Friday, May 25, 2012

Perlu Anda Tahu Tentang Maksud Nama "Maulad"

Assalamualaikum wr wbt dan salam Jumaat yang mulia pada pagi ini... ;)

Beberapa hari yang lalu, semasa aku tengah online tak tau nak search apa kat google, aku search la nama "Maulad" ni..macam2 aku jumpa..sedih jugak sebab tak jumpa satu pun yang memberi penerangan yang jelas..kemudian aku pun 'landing' kat satu blog ni. Maaf untuk dikatakan, tapi blog dan artikel saudara tersebut agak kurang sopan sedikit. Artikel tersebut bertajuk "Anak Haram".

Ada dua sebab kenapa aku hasilkan artikel ni :
1. Sebab nak jelaskan maksud sebenar nama "Maulad"
2. sebab nak menepis tuduhan hina artikel seorang hamba Allah yang seakan-akan menghina anak2 yang lahir hasil hubungan luar nikah

Stret to the point, dalam Bahasa Arab, "Maulad" bermaksud 'anak kepada'. Kebiasaannya, "Maulad" digunakan sebagai pengganti kepada "Bin/ Binti" dan hanya diletakkan pada nama seorang anak angkat. Contohnya, Nur Safura Maulad Haikal. "Maulad" ni diletakkan di antara nama si anak dan si bapa. 

Ok, kenapa tak guna "bin" atau "binti"? Sebab si anak tersebut adalah anak yang dipelihara oleh si bapa tadi, dalam erti kata lain, si anak ialah seorang anak angkat. Sebab tidak disarankan meletakkan "bin" atau "binti" ialah kerana mahu menjaga nasab keluarga kandung si anak tersebut. 

Ditekankan disini, "Maulad" hanya diletakkan pada nama anak angkat. Ianya TIDAK SAMA SEKALI membawa maksud anak tersebut anak luar nikah dan sebagainya. TIDAK. Jika anda berfikiran begitu, memang ditegaskan dan disarankan supaya anda beristighfar banyak2. Islam itu mudah dan indah. Takkanlah letak nama "Maulad" terus dicop sebagai anak luar nikah kot.. Adakah Islam itu sengaja mahu mengaibkan seseorang anak tersebut? Padahal Allah pun berpesan supaya jaga aib sesama insan. Jangan fikir negatif. Tidak semua anak angkat adalah anak haram.

Sekali lagi saya nak fahamkan anda semua; "Maulad" HANYA membawa maksud anak angkat. BUKAN ANAK LUAR NIKAH! Salah sama sekali! Takkan lah Islam nak mengaibkan seseorang anak itu terang-terangan? Sedangkan Allah lagi berpesan supaya menjaga aib sesama insan..

Melalui pengalaman dan pemerhatian saya, tidak semua anak angkat mempunyai nama "Maulad" pada nama mereka. Ada juga yang diletakkan "Abdullah" pada hujung nama mereka. Contoh, Nur Safura Abdullah. Segelintir juga nama anak angkat disambung terus dengan nama bapa angkat tanpa mempunyai "Bin/ Binti". Contoh, Nur Safura Haikal. 

Kenapa ada yang guna nama Abdullah? Kenapa yang lain guna "Maulad"?
Saya juga kurang faham. Tapi ustazah sama kolej saya ada beritahu, itu mengikut keputusan Mufti. Dulu, mufti mewajibkan semua anak angkat diletakkan nama "Abdullah" di hujung nama. Kemudian berubah lagi, dan seterusnya. Itu sedikit info yang saya faham lah.

OK, harap semuanya jelas kepada para pembaca. ;) 
Jikalau kurang penjelasan, anda bolehlah merujuk kepada ustaz atau ustazah berdekatan anda. 

[edited on 8th August 2016 by Ash-admin]

Sejujurnya, saya agak sedih kerana ada yang menganggap mana2 budak yang bernama 'Maulad' ni anak haram..itu adalah tanggapan yang sangat salah.





Perkara kedua, tentang artikel seorang hamba Allah yang seolah2 menghina anak2 yang lahir hasil hubungan luar nikah. Aku memang tak puas hati la dengan artikel saudara tu, sebab setahu aku setiap bayi yang lahir ke dunia ni adalah suci despite he or she born with or without legal marriage of their parents. Yang bersalah itu adalah kedua orang tuanya. Kenapa harus dihina anak2 luar nikah? Mereka juga manusia ada hak untuk hidup dalam masyarakat. Insya-Allah, dengan didikan yang sempurna, barangkali mereka boleh menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah, malah mungkin boleh menjadi orang yang berguna, lebih baik lagi berbanding anak2 yang lahir 'dalam nikah'.

Saranan dan nasihat aku, tak usahlah korang menghina2 anak luar nikah ni. Silap2 kau lagi banyak berdosa berbanding anak2 yang suci ni. Daripada menambah dosa menghina anak2 luar nikah ni, baik kau jaga anak2 kau jadi anak yang soleh dan solehah. Mudah-mudahan nanti anak kau dapat doakan kau bila dah meninggal nanti. 

Petikan daripada Artikel Hamba Allah tersebut:

"Cuba kita bayangkan apa akan jadi anak-anak tanpa bapa yang putus nasab ni 20 tahun akan datang, mereka tentu akan berkahwin sebab dah dewasa. Waktu itu mungkin surat beranak mungkin jadi syarat wajib untuk pengesahan pihak keluarga pengantin seorang lagi.

Bayangkan apa akan terjadi bila rombongan yang datang itu, bila disemak bakal menantu tu nama tiada bin atau pun bin kepada MAULAD..., Anak tuan rumah dah berkenan, sanggupkah kita menerima anak luar nikah ini untuk dibuat menantu!!"

Maaf link terus ke blog tersebut terpaksa saya buang kerana tidak mahu mengaibkan saudara tersebut :)







P/S: Ucaplah selamat datang kepada bulan Rejab..banyakkanlah berbuat amal kebaikan dan amal ibadah, mudah-mudahan Allah merahmati kita semua ;)

Harap kalau ada salah, tolong perbetulkan. Saya budak baru belajar.. ;)

Tuesday, May 8, 2012

Alkisah Dongeng: Hadiah Hari Lahir

Alkisah pada suatu pagi yang indah dan permai, Ash,seorang budak yang rajin lagi sempoi, tengah mengemas dan membersihkan rumahnya. Mengemas dan menyapu rumah sudah menjadi hobinya sejak beberapa tahun yang lalu. Pada mulanya, memang Ash tidak suka membuat kerja-kerja rumah. Bak pepatah "alah bisa tegal biasa"..


Semasa Ash tengah riang-ria menyapu ruang tamu rumah, tiba-tiba kedengaran bunyi loceng rumah.. 


 "Ding Dong~"
 "Assalamulaikum~" kedengaran satu suara pula.


 "Eh, sapa pulak datang awal pagi ni?" Ash bermonolog dalaman. 


Dijenguk keluar kelihatan kelibat seorang pemuda dan disebelahnya ada sebuah motosikal. Ya la kan, takkan ada seekor lembu pula. 


 "Eh, itu kan..Ya Syabab, ya habibi!" bisik hati Ash. Gila kau nak cakap 'ya habibi' depan Si Syabab tu! 


"Walaikumsalam saudara Syabab..ada apa ke mari pagi-pagi ni? Anta dah breakfast ka?" 


 "O, hehe.." jawab Syabab sambil tersengih-sengih.


 "Kenapa pula tersengih ni wahai Syabab?.." marah Ash sebab si Syabab tersengih saja.


 "Saya datang nak berikan ni kat awak", Syabab pun menghulurkan satu bungkusan.


 "Eh, apa pulak ni?" Ash pun membuka bungkusan tersebut. Terharu sangat si Ash bila bungkusan tadi rupanya ada dua helai tudung yang cantik berwarna biru dan oren. 


 "Err, kenapa awak beri saya tudung? Awak kan tau saya ni tak bertudung..."


 "Takpe la..saya ikhlas nak beri kat awak. Anggap saja sebagai hadiah hari lahir awak..hari ini ulang tahun kelahiran awak yang ke-21 kan? Tak mengapa walaupun awak tak bertudung, saya sentiasa berdoa kepada Allah, doakan yang terbaik untuk awak, doakan semoga hidayah Allah menyapamu,"


 "Terima kasih," Ash tersipu malu ;) 


 "Baiklah, saya nak balik dulu. Umi saya tengah tunggu kat rumah tu," 


 "Eh, kejap," "Ya, ada apa?"


 "Ya Syabab, sudi tak awak jadi..err..err..imam keluarga saya?"


 "Hah?" blushing2 muka si Syabab mendengar pertanyaan si Ash. 


 "Awak, kita kan masing-masing masih muda. Saya ni masih study lagi,belum mampu nak menanggung awak..." belum sempat lagi Syabab menghabiskan ayatnya,Ash menyampuk.. 


 "Oi, awak cakap apa ni? Merepek meroyan la..Malam ni ada majlis kesyukuran sempenan ulang tahun kelahiran saya. Ahli keluarga terdekat je yang datang. Jadi saya nak jemput awak sekali la. Jom la solat sama-sama malam ni tapi awak jadi imamnya.." jelas Ash. 


 "Oh, maaf..saya salah faham pulak..hehe..Terima kasih sebab sudi jemput saya. Ini merupakan satu penghargaan buat saya untuk menjadi imam solat bersama keluarga awak malam ni," 


 "Tak pe la..sooner or later, awak akan jadi jugak imam tetap keluarga saya...ooppss," terlepas cakap sudah si Ash tu.


 Syabab hanya mampu tersenyum melihat telatah Ash yang gila-gila tapi baik hati itu. ;)






cilok google






 ****
 p/s: cerita dan nama watak adalah dongeng semata-mata 
 by: asH

Friday, May 4, 2012

Untuk Apa Aku Menyukai Kamu? Part 3

Assalamulaikum ^.^V *mulakan hari anda dengan senyuman~*

Mesti ada yang kutuk aku ni..Kenapa siap ada part 3 ni? Haha..saja nak buat sampai part 3 ;)

Kenapa aku suka kat kau? Sebab bagusnya agama kau, bagusnya agama kau, bagusnya agama kau. Kemudian, baiknya budi pekertimu, sopan santun, baiknya tutur kata dan ayat percakapanmu, rajin menuntut ilmu dan hormat orang tua. Bukan saja hormat orang tua, tapi hormat rakan sebaya dan menghormati kemuliaan dan maruah seorang perempuan. Selain itu, kau sanggup membimbing aku yang jahil ini kearah yang lebih baik dan ke jalan Allah~ Oh ya, tak lupa juga, kau taat perintah Allah  ^.^V



sumber: google
Pembacaan artikel lain...
PART 1
PART 2

Wasalam~

Ketika Dirinya Bertasbih



"Jadikan jalinan antara kita terbina persis untaian tasbih..Ada awal tiada penghujung, dibentuk untuk mengingatiNya, dicantum kerana cintaNya, diratib semata-mata kerana redhaNya, menitis air mata tika merasai kemanisanNya..subhanallah ;)"



google jer

Cinta Hatiku

Assalamualaikum wbt saudara saudari,

Pasti semua tertanya2, kalau tak pun nak juga tau siapa cinta hatiku? Hehe..


"Jika kau menjadikan cinta kepada Allah yang lebih utama, maka kau tak akan kecewa sekiranya kehilangan cinta manusia di dunia"


google jer
Sekian, wasalam~

Tuesday, April 17, 2012

Bergembira Selalu

Assalamualaikum sekalian para pembaca,

Alhamdulillah, kita maseh bernafas pada hari ini untuk terus dapat membaca post ini. :)

Alhamdulillah juga, aku sekarang dah rasa sangat2 bertenaga, ceria, energetic semula setelah merasa kecewa dan frust nonggeng tidak tentu pasal, hehe..

Alhamdulillah sekali lagi la, aku berjaya menahan kemarahan dan rasa sakit hatiku,berjaya membuang segala kekecewaan di hati. Apapun aku percaya, sekarang aku menangis, kemudian hari aku pasti akan dapat tersenyum lebar. SubhanaAllah, semua perkara yang terjadi adalah perancangan dan takdir Allah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segalanya..

Aku nak report berita jap. Akan datang: perhimpunan Bersih 3.0, juga diadakan di Kuching, Sarawak, di bangunan Mahkamah Lama berdepan Kuching Waterfront 28hb April ini. Tapi pada tarikh berkenaan, aku kat KL, ikut perhimpunan Bersih 3.0 kat sana, ikut trip akademik budak2 part 6. Doakanlah keselamatan kami semua yang pegi KL nanti. Janganlah ada rusuhan n gaduh2. 

bunga raya,bunga kebangsaan Malaysia ;)


p/s: Aku dah ada cinta hati yang baru, actually lama dah tapi baru sekarang aku rasa dekat dengannya ;)
Siapakah itu? Biarlah rahsia... ;)

Sunday, April 1, 2012

Nota Dari Bakal Suamiku?

Assalamualaikum! 

Haha, bajet perasan aku. Not really a note from my future husband..but who knows? :P


klik untuk tengok lebih jelas

sweet gila kau rusydee..

Hurmm, tengah wondering..is he the one that I'm searching for? Only God knows.

Credit to mamat nama Rusydee, semua gamba adalah hak milik beliau.


Wasalam.

Apa Definisi Sebenar Lelaki Macho ek?

 Assalamulaikum saudara saudari,

Aku selalu curious tentang banyak perkara. And aku banyak tak faham tentang banyak perkara. Mujur ada internet dan google ku sayang..
Aku cari perihal lelaki macho and antara banyak2 yang aku cari, aku paling suka yang ini  ;)


"Lelaki yang macho adalah lelaki yang sentiasa menjaga solatnya walau kemana saja dia pergi. Bila lelaki tersebut mampu menjaga solatnya, dia juga mampu untuk menjaga wanitanya (isterinya). Insya-Allah"



Hehe, harap semua pun setuju ngan aku. Tapi satu saja nasihat aku, walau aku tau aku pun bukannya baik and perfect, sebelum boleh berangan carik calon laki baik macamtuh, kita terlebih dahulu harus memulakan langkah kearah kebaikan. Even aku sendiri sekarang pun tengah dalam proses, hehe ^.^V

Wasalam.

Tuesday, March 27, 2012

Kenapa Allah Biarkan Kita Terluka?

Assalamulaikum,


Kenapa kita terluka?

Pernahkah kita berpikir sekejap? Sekejap ja,bukan lama pun..kenapa Allah biarkan kita terluka dan dilukai?

Kejadian ini terjadi kira2 3 minggu yang lalu.Waktu itu, aku sedang menolong rakan baik aku bukak penutup botol contact lens. Penutupnya diperbuat daripada besi. Payah bena aku hendak membukanya maklumlah itu kali pertama aku dan rakan membeli contact lens korea. Cuba punya cuba, aku cuba tarik penutup besi tersebut, lalu tertanggal la sebahagian besi itu lalu mencucuk menembusi lapisan epidermis pertama jari terlunjuk tangan kanan aku.

 Mak oi, punya la sakit. Agak terkejut bila aku melihat luka itu, sangat dalam lukanya. Sebelum ini jariku pernah terhiris pisau namun tidak la sampai luka begitu, cuma terhiris kulit lapisan epidermis pertama sahaja. Yang ini pula sudah menembusi lapisan yang kedua dan ketiga kot. Aku hampis menangis! Namun aku tahan sebab aku tak mahu nanti rakan pikir aku congek.

Dengan menahan kesakitan,aku ajak rakan ke farmasi beli plaster luka. Hari2 aku tukar plaster luka dan melihat keadaan lukaku sambil bermonolog dalaman
"Heh, bilalah agaknya lukaku ini sembuh? Susah aku mahu lakukan kerja2 rumah kalau jariku luka"

Setiap hari aku tukarkan plaster luka, of course la setiap hari aku tengok lukaku. Sampai satu hari, akibat terlampau sibuk, aku tukarkan plaster setelah tidak tukar selama lebih dari 24 jam. Terkejut aku apabila aku bukakan plaster,luka di jari sudah tidak berlubang lagi!

Isi dalam jari yang terbelah dua sudah bercantum semula! SubhanAllah! Memang ada penjelasan saintifik. Bila bahagian kulit manusia terluka, sel yang terluka itu akan mati. Apabila ada sel yang mati, maka sel
yang baru pun akan dihasilkan untuk menggantikan sel yang sudah mati. Tujuannya untuk memperbaiki bahagian yang rosak itulah. Penjelasan lanjut, sila rujuk buku biologi pasal sel hidup,tq.

Perkara yang sama juga terjadi apabila hati kita dilukai dan terluka. Jangan pikir Allah biarkan hati kita dilukai tanpa sebab.

Pertama, mungkin kerana hati kita ini sangat busuk,hitam dan sudah buruk. Kerana itu Allah biarkan hati kita dilukai dan terluka, supaya hati yang terluka itu dapat memperbaharui sel2 untuk memperbaiki hati yang rosak dan menjadi baik semula.



Tidak pun hati kita ini busuk, hati yang putih dan baik pun boleh saja dilukai. Ini kerana (macam penjelasan sebelumnya jugak) supaya hati yang terluka itu dapat memperbaharui sel yang baru dan menjadi lebih kuat.

Tapi ingat, tidak semua hati yang terluka itu menjadi baik semula. In some cases, hatinya bertambah buruk,busuk dan hitam.



Bacaan artikel serupa KLIK SINI :)

Sekian.

p/s: cerita pasal jariku luka saja yang lebih kan? lol ;P


Wasalam!

Thursday, March 22, 2012

Kebanggaan Semua!

Assalamulaikum,

Niat aku bukan nak menunjuk-nunjuk namun sekadar ingin berkongsi berita suka dan gembira. Bukan pasal aku amek result SPM..SPM aku lepas dah beberapa tahun yang lalu..dah basi da..

Memandangkan dah beberapa minggu berlalu, sekarang aku nak 'share'kan satu berita. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..aku memang berterima kasih yang tidak terhingga kepada Tuhanku, Ya Allah atas nikmat dan kurniaNya, aku telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik program Diploma Perkaunan final semester student pada semester ini. Sebenarnya ini ialah kejayaan semua orang - keluarga, pensyarah2 UiTM, dan rakan2 seperjuangan. Terima kasih semua! Tanpa anda, saya tidak mungkin dapat kritikan menimba ilmu yang punyala banyak tidak terkira dan tidak ternilai.

Saya sayang semua! ^.^V xoxo



Terima Kasih semua!
Wasalam.