Showing posts with label celoteh sakan. Show all posts
Showing posts with label celoteh sakan. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

Semangat semangat!!

Assalamualaikum wr wbt dan salam sejahtera,

Aku merayau2 dalam laman sesawang Youtube dan menonton video ini,


   


Wui...selepas menonton video ini aku menjadi semakin bersemangat..semangat berkobar2...bukan nak memandu tapi nak drift terus pasni. SEMANGAT!!! HOHOHOHOHO

Kacang dan Kulit Kacang



"Dulu ibarat isi dengan kuku,
Hari ini persis kacang yang sudah melupakan kulitnya"



Dedikasi kepada manusia yang layan aku macam aku tidak pernah wujud di dunia ini dan juga hidupnya.

source: google image

MR Cat

Assalamualaikum wr wbt and Good Day!

Today is Thursday and guess what? All of my lecture today is cancelled! I don't really know how to respond. Whether I should be happy or sad. My mother sent me to the university so that I can learn and study and achieve a good CGPA. I feel bad so I don't really cheered about having no lecture today. I feel sad instead, hehe.

What my English lecturer told me about me yesterday kinda bothered me. I was the only one to raise up my hand when she asked who would like to be a lecturer and lecturing. Then she asked why? I just said that I love to talk and would like to have my audience to listen to me while I'm talking. Then she said, "You love attention". I just smiled because only I myself know how much I really want attention while I'm talking.

Have you ever feel what its like to talk but nobody listen? Have you ever feel like people been treating you as if you are invisible? Have you ever feel like you're talking but it seems don't interest others to listen? To me it happen most of the time.

Well, I talk about my involvement in public speaking a lot lately. I enjoy public speaking so much. It is the only chance and time where I can stand in front of a crowd, talk and have them to listen to me! The feeling is amazing. People set their focus on you and not even once turning their face away. I must say that I find my true potential with public speaking.

Most people labelled me as a quiet and 'stupid' person because I don't talk so much. Well, despite of my weaknesses, I find my true strength- public speaking. I do have a senior who was a very quiet and always keeping to himself during high school. I was shocked to see that he later became a debater when he was in university! Amazing...

All in all, it's not that bad after all to be such a quiet person. I talk less, I gossiping less and I cursing and swearing less. lol. :)

p/s: No offence but it's really true............................................................................................

and oh, I miss you so so much MR Cat!!!!!!!

Rawr!! but dont worry he won't bite :)
Wassalam.

Friday, September 13, 2013

Aku dan Anonymous

Assalamualaikum wr wbt dan salam sejahtera kawan2 sekalian,

Post pada kali ini ditulis berikutan beberapa komen diterima daripada anon yang kelihatannya sangat 'mengenali' aku.

Pertama sekali, komen anon dari post Bahana Buruk Sangka.




Aku dikatakan sebagai seorang yang sombong dan tidak mahu berkata-kata dengan orang lain. Aku sebenarnya seorang yang pemalu, jika tidak percaya bolehlah bertanya kepada sesiapa saja yang mengenali diri aku terutama rakan2 baikku. Memanglah aku seorang yang sangat pendiam tetapi aku sudah mempunyai kemajuan setahun-dua tahun ini. Aku akan bercakap kalau orang tersebut juga bercakap dengan aku. Aku juga seorang pemalu, jadi tidak salah rasanya anda cuba menegur aku dahulu bukan? Insya-Allah, kalau anda ajak aku berborak dulu, pasti aku akan berborak sampai malam kalau anda berkehendakkan begitulah. Yang pasti, aku tidak sombong :)

Yang kedua, komen dari post Salam Syawal.



Wah..aku berkecil hati dengan komen anon yang pertama :(  Sampai hati...aku dikatakan tidak bergaul dengan masyarakat? Memang marah juga aku dibuatnya. Sesiapapun pasti akan rasa marah dengan komen sebegitu. Akan tetapi aku harus menerimanya dengan hati terbuka. Ustaz AA Gym pernah bilang, "sesiapa yang ngak bisa menerima kritikan, ialah orang yang ngak bisa menerima perubahan" Hah, nak kritik aku? Silakan :)

Berbalik topik, anon mungkin salah faham. Aku tidak keluar rumah tidak bermakna aku tidak bergaul dengan masyarakat. Aku memang teringin sangat nak keluar rumah tengok dunia dan masyarakat namun setiap kali aku keluar rumah, aku hanya berkesempatan melihat hospital dan klinik sahaja. Harap anda faham apa maksud aku. Lagi satu, masa raya hari itu, batang hidung seorang rakan aku pun aku tak tengok, kalau ada seorang pun yang datang dah cukup bagus bagi memeriahkan raya aku. Malangnya, sekali pun takdak nampak muka dorang. 
Aku tak banyak saudara di bandar Kuching ini, jadi tak banyak jalan2 rumah saudara. Mak aku pula tidak sihat, apamacam bah? Duduk rumah sajalah. Teringat satu lirik lagu "Mengejar cita2 paling mulia, membantu keluarga dirumah"

Lagi satu, aku hendak sampaikan satu nasihat daripada seorang pembantu perubatan di klinik kesihatan. Kalau boleh, kurangkan juga aktiviti bersosial. Aktiviti bersosial ini kadang2 boleh menyebabkan tersebarnya penyakit yang tidak diingini.

Apapun, aku memohon maaf atas terkasar bahasa, tidak sengaja tetapi terlalu mengikut perasaan. Anon lain kali jangan menuduh aku sembarangan okay? Kalau kelapangan pada hari raya, bawalah aku jalan sekaki..aku join saja bah :)


Wasalam.

Tuesday, August 27, 2013

Salam Syawal 1434H

Assalamualaikum wr wbt dan salam sejahtera,

Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti :) (walaupun tak lama lagi cuti dah nak habis)

Macam mana raya anda? Mesti hebat. Raya aku? Bolehla walau tak meriah macam orang lain..

Cuti ini aku jadi budak baik. Eh, sebenarnya memang dari dulu lagi aku dah jadi budak baik. Kena tolong mak di rumah. Maklum saja aku satu-satunya anak paling besar dalam rumah. Paling kecik ialah satu-satunya adik aku yang berusia 7 tahun.

Jeles tengok orang lain beraya pakai baju raya. Aku langsung tak ada pakai baju raya baru pada tahun ini. Tidak mengapalah, aku boleh simpan baju untuk dipakai pada tahun depan. Jujurnya, aku memang ada terasa nak pergi beraya ke rumah jiran ka rumah saudara ka, sebab nak makan kek buatan tangan, homemade gitu..hmm, mungkin bukan rezeki aku.

Aiseh, sedih pula cerita aku. Apapun aku pasti raya kawan2 hebat semuanya :)

Thursday, April 25, 2013

Sanah Helwah

Assalamualaikum wr wbt.

Hari ini 25hb April, aku secara rasminya telah menginjak usia 22 tahun. Sudah tua rupanya aku. Satu saja yang aku ingat tentang menyambut ulang tahun kelahiran. "Kita semakin hampir dengan kematian" 

Bersempena dengan hari yang agak istimewa ini, tentunya istimewa bukan? Kerana pada 22 tahun yang lalu, keluarga aku menyambut kelahiran aku ke dunia ini. Ok, berbalik semula kepada bersempena hari istimewa ini, aku ingin memohon maaf banyak2, kepada sesiapapun di muka bumi ini, sesiapa yang pernah aku kacau, sakiti, dan kadang2 aku terlepas cakap. Sesiapapun yang pernah berkecil hati terhadap aku. Sebab aku percaya dan yakin sangat2 bahawa aku ini bukanlah baik mana pun. Aku jahat. Aku sedar kadang2 aku jadi psycho, suka kacau orang, marah2 dan sebagainya.
Aku minta maaf ok? Harap anda sekalian sudi maafkan. Aku pun tak mahu kalau ada orang berdendam terhadap aku. Biar kita semua hidup dalam suasana aman dan tenang.

Akhir kata, terima kasih banyak2 kepada kawan2 yang telah memberi ucapan ulang tahun kelahiranku pada hari ini. Ucapan anda itu amat bermakna buat aku. Aku sangat terharu dan aku akan selalu menghargai anda semua, kawan2 sejatiku ;)

Saturday, March 30, 2013

Kuching Berselawat

Assalamualaikum wr wbt,

Semalam pada 29 Mac 2013 bersamaan 17 Jamadil-Awal 1434 Hijrah bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, aku dan seorang rakan baikku menyertai sebuah program yang Insya-Allah sangat2 bermanfaat bagi diri aku dan juga sekalian pengunjung yang lain. Itulah dia Kuching Berselewat 3 :):):)

Kuliah perdana disampaikan oleh Ustaz Azahar Hashim al Hadhromi dan terdapat juga alunan qasidah yang dipimpim oleh Kumpulan AlMawlid & Kumpulan Qasidah Rahmatan lil 'Alamin.

SubhanaAllah, sungguh merdu dan berirama sekali alunan qasidah  pada malam itu. Pada alunan qasidah sesi yang terakhir, selawatnya berirama seakan-akan lagu kebudayaan negeri Sarawak iaitu 'Puteri Santubong Puteri Sejinjang'. Dalam banyak2 qasidah, aku paling suka qasidah 'Ya Hanana', malah aku hafal part 'chorus' nya kerana selalu sangat mendengarnya. 

Kalau hendak tahu, ini adalah kali pertama aku mengikuti program sebegini. Hati aku tertarik nak join apabila terlihat sebuah status rakan Facebook yang dishare dari Facebook Al-Mawlid. Dan aku pun ajak sekali rakan baikku. Kami mengamalkan car pooling pada petang itu.  Sesampainya aku di depan dewan tersebut, nak keluar dari kereta, aku disambut oleh seorang budak sekolah aku kira berusia 10 tahun kot. Dia memberi salam kepadaku.. Comel sungguh. Sewaktu persembahan qasidah juga aku terlihat ada seorang budak kecil berusia kira2 2 atau 3 tahun, lengkap berserban dan berjubah putih duduk dengan ustaz2 dan kelihatan mulutnya terkumat kamit mengikut bacaan qasidah. SubhanaAllah, sungguh comel,malah lebih comel daripada adikku sendiri. 

Agaknya aku menaip terlalu panjang. Haha. Ok, sampai disini saja.

Wasalam. 

sumber: FB Almawlid. p/s: cuba cari aku dlm gmba :P

Thursday, March 21, 2013

Cinta Pertama Saya?

Assalamualaikum wr wbt,

Ada antara rakan saya yang bertanyakan soal cinta pertama saya. Terus terang saya katakan saya tidak pernah mempunyai cinta pertama. Tetapi setakat 'crush' itu memang ada. 

"Cinta pertama saya ialah lelaki yang saya kahwini iaitu suami saya"

Tidak kiralah jika sebelumnya saya mempunyai 1001 bekas kekasih, lelaki yang saya kahwini akan sentiasa menjadi cinta pertama saya. 

Sumber Carian Google


Wasalam.

Sunday, March 17, 2013

Aku dan Boipren?

Assalamualaikum wr wbt..

Apa kaitan boipren (boyfriend/ kekasih lelaki) dengan aku? Sebenarnya tiada apa kaitan pun..macamlah aku ada boipren, ya tak?



sila klik gamba untuk tumbesaran
Gamba diatas di download dari Facebook Syabab Musafir Kasih

Gamba diatas membuatkan aku terfikir, "Oh, itulah sebabnya aku tak pernah ada boipren? Bukan sebab aku tak cantik, tapi sebab lain..." Maaf, ayat aku..tersangat konfiden 'cantik' hehe :P 

Renung-renungkan dan selamat beramal~


Wasalam and have a nice day! :)

Saturday, February 16, 2013

Sing Your Heart Out: BOSAN!

   



Kelmarin ku lihat kau berenang gaya kuak dada
Kau berjalan megah sungguh sasa
Perasaan kau superman

Semalam ku dengar kau bercakap kosong tak
Berakhir
Kau memaki hamun orang lain
Perasaan kau superstar

Tak sangka hanya sekelip mata ku jadi begini
Aku..

Bo bo bo bo bosan
Aku Bosan
Dengan bla bla bla
Mulut mu
Cukup malas aku
Dengar alasan mu
Kerna aku terlampau
Bo bo bo bo bosan

Mengapa agaknya ku menganggap
Kau berlagak kaya
Pakaian tak pernah bergaya
Namun ku tak percaya

Ataupun aku yang selalu suka
Bertukar angin
Bersifat tak pernah puas hati
Tak mungkin dan tak mungkin

Aku bosan
Dengan wa wa wa wa wa
Mengada
Aku tak peduli
Biar kau dibuli
Kerna aku tak tahan
Bo bo bo bo bosan

Bosan dengan perwatakan mu ini
Bukan dengan fizikaliti
Kau ingat aku salah
Tapi aku….
Selalu mengalah
Dengan kamu…

Paling aku benci
Bila tawar hati
Jangan buat aku bo bo bo bosan




p/s: Bosan cuti lama2..nak buat aktiviti berfaedah sikit..huuu

Monday, January 28, 2013

My Semester Holiday

Assalamualaikum wr wbt,

Betulkah kalau kita rindu orang tu, orang itu juga merindui kita? Eh, tak mungkinlah.. 
Tapi macam mana pulak kalau tiba2 kita teringat kat seseorang dan rasa rindu? Pasti dia juga rasa begitu bukan? Hihi..ok, teori aku semata-mata.

Apapun, selamat bercuti semester, aku baru saja memulakan cuti selama seminggu lebih dan aku rasa sangat2 tidak sabar menanti cutiku berakhir! Cuti seminggu atau dua minggu is enough..Cuti lama2 mau buat apa? I'm rotten already..macam biasa, menjadi anak yang baik,aku duduk rumah saja, tidak kemana2 selain bersama keluargaku. Aku suka di kampus. Kalau boring, boleh pergi kantin, perpustakaan, koperasi, tandas, ataupun saja2 jalan ambik angin dan oksigen.

Aku sekarang duduk rumah buat kerja yang tidaklah berapa produktif, setakat sapu2 rumah, mop2 rumah, cuci2 baju, cuci2 barang itu barang ini..dan tiada bergaji of course..kerja dengan mak je pun..mau gaji apanya?

Lama baru aku dapat masa terluang untuk on9, tambahan pula, bil broaband aku belum berbayar lagi =.=''

Oh ya sebelum terlupa,

..sambungan entri 1hb 1 2013,

1st January 2013 adalah hari yang indah dan bahagia sebab itu adalah hari dimana pertama kalinya aku bertemu Si Dia!! :)  Siapakah dia? Jap2, tengah carik dia punya gamba, dah nak uplod sekajap ni..
















TADAAA!!! Ini dia aku punya planner 2013..si dia yang sangat bermakna dalam hidupku dan yang akan menemani setahun hidupku. 1hb 1 2013 adalah hari dimana aku pertama kali bertemu dengannya :P


Jadual final exam =.=
Sekian, wasalam.

Saturday, January 5, 2013

Happy New Year 2013

Assalamualaikum wr wbt,

hope it's not to late to wish Happy New Year 2013! cewah..

1hb Januari 2013 adalah satu tarikh yang amat bermakna buat aku. Nak tahu kenapa? Tunggu la post akan datang~  

Jazzzz~~


Wasalam.

Saturday, December 29, 2012

The Final Tension

Assalamualaikum wr wbt,

Good Day dear friends :) Hope it's a good day for me too..final exams are just in few days to come and yeah less than a week..

Can you feel it? The tense in the air? That anxious feeling inside you, the faster heart beat rate, and the ferocity you have? Plus, the headache, migraine and all other pain that might strike you anytime? 

Basically that is how I feel at the moment. It's not that I wanted to fall sick or purposely make myself ill. But that is just how human body works when exposed to stress *high five*
Oh well, this is what we called the Final Exams stress, not a real deal. It is part and parcel of a student life. I'll be facing it every semester for the next two years..I'll be okay..TRUST ME.

IN ADDITION TO ALL THAT! 
mom's nagg =.='' (add some more tension)

Wish I can have somebody to talk to right now. I know I'm supposed to refrain myself from frequent blogging and Facebooking during exams time. But hey, it's the way out from my stress.



Wasalam and have a nice day :)

Tuesday, December 25, 2012

Dear Madam (BEL 492)

Assalamualaikum wr wbt..

Just a normal post today before I struggle hard on the battlefield of FINAL EXAM!!

About two weeks ago, I just had my speech for BEL 492 Presetation 2 assignment. I chose topic 'Accrual Accounting' since my lecturer want all of us to talk about something related to our field of study. So that is why I chose accrual accounting. I know the topic is very deep and difficult to understand (and boring too!) but that is what you want Madam!

Madam gave some comments on the overall presentation of the class, she said some of the topics did not reach her, did not reach the audience, it is very hard for her to visualise what we were talking about in front there, boring, and she could just read them in the books. Well Madam, there's one thing you should  bear in mind, you told us earlier that we should choose topic related to our field of study, to which our major is Accounting, and of course only we know what we're talking about. Your's is not Accounting because you're major is in English. Bet you know nothing about Accounting. It's not that I'm trying to be rude Madam, forgive me. I'm just voicing out my dissatisfaction about your comments. Yes, some of the presentations (and presenters) reach you and attract your attention and you like them so much. This is maybe because their topic are quite general and easy to understand (even for a non-accounting person)

Why my topic and some of the classmates' topics did not reach you? Because our topic is mainly projected to Accounting students/people, our target audience is someone with a knowledge of Accounting (since most of our audience are our classmates) We are very sorry if our topic did not reach you Madam. Frankly speaking, I am quite disappointed to hear your comments. I feel bad about myself because I did not do so well in BEL 492: Presentation Skills. 

Well,even though I did badly in my presentation, I still have that dream of becoming Enactus (SIFE) presenter for the National Exposition (hopefully) :) 



This post is dedicated to Madam (sorry cant reveal), lecturer of UiTM Sarawak Samarahan Campus.
Please forgive me for my wrongdoings and please bless all of us for our final exam. Last but not least, thank you Madam for everything. Your class is great because it gives me the chance to talk in front of the class, it's been years since I haven't giving any speech :)


Sincerely and warm regards,

Wasalam.

Sunday, December 9, 2012

bila aku kawen nanti...

Assalamualaikum wr wbt,

Bila aku kawen nanti kan..I don't wish for a dress like Cinderella or Rapunzel or Snow White. A nice, simple and according to Syara' would be just nice for me..hoho..

Ok, jangan salah paham a aku nak kawen.Lambat lagik kot aku tok nak kawen oi..calon nya juga ngak ada...

Haa..sebab tengok gamba2 kat bawah ni buat aku ternganga seketika..cantek2 baju dibuat untuk pengantin yeee..











Gamba diambil dari FB Nur Myra Collections


Wasalam.

Friday, November 9, 2012

Sunshine & Citylights

Assalamualaikum wr wbt,

Aku tertido semasa sedang menulis nota, dan sedar2 ja aku rasa aku perlu online untuk menyegarkan mata. Sampai begitu sekali ya. Ok, dah2..lepas ni aku pegi tido. 




Comel kan gambar kucing kat atas ini? Hmm bila tengok gambar ini, teringat pula aku kat satu gambar yang suatu ketika dahulu..lebih kurang macam ni jugalah gambarnya, ada 'halo effect', tak nampak muka :) 

Wasalam dan selamat malam.

Wednesday, November 7, 2012

Capek deh..

Assalamualaikum wr wbt,

Huh, aku just nak cakap aku capek, lelah, penat, lesu, demotivated, pening 

and...

aku rindu <3

:):):)


Wasalam.

Thursday, August 23, 2012

Salam Raya 1433H

SALAM AIDILFITRI 1433H KEPADA SEMUA UMAT ISLAM :)


p/s: Teringin nak naik rollercoaster paling gila2 punya :P

Tuesday, August 14, 2012

Back to basic

Assalamualaikum wr wbt,

Just wanna say, Back to Basic bebeh!! :)
My mom has 101 list of to do before Hari Raya. Now get ready!


Rindu kasut Garfieldku~
Wasalam. :)

Thursday, August 2, 2012

Agak rendah taraf aku disitu..

Assalamualaikum wr wbt dan selamat malam,

Di kala semua manusia di Malaysia ini sudah tidur kerana esok nak kerja, nak bangun sahur lagi..aku baru hendak memulakan aktiviti berbelog..huish..

Tadi aku bukak pesbuk, terjumpa la sesuatu yang menarik minat aku..terus aku baca dan sambil membaca itu terus aku terkedu..monolog dalaman sebentar *oh-hoho, rendah betul taraf aku disitu (sambil keluar air mata setitik) :'( *

Serius, aku ada menyimpan hasrat nak jadi baik macam tu. Bukan nak jadi perfect tapi nak perfectkan amal ibadah aku. Kenapa berani berangan-angan untuk mendapatkan yang terbaik padahal diri sendiri belum lagi cukup bagus? 


klik untuk tengok besar lagi..


Aktifkan mode muhasabah diri~

Wasalam...