Wednesday, December 21, 2011

Kejayaan Semua!

Assalamualaikum~

Aku nak luahkan apa yang terbuku kat hati aku ni..aku puas hati sangat2 dan gembira sangat2 sebab program yang aku dan kesemua ahli kumpulan persatuan S*** berjalan dengan lancar sekali!! Yahoo...

Memang gembira tak terkata la...aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kat teammate aku, tak lupa kepada lecturer2 yang support and semua student yang datang turut serta program kitaorang malam semalam..

Terima kasih banyak2!!! Sayang korang! Aku percaya sebelum kitaorang mencapai pencapaian macam ni, macam-macam cabaran dan dugaan yang datang, tapi itu semua lumrah...nak test kitaorang dulu whether kitaorang akan mampu atau tak untuk menghadapi cabaran2 yang akan datang...

Kepada junior2 semua, bila aku dah takde nanti (aku dah nak grad *sedih*), aku harap korang akan tabah dan bersabar menjalankan tanggungjawab yang dah aku berikan kat korang. Harap korang akan bekerjasama baik, jangan gaduh2 tau...*aku rasa dah nak nangis dah sekarang ni*

Berat hati aku nak tinggalkan junior2 aku sekalian..berat rasa hati bila tengok budak lelaki yang pertama kali aku jumpa dulu, sangat pendiam dan innocent, sekarang dah jadik Presiden persatuan kitaorang, menggantikan tempat aku yang dah bersara ni.

Apapun, aku doakan yang terbaek untuk semua!!

carik aku...


Yang Gembira,
Ash.

Sunday, December 18, 2011

Semangat Nak Kurus!!

Salam sejahtera (macam pembaca berita la pulak),

Aku semangat nak kurus!! Sebabnya aku dah naik dekat 10 kg kot since kali terakhir aku lost weight dulu. Tapi cara aku dulu dah takleh pakai lagi sekarang..gaya hidup aku dah jauh berubah.
Dulu masih sekolah menengah lagi, sekarang dah bergelar pelajar universiti. Sebab aku diet dulu la aku kena penyakit gastrik..nyesal kemudian tidak berguna. Walau apapun, aku turun 10 kg dulu..tapi itu dulu...

Memang aku rasa tak sedap rupa kat rupa aku sekarang ni. Hodoh betol kan jadi gemuk macam aku ni?

So, aku nak kurangkan berat badan. Sebabnya jugak, Si Dia a.k.a kawan baik aku nak balik Malaysia Februari 2012 ni..dia ajak makan sama..so aku haruslah nampak slim kan..kalau tak dia lari pulak tengok aku.

Aku harap sebab nak jumpa Si Dia tu, akan menjadi pemangkin dan semangat untuk aku turunkan berat badan dan bergaya!! Korang doakan jugak ye kejayaan aku. Semoga dapat turun berat badan, at least nak buang perut buncit aku ni. Amin.

"Walao wei, macam mana kalau tak jumpa dia?" Tidak kesah la pun, aku boleh pegi makan sendiri, sendiri2...
"No, I mean you still nak kurus even tak jumpa dia?" Ermm..pstt..jangan bagitau sesapa oo, actually aku tak kan diet punye,kompom tak kurus2, ni just 'propaganda' saja. =P

p/s: Tak sabar nak jumpa you next year...miss you =)  

Yang Semangat Nak Kurus,
Ash.

Salam Sejahtera

Salam sejahtera semua..harap sihat hendaknya...agak lama ye saya tak menjenguk ke blog saya yang cantik ni...(aku tak kesah apa pandangan korang pasal blog aku ni,janji aku bahagia)..

Ya,sudah agak lama jugak tak menulis..entah la..boleh rasa taknak menulis pulak..banyak halangannya..antara satunya ialah line internet yang agak lembap kat rumah..

Alhamdullillah sekarang dah stat semester yang ke 6 (padahal dekat nak sebulan dah kat kampus), semester diploma terakhirku..

Doakan kejayaan saya ok? Semoga semester baru ni dapat sama-sama kita tempuhi dengan hati yang tabah dan tegar..

Yang merindui,
Ash.