Sunday, June 26, 2011

Masih Hidup Walaupun Dihentam..

Aku rasa tak semua orang kat dunia ni dilahirkan sempurna. No body is perfect.

Ni aku nak cerita, pengalaman aku kena kritik dan kena hentam sebab satu kesilapan kecik yang aku tak pernah sengaja nak buat.
Aku ni pegang salah satu jawatan tertinggi dalam sebuah persatuan kat U aku ni. Time tu aku masih baru jugak dalam persatuan tu, and masih muda jugak la..hehe.. So, aku diberi satu tugas untuk buat sesuatu iaitu 'Satu Tugas' (aku tanak bagitau apa tugas tu,biarlah rahsia). Dalam persatuan aku tu ada sorang jer senior. Bila aku mintak nasihat dia, dia cakap la macam ni, macam tu. Then ada miscommunication kat situ. Bila dah ada miscommunication, alamatnya, semua benda yang aku buat tu salah la dan telah mengakibatkan kerugian terhadap ahli-ahli persatuan kami. Pensyarah bagitau aku yang duit-duit semua orang akan dapat di'reimburse' tapi aku taktau la camne.

Tu cerita lama, sekarang nie, aku maseh menjalankan tanggungjawab aku. Sekali lagi aku buat tugasan yang sama.Dan aku dapat lihat, rakan2 yang lain kelihatan tidak mempunyai kenyakinan terhadapku untuk membuat tugasan yang sama. Everyone gives me that 'looks'.

Ya, aku mengaku aku pernah buat salah, salah yang aku tak sengajakan. Kalau aku explain pun tak guna jugak kan, benda dah jadi, explanation is not going to help anyway and you are not going to listen either!! Macam satu quote ni "There's no need to explain, your friends don't need them and your enemies won't believe you"

Apapun aku dah buat yang terbaik. Aku jalankan tanggungjawab aku dengan amanah, cekap dan efisien. Aku tak kesah pun kalau ada orang yang nak mempertikaikan kredibiliti aku dalam menjalankan tanggungjawab.

Tapi satu jer aku nak ingatkan, jangan suka mengata orang lain kalau diri sendiri tu taklah bagus sangat.

Aku memberi sepenuh komitmen terhadap tugas aku. Begitu komited aku sehingga aku korbankan masa belajar aku untuk buat apa yang patut. Study week aku dikorbankan untuk satu tugasan persatuan ni. But still, alhamdulillah, aku score gak dapat Dean's List semester tu.

So, kawan-kawan, jangan sebarang cakap jer aku ni tak komited dengan tugas aku. Maybe korang tak nampak apa yang dah aku buat untuk persatuan ni tapi aku tau yang aku dah banyak korbankan masa, duit (masih ada duit yang belum dapat dituntut sebab persatuan kekurangan duit), diri, jiwa dan raga aku ni. Korang tak nampak semua tu kan??!!...Aliran wang, mana nampak! Masa aku yang berlalu, korang tak nampak..Tenaga yang aku curahkan, lagi la korang tak nampak..

So, kesimpulannya, walaupun aku memang salu kena hentam dan ktitik teruk oleh budak-budak lain, aku masih teguh, tetap berdiri dan hidup. Sebab hidup aku bukan untuk disia-siakan.


Masih Hidup,
Ash.

Thursday, June 23, 2011

Aku Sayang Dia...

Agaknya dah berapa hari ek aku tak update blog baru aku nie? Malas la nak kira,hehe..

Untuk post kali ini, "Aku Sayang Dia", aku nak bercerita pasal Si Dia, seseorang yang telah berjaya menambat hati aku sejak bertahun lamanya..

SF nama diberi (bukan nama sebenar). Kitaorg dah kenal sejak dari sekolah rendah dulu. Memang kawan sejak kecik. Dan sejak itu jugak, aku mula menaruh hati kat dia tapi memandangkan kami masing-masing lagi kecik, aku anggap perasaan aku tu sekadar cinta monyet yang bodoh.

SF ni budak pandai, selalu dapat nombor satu dan aku selalunya akan dapat nombor kat belakang dia. Then kiteorang putus hubungan komunikasi bila dah naik sekolah menengah. Dia masuk sekolah berasrama penuh, aku pulak masuk sekolah lain yang sama tarafnya dengan sekolah dia.

Then, kitaorang bertemu semula (berhubung semula) masa tingkatan 5, makin berbunga-bunga la perasaan aku sebab sepanjang 5 tahun tak jumpa tu dan tak berhubung langsung, aku tak pernah ada perasaan suka kat orang lain macam aku suka kat dia. Mungkin sebab tu kot, aku tak penah nak 'kapel' ngan sapa-sapa..
Dia pulak, dia pernah ber'kapel' ngan seseorang semasa kat sekolah menengah dulu. Tapi tu semua dia punyer past story kan, aku tak kisah sangat (ada aku kesah?)..zaman muda-mudi katakan..

Alhamdullilah, sampai sekarang, kitaorang masih lagi saling berhubungan.

Apa pulak hubungan aku dengan Si Dia?

Apapun, kami kawan baik. Sejak kami ber'contact' semula, kami selalu texting dan chatting kat on9. Kadang-kadang, kami bercakap kat telefon...

Ok, best part of all, aku pernah confess kat dia. Ya, aku memang pernah bagitau dia yang aku suka kat dia, then aku respect dia sebagai seorang kawan. Apapun decision dia, aku terima apa adanya..

Aku penah bagi soklan cepu emas la kat dia, "Awak suka saya tak?"
Then dia jawab "Saya suka awak =]"
Tapi keesokkan harinya dia bagi aku satu text yang berbunyi "Awak, awak janganlah suka sangat kat saya, saya bukanlah orang yang baik untuk awak"
Macam nak nangis aku denga... T.T
Kenapa? Dia reject aku ka? Atau dia tak nak aku berharap sangat kat dia?...

Macam aku cakap, aku terima apapun keputusan dia apa adanya. Dan aku bersyukur sebab dia masih nak jadi kawan baik aku walaupun dia tahu apa perasaan aku terhadapnya.

Kenapa aku masih suka kat dia sampai sekarang sejak aku kenal dia dari sekolah rendah lagi?

Sebab kami kenal dah lama, so aku tahu la hati budi dia macam mana. Then aku suka kat dia bukan sebab rupa parasnya ataupun harta kekayaanya tapi aku tertarik kat personalitinya. Menjaga solat, pandai bergaul dan hormat kat orang tua. Sebab tu aku tertarik sangat kat dia, sebab aku yakin dia ialah orangnya, yang dapat membimbing aku ke jalan yang benar andai aku sesat. (okay, agak hiperbola sikit)

Sekarang kami masing-masing dah bergelar pelajar universiti, aku study local jer, dia pulak study kat overseas...
Pernah jugak (sekali je) kami ber'skype', video call dan chatting.

Aku just nak bagitau dia yang aku sayang sangat kat dia sama macam aku sayang keluarga dan kawan-kawan aku, sama istimewanya dengan mereka semua.

Aku sentiasa teringatkan dia setiap hari "Ku ingat dikau dalam doaku"
Aku tak mintak dia jadi 'kapel' aku (pergh,geli doe ku dga perkataan kapel ya), tidak sama sekali. Yang aku mintak, kalau benar dia juga menaruh perasaan kat aku, berlaku jujurlah.
Bagi aku, aku tak suka sangat perkataan 'kapel' tu, aku lebih suka jadi kawan baik. Andai ada jodoh, ingin sekali aku jadikan dia pasangan hidupku sepanjang hayatku.

Doakan hubungan baik kami, andai dia ditakdirkan untukku maka dia akan jadi milikku. Sesungguhnya, Allah yang maha esa itu lebih mengetahui segalanya.

Untuk Si Dia, saya sayang awak, walaupun saya tak pernah bagitau awak yang saya sayang awak. Dan saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi jadi kawan baik saya selama ini. Jika saya dapat tunggu awak selama 8 tahun ni, kenapa tidak untuk 8 tahun yang akan datang?


AKU SAYANG DIA,
ASH.

Tuesday, June 21, 2011

WinLogin.exe - Cara nak buangkan!

Sebenanya , aku sendiri pun tengah mengalami masalah yang sama. WinLogin.exe telah menyerang laptop aku!!!

Cara nak buangkan, aku pun tak tau la bro..tadi ada Google jap tapi tak faham la ntah mende programming semua tu. So, aku nak mintak tolong la sapa-sapa yang expert bidang komputer ni, tolong aku, camne nak hapuskan benda tu, salu buat kacau laptop aku. Kadang-kadang pandai freeze time aku lagi tengah SIBOK buat assignment. Time aku free plak, takder buat perangai...nak kena Virus ni...

Kalau da sapa-sapa tu yang dah berjaya hapuskan Virus ni, tolong la aku. Aku tak sanggup kalau laptop aku rosak. Laptop adalah aset aku yang paling berharga- buat assignment, buat presentation, on9, blogging, chatting, dan skype-ing ngan yang tersayang yang jauh di mata lagi (aiseh, sempat plak aku nie).

Aku ni bukan ada banyak duit nak anta laptop g kedai, kalau ada pun duit, mesti tggu sampai sebulan, kalau tak pun tak pun lebih dari sebulan. Camne plak aku nak buat semua kerja-kerja rumah aku??!! Geram pun ada jugak, camne la aku boleh dapat benda tu? Semua ni berjangkit dari pendrive ke laptop. Haish...

kalau tengok benda nie, JGN KLIK!!

Dengan Hati yang susah,
Ash.