Tuesday, March 27, 2012

Kenapa Allah Biarkan Kita Terluka?

Assalamulaikum,


Kenapa kita terluka?

Pernahkah kita berpikir sekejap? Sekejap ja,bukan lama pun..kenapa Allah biarkan kita terluka dan dilukai?

Kejadian ini terjadi kira2 3 minggu yang lalu.Waktu itu, aku sedang menolong rakan baik aku bukak penutup botol contact lens. Penutupnya diperbuat daripada besi. Payah bena aku hendak membukanya maklumlah itu kali pertama aku dan rakan membeli contact lens korea. Cuba punya cuba, aku cuba tarik penutup besi tersebut, lalu tertanggal la sebahagian besi itu lalu mencucuk menembusi lapisan epidermis pertama jari terlunjuk tangan kanan aku.

 Mak oi, punya la sakit. Agak terkejut bila aku melihat luka itu, sangat dalam lukanya. Sebelum ini jariku pernah terhiris pisau namun tidak la sampai luka begitu, cuma terhiris kulit lapisan epidermis pertama sahaja. Yang ini pula sudah menembusi lapisan yang kedua dan ketiga kot. Aku hampis menangis! Namun aku tahan sebab aku tak mahu nanti rakan pikir aku congek.

Dengan menahan kesakitan,aku ajak rakan ke farmasi beli plaster luka. Hari2 aku tukar plaster luka dan melihat keadaan lukaku sambil bermonolog dalaman
"Heh, bilalah agaknya lukaku ini sembuh? Susah aku mahu lakukan kerja2 rumah kalau jariku luka"

Setiap hari aku tukarkan plaster luka, of course la setiap hari aku tengok lukaku. Sampai satu hari, akibat terlampau sibuk, aku tukarkan plaster setelah tidak tukar selama lebih dari 24 jam. Terkejut aku apabila aku bukakan plaster,luka di jari sudah tidak berlubang lagi!

Isi dalam jari yang terbelah dua sudah bercantum semula! SubhanAllah! Memang ada penjelasan saintifik. Bila bahagian kulit manusia terluka, sel yang terluka itu akan mati. Apabila ada sel yang mati, maka sel
yang baru pun akan dihasilkan untuk menggantikan sel yang sudah mati. Tujuannya untuk memperbaiki bahagian yang rosak itulah. Penjelasan lanjut, sila rujuk buku biologi pasal sel hidup,tq.

Perkara yang sama juga terjadi apabila hati kita dilukai dan terluka. Jangan pikir Allah biarkan hati kita dilukai tanpa sebab.

Pertama, mungkin kerana hati kita ini sangat busuk,hitam dan sudah buruk. Kerana itu Allah biarkan hati kita dilukai dan terluka, supaya hati yang terluka itu dapat memperbaharui sel2 untuk memperbaiki hati yang rosak dan menjadi baik semula.



Tidak pun hati kita ini busuk, hati yang putih dan baik pun boleh saja dilukai. Ini kerana (macam penjelasan sebelumnya jugak) supaya hati yang terluka itu dapat memperbaharui sel yang baru dan menjadi lebih kuat.

Tapi ingat, tidak semua hati yang terluka itu menjadi baik semula. In some cases, hatinya bertambah buruk,busuk dan hitam.



Bacaan artikel serupa KLIK SINI :)

Sekian.

p/s: cerita pasal jariku luka saja yang lebih kan? lol ;P


Wasalam!

3 comments:

nik rose said...

perumpamaan yang baik. saya turut terpanggil utk share. 3 jari tangan kiri saya cedera akibat tersepit pintu bilik di rumah.sakit tak boleh nak cakap la. akibatnya kuku jari hantu tercabut.kini dlm proses tumbuh kuku baru. jari manis dan keliking pula tak dapat dibengkok kan dan saya kini sdg ikut sesi fisioterapi. sekali lagi mak ooi sakit betul. DAN saya sedar semua itu adalah peringatan Allah kepada saya. mungkin selama ini saya lalai.
ya Allah ampunkan aku hambamu yang hina....

Hamba Allah said...

Assalamualaikum semua.... JazakAllah dan Jazakillah atas semua peringatan ini dan saya amat suka dgn article ini sekaligus ia mengingatkan kita semua ttg nikmat Allah yg patut kita semua syukuri... Alhamdullilah... Saya jua pernah mengalami perkara yg sma yg mana saya merasakn ini adalah peringatan Allah pada saya yg selalu lalai dan kurang bersyukur satu ketika dulu.. Dan sma2 lah kita semua merenungi perkara yg terjadi kepada kita yg sebenarnya sentiasa ada hikmah disebaliknya dan seperti yg penulis smpaikan saya amat bersetuju kdg2 ianya utk membersihkan hati kita jua.. kerana Allah sayangkn hambaNya lah ia biarkn kita terluka....

Ash-and-The-Cat said...

terima kasih saudara sekalian, memang masa luka dijari tu sembuh,saya mula rasakan kebesaran Tuhan dan betapa uniknya ciptaan Tuhan ni ;)