Thursday, March 15, 2012

Untuk Apa Aku Menyukai Kamu? Part 2

Assalamaulaikum saudara saudari sekalian..

Sekarang ni aku nak sambung part 2 pulak..ceh, ada part 2 jugak rupanya?

Kalau orang tanya aku, "Kenapa suka kat dia?", mesti aku akan pause kejap..tengah pikir nak susun ayat nak explain kat orang yang bertanya..seriusly, memang susah nak explain. Hanya aku sendiri saja yang faham kenapa aku suka dia. And most importantly, aku kena berhati-hati dengan ayat yang akan kelua dari mulut aku nanti. Aku tak mau la, reason aku suka dia dikatakan sama saja dengan perempuan2 lain..FYI, sama sekali tidak sama, saya ulangi sama sekali tidak sama sebab aku suka dia dan sebab mereka suka dia. 

Fakta pertama yang semua harus tahu, kami berkawan baik. Kami juga sudah berkawan lama. Bila dicombined maksudnya, kawan lama yang baik ;) Ya kami juga sangat rapat, namun rapat melalui internet dan telefon sahaja. Hampir 9 tahun tidak berjumpa sejak meninggalkan sekolah rendah. Actually kan, aku nak bagitau satu rahsia ni, aku mula suka kat dia time sekolah rendah lagi tapi aku rasa bodo la..lagi kecik nak suka2 kat orang. Ketuk kepala..

Aku mula rasa suka kat dia balik bila kami mula berkontek semula..jejak kasih katakan..itu kira2 3 tahun yang lepas. Ala biasala..zaman lagi budak hingus-hingusan, mesej2 dan calling2..epp,jangan pikir lain..kami hanya kawan sahaja..masa tu, kalau ada apa2 mesti aku kongsikan kat dia, nak mengadu tak puas hati pun cakap kat dia..pokoknya, macam2 la cerita yang kami kongsi. Sampai satu masa, dia hilang entah kemana, kena culik makhluk asing ke planet Mars kot (assumption aku masa tu), aku tak dapat kontek dia dan dia pun tak ada jugak nak kontek aku. Masa tu terasa sangat hilang kawan untuk bercerita dan tempat untuk mengadu. Sedih la kan? Macam2 yang aku pikir. Mesti dia cabut lari tanak kawan ngan aku :'(

Rupanya2 dia hilang henpon and dia pun ada inisiatif carik nombor telepon aku..ok, baiknya kawan aku sorang ni..

Huh, panjang betol aku bercerita, bila nak bagitau kenapa suka kat dia? Aku dah penat la wei nak explain..cuba korang baca sendiri antara mesej2 yang pernah dia bagi kat aku:


" Tiada bahasa seindah Al-Quran, tiada tempat seindah syurga,
didunia, tiada perhiasan seindah wanita solehah"


" I always thinking of you, in my pray, while I'm eating,
while I'm playing, while I'm studying but only AFTER ALLAH, the almighty..good nyte, salam.."



agak2 nya lawa tak kalau aku pakai tudung? ;)




Agak2 nya, kenapa aku suka kat dia? Pikir2 la sendiri selepas baca mesej diatas..AND pastikan anda dah baca PART 1..

Wasalam~

No comments: