Thursday, August 23, 2012

Salam Raya 1433H

SALAM AIDILFITRI 1433H KEPADA SEMUA UMAT ISLAM :)


p/s: Teringin nak naik rollercoaster paling gila2 punya :P

Wednesday, August 15, 2012

Alkisah Dia Bukan Ustazah: Bidadariku


Aku sudah meluahkan segala isi hatiku kepada orang tuaku. Mereka juga sudah merestui. Pertemuan dengan keluarga si dia sudah diatur. Esok adalah harinya, pertemuan dua keluarga.

Husna, nama gadis yang aku percaya boleh menjadi pendamping hidupku.Dan kerana itu, aku akan melamarnya untuk dijadikan bidadariku.

Pagi itu, aku bersiap awal. Berdebar-debar tidak terkira. Mungkin diterima atau ditolak lamaranku, hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

Aku dan kedua orang tuaku tiba di rumah besar dan cantik yang menjadi kediaman Husna dan orang tuanya.

"Ya Allah, mungkin aku tidak mampu memberikan si dia rumah sebesar dan secantik ini,tapi aku akan berusaha semampuku untuk membawanya ke rumah yang lagi cantik dan kekal abadi iaitu Syurga An-Jannah" aku bermonolog dalaman.

Sepanjang pertemuan dan 'sidang mesyuarat', hanya orang tuaku sahaja yang berbicara. Aku pula duduk disebelah kiri ayahku membisu.Agaknya orang tuaku yang lebih arif perihal ini.

Husna tidak duduk bersama kami di ruang tamu.Mungkin dia malu.Tapi aku terlihat kelibat dia dibelakang tangga berhampiran ruang tamu tempat dua buah keluarga ini bertemu.Sepertinya, Husna sedang mengintai dan mendengar perbualan kami.

Pada satu saat, aku melihat dia, dia juga melihat kearahku. Mata kami bertentangan dari jauh. Menyedari dirinya diperhatikan aku, dia terus menyembunyikan diri di sebalik tangga.

Aku tersenyum sendirian melihat ragam Husna. Husna seorang yang comel, dia comel dengan pipinya yang montok. Dia juga berkulit cerah, cerah sekali jika dibandingkan dengan aku yang gelap ini.Dan ingin aku maklumkan awal bahawa Husna tidak bertudung.

Alhamdulillah, lamaranku diterima. Pertunangan akan berlangsung dalam masa sebulan dan akad nikah pula akan dijalankan setahun selepas pertunangan.

Kenapa tunggu setahun? Pertama, sebab aku akan posting ke bandar lain lebih kurang setahun. Kedua, sebab pengajian Husna di universiti tinggal lagi setahun.

Sebelum aku dan kedua orang tuaku pulang, Husna keluar dan mengatakan dirinya hendak berbicara sedikit denganku.

Dia berdiri di hadapanku dan menundukkan muka. Perlahan dia mengangkat mukanya memandang aku.Jelas kelihatan raut wajahnya kebingungan.

"Kenapa saya ustaz? Ustaz kan sedia maklum, saya bukan ustazah..."

Seperti rakan-rakanku yang lain, Husna juga memanggilku ustaz. Mungkin kerana cita-citaku untuk menjadi seorang daie, berdakwah menyampaikan kebaikan dan menegakkan syiar Islam.InsyaAllah, aku bakal daie bergerak di hospital. :)

"Kenapa saya pilih awak,hanya Allah dan saya tahu. Andai memang kita ditakdirkan bersama satu hari nanti,baru pada waktu itu saya akan beritahu. Buat masa sekarang,biarlah rahsia, :)"

"Betul ustaz pasti dengan keputusan ustaz? Saya bukan ustazah, saya tak bertudung, saya tak pandai memasak dan menjahit, dan saya juga tak pandai mengaji Al-Quran. Sekarang katakan,adakah ustaz pasti?"

Ya Allah, mungkin ini ujian buatku. Disebalik kekurangannya,aku tahu dia punya kelebihan tersendiri. Demi Allah, aku melamarnya dan aku menyayangi kerana agamanya,bukan kerana kecantikan dan kekayaan semata-mata.Aku percaya dia punya agama dan aku percaya dia boleh berpegang teguh dengan agamanya.Ya aku yakin dengannya walaupun dia bukan ustazah.

"Saya pasti dengan keputusan saya," jawabku pendek sambil melontarkan sebuah senyuman manis.

Aku bertolak ke bandar aku berkhidmat pada hari pertunanganku. Segala urusan dan hal-hal berkaitan selepas aku tiada di rumah akan diuruskan oleh keluargaku.

Sejujurnya, aku dan Husna tidak pernah berpacaran bak kata orang Indonesia. Kerana aku sukalah aku terus masuk meminang. Kami juga jarang berjumpa dan jarang juga berkontek. Kami berkenalan kerana kami satu kampus belajar. Aku mengenalinya dengan lebih rapat melalui beberapa orang rakanku yang sekelas dengannya.

Semasa baru bertunang, aku selalu menghantar SMS dan menelefon Husna.

Pada suatu hari aku hantar SMS,

"Wahai tunangku, aku merinduimu,"

Balasnya pula,

"Kalau rindu, berzikir dan berselawat kepada Allah dan Rasul, agar rindu awak terhadap saya tidak melebihi rindu awak terhadap mereka,"

Astaghfirullahalazim, aku terus beristighfar. Betapa aku lalai dalam menjaga perhubunganku dengan dia. Hubungan kami belum halal kerana pertunangan itu tidak menghalalkan apa-apa. Sungguh hebat jerat syaitan yang menyelusup halus ke dalam hati.

Boleh dikatakan setiap hari aku hantar SMS dan telefon dia tunangku sehingga satu hari dia menegur.

"Bukan saya tak suka awak SMS dan telefon, tapi Ramadan kan tak lama lagi. Awak mesti banyakkan amal ibadah dan yang penting, fokus dalam beribadah. Saya tak nak awak hilang fokus kerana saya. Saya tak nak menjadi penyebab awak menyeleweng,"

Sekali lagi, aku terus beristighfar. Malah aku perbanyakkan istighfarku agar Allah mengampuni dosaku.

Aku pulang ke kampung halaman kerana aku akan berkahwin dalam masa sebulan lagi. Aku harus menolong menguruskan semua hal-hal berkaitan majlis akad nikah dan persandingan nanti. Aku pulang menemui keluargaku terlebih dahulu. Sungguh aku rindu pada tunanganku, aku lebih merindui keluargaku. Sesudah itu, aku dan ibu pergi ke rumah Husna untuk menemuinya.

Sungguh aku terkejut melihat kelibat seorang gadis yang sangat comel yang menghidangkan air kepada aku dan ibu. SubhanaAllah, gadis bertudung labuh menutup dada dan memakai jubah cantik berwarna biru itu ternyata adalah Husna! Persis pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi. Husna tidak pernah memaklumkan aku bahawa dirinya sudah berhijab.

Apa yang menggembirakan aku, Husna sudah pandai memasak dan menjahit. Dia belajar memasak dan menjahit sepanjang tinggal serumah dengan rakan-rakan sekuliahnya.

"Husna, awak ingat tak dulu awak pernah cakap yang awak tak pandai mengaji Al-Quran? InsyaAllah, setelah kita sah diijab kabulkan, saya akan mengajarkan awak mengaji. Malah saya akan menjaga awak dengan baik dan bimbing awak dan sama-sama kita menuju ke Syurga. Kerana awak adalah amanah Allah buat saya,"

"Sungguh nak tahu kenapa aku memilihnya? Aku tidak memilihnya sebaliknya Allah yang memberinya kepadaku" :)

1. Dia selalu mengingatkan aku kepada Ilahi ketika aku selalu lalai
2. Dia berhijab bukan kerana aku tetapi ikhlas kerana Allah dan dia merasakan auratnya hanya layak dilihat oleh yang halal baginya.
3. Dia garang tapi sebenarnya baik hati
4. Dia berusaha untuk belajar sesuatu yang dia tidak arif seperti belajar memasak.
5. Dia sangat menjaga pergaulan dan tidak suka pada pergaulan bebas dan kerana itu aku tahu dia tidak pernah berpacaran
6. Dia juga menerima aku bukan kerana rupa tetapi kerana agamaku...

Oki Setiana Dewi



Sabda Rasullulah saw:
"Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinlah anakmu itu.  Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi"
-Hadis riwayat Abu Hurairah r.a-

Tuesday, August 14, 2012

Back to basic

Assalamualaikum wr wbt,

Just wanna say, Back to Basic bebeh!! :)
My mom has 101 list of to do before Hari Raya. Now get ready!


Rindu kasut Garfieldku~
Wasalam. :)

Thursday, August 2, 2012

Agak rendah taraf aku disitu..

Assalamualaikum wr wbt dan selamat malam,

Di kala semua manusia di Malaysia ini sudah tidur kerana esok nak kerja, nak bangun sahur lagi..aku baru hendak memulakan aktiviti berbelog..huish..

Tadi aku bukak pesbuk, terjumpa la sesuatu yang menarik minat aku..terus aku baca dan sambil membaca itu terus aku terkedu..monolog dalaman sebentar *oh-hoho, rendah betul taraf aku disitu (sambil keluar air mata setitik) :'( *

Serius, aku ada menyimpan hasrat nak jadi baik macam tu. Bukan nak jadi perfect tapi nak perfectkan amal ibadah aku. Kenapa berani berangan-angan untuk mendapatkan yang terbaik padahal diri sendiri belum lagi cukup bagus? 


klik untuk tengok besar lagi..


Aktifkan mode muhasabah diri~

Wasalam...