Tuesday, October 23, 2012

Aku Seorang 'Slow Learner'


Apakah yang kalian faham tentang ‘slow learner’? Slow learner sering kali dikaitkan dengan seorang yang lembap, gagal dalam pelajaran, susah untuk memahami sesuatu perkara dan hal, dan sukar membuat keputusan. Kalau di dalam kelas, seorang ‘slow leaner’ akan menjadi yang terakhir untuk memahami apa yang diajar oleh guru mahupun pensyarah. Dalam sesetengah kes, sehingga selesai kelas pun, seorang ‘slow learner’ masih tidak dapat memahami apa yang dipelajari.

Kerana merasakan diri seorang yang ‘lembap’ dan sukar memahami apa yang diajar oleh guru di dalam kelas, ‘slow learner’ berpotensi untuk tidak menumpukan perhatian terhadap guru. Kadangkala mereka suka mengelamun dan berkhayal. Sesetengah mereka berpendapat “Aku tengok cikgu kat depan pun aku masih tidak faham, lebih baik aku tidak menumpukan perhatian,”. Sesetengah orang pula akan tidur ketika guru mengajar di depan. Contoh terbaik adalah diri aku sendiri :P

Tanggapan dan persepsi orang ramai terhadap ‘slow learner’ ialah mereka itu bodoh. Persepsi ini harus diubah kerana tidak semua orang itu dilahirkan dan dianugerahkan kebolehan yang sama. Setiap individu Allah ciptakan di muka bumi ini mempunyai kebolehan dan bakat yang berbeza. ‘Slow learner’ bukan seorang yang bodoh tetapi seorang yang bodoh itu mungkin seorang ‘slow learner’.
Seorang ‘slow learner’ pasti akan menganggap diri mereka bodoh dan tidak berpotensi untuk Berjaya. Justeru, kebanyakan ‘slow learner’ akan pasrah dan redha menghadapi keputusan yang gagal. 
“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka”

Memang kita harus pasrah dan redha. Tetapi itu tidak bermakna harus berserah semata-mata tanpa ada usaha. “Saya sudah berusaha…” Setakat manakah usaha anda itu? “Saya ikut cara belajar budak pandai dalam kelas,”
Anda salah kalau anda cuba mengikut cara budak pandai dalam kelas belajar. Harus diingatkan disini bahawa anda adalah seorang ‘slow learner’ tetapi budak pandai tersebut tidak. Anda harus mencurahkan usaha yang berlipat kali gandanya berbanding budak pandai tersebut untuk berada di tahap yang sama sepertinya. Contohnya, budak pandai belajar 3 jam sehari. Anda haruslah belajar sekurang-kurangnya 5 hingga 6 jam. Gandakan usaha anda! Bukan tidak boleh ikut cara budak pandai..boleh saja tetapi harus disesuaikan dengan keadaan diri anda sendiri.

“Senang saja kau bercakap,”

Aku tidak bercakap kosong. Kerana aku juga seorang ‘slow leaner’. Sejak sekolah rendah, aku tidak pernah mendapat tempat pertama dalam kelas. Ketika budak-budak yang lain sudah pandai membaca, aku masih lagi merangkak-rangkak membaca. Itu situasi sewaktu darjah satu. Budak-budak lain terutama budak pandai di kelasku semua mengejek aku bodoh. Aku tidak peduli kerana waktu itu aku lagi berusia 7 tahun, tidak tahu apa-apa lagi. Tapi semua ejekan itu hanyalah ejekan semata-mata kerana pada penghujung tahun 1, aku sudah pandai membaca dan mengira dengan baik. Aku masih ingat lagi sewaktu darjah 1, cikgu menyuruh aku membuat semula ujian di dalam kelas seorang diri. Mungkin beliau tidak yakin kalau aku yang membuat ujian tersebut tanpa meniru sesiapa pun. Tanpa banyak bicara (sebab budak2 lagi) aku pun menduduki semula ujian yang sama seorang diri ditemani guru. Aku telah pun membuktikan bahawa aku tidak lah bodoh mana.

Tingkatan 3 adalah tahun dimana aku akan menduduki PMR. Aku bersekolah di sebuah sekolah yang mempunyai reputasi baik di daerah tempat tinggalku. Mak aku pernah berpesan sekiranya aku tidak mendapat 8A (semua A), aku akan dipindahkan ke sekolah lain. Jika aku berpindah keluar daripada sekolah tersebut, aku akan mendapat malu. Maka pada tahun tersebut aku mencurahkan segala usahaku menelaah pelajaran. Aku akan tidur pada jam 1 atau 2 pagi dan aku tidak akan tidur selagi tidak membuka buku atau menelaah apa-apa. Aku curahkan usaha yang lebih berbanding budak-budak  pandai yang lain kerana aku tahu setakat mana kemampuanku.

Semasa di tingkatan 1 dan 2 aku selalu mendapat tempat 10 atau 20 kebelakang. Jadi aku harus berjuang sewaktu di tingkatan 3. Hasilnya, aku berjaya mendapat keputusan PMR 8A!

Sewaktu SPM aku tidaklah mendapat semua A tetapi aku berhasil mendapatkan gred A1 untuk matapelajaran tambahan yang aku ambil untuk SPM iaitu Ekonomi Asas. Kalau tidak silap aku hanya mengambil masa dalam 3 bulan untuk menelaah semua tajuk dari tingkatan 4 dan 5 subjek tersebut. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usahaku. Aku juga mengucapkan syukur yang tidak terhingga.

Di peringkat universiti pula, aku mengambil jurusan yang tidak pernah aku pelajari semasa di sekolah iaitu jurusan perakaunan. Jujur aku katakan, memang agak sukar pada permulaannya. Memandangkan aku seorang ‘slow leaner’, aku menjadi agak sukar untuk memahami apa yang diajar oleh pensyarah. Aku bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan sekelas yang baik hati. Kalau ada apa-apa yang tidak difahami aku akan merujuk kepada mereka. Pada semester pertama itu, aku mensasarkan ingin mendapat CGPA 3.50 keatas. Jadi aku membuat peraturan untuk diri aku sendiri. Aku tidak boleh tidur selagi belum pukul 12 tengah malam dan aku juga tidak boleh tidur sebelum menelaah pelajaran. Sesudah pukul 12 tengah malam, aku boleh membuat pilihan samada mahu tidur atau menyambung belajar. Begitulah bagaimana caranya aku mendisiplinkan diri aku supaya belajar, belajar dan belajar!

Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar pensyarah dan rakan-rakan semua, sesungguhnya aku tidak menyangka pun aku boleh mendapat CGPA 3.96 pada semester pertama itu! Aku terhutang budi pada pensyarah2 dan rakan2 semua. Segala puji bagi Allah, aku menghabiskan diplomaku dengan CGPA masih kekal diatas 3.50.

Sekarang, aku sedang menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda perkauanan di sebuah universiti tempatan. Dan sekarang pun, aku tengah berjuang habis-habisan untuk mendapat CGPA yang baik kerana targetku ialah untuk grad dengan ijazah kelas pertama supaya pinjaman PTPTN ku dapat di tukar menjadi biasiswa. :) Doakan yang terbaik untuk saya ya!

Pesanan buat pelajar-pelajar ‘slow learner’ macam aku, usah gusar, usah rasa merendah diri kerana kurang bagusnya berbanding orang lain. Sebagai manusia memang tidak dapat dinafikan memang akan ada timbul rasa cemburu dan iri hati terhadap orang lain yang lebih berjaya daripada kita. Siapa kata kita tidak boleh berjaya? Kita bukan bodoh, tapi kita unik!

Kesimpulannya, aku seorang ‘slow learner’ tetapi aku punya impian yang besar. Aku bukan budak pandai tetapi aku seorang yang unik kerana aku berbeza. “Dare to be different”- ya aku memang berbeza dan aku suka berbeza daripada orang lain :)

source: google

5 comments:

sayA tonaH said...

uhuuuu aku pun sama. kalo lam keluarga aku la paling corot kalo lam pelajaran

belajar smpai bengkak mata tk tido mlm pun marks still tk naik naik

mintk tolong lecturer pun, semua mcm putus asa da ats ak

tp st jer ak pegang, usaha tu lebey penting dr tk usaha lgsung~ hidup msti ttp diteruskan, yeah~

Anonymous said...

aku pun sme jgk mse pmr tov aku dpt 4c2d2e pstu sya rasesya lh pling slow skt dlm kerluarga sya than bila pmr aku dpt 3a4a1c mmg xcyelah sbjk yg dpt e bla pmr dpt a klu nk thu bila from 2 mt sye x hu ayk dt e sje (aku bersyukur)

Unknown said...

Tahniah diucapkan kpd abg yg telah berjaya mnjejakkan kaki ke menara gading.. Btw,adik sy pun mmpunyai pnyakit yg sama mcm abg,tpi sy nak tnya masa abg sekolah rendah tu,abg masuk sekolah pndidikan khas? kalau masuk,adakah ia membantu?? skrg ni adik sy drjah 3,tpi masih lemah dari segi pembelajaran..

Ash-and-The-Cat said...

terima kasih..jujur saya katakan sekarang pun saya masih struggle nak catch up dengan study sbb dlm kelas sy susah nak fokus. sebab makin tinggi level kat universiti ni makin susah pulak. lagi satu, sy kakak, bukan abang :)

zNiNAz said...

boleh saya tanya, saya punya bf pon seorg slow learner tapi mama dia ada cerita doctor cakap bagi 10 buku pon dia boleh baca tapi bak belajar and usaha tu tak berapa sgt. And mama dgn papa dia selalu kena control kan life dia tapi skrg ni dia dh degil dgr ckp mama n papa dia, so family dia berharap sgt sy boleh tlg dia tapi masalahnya sy support pon dia still juga tk berusaha tp tkde la degil sgt . Just sy nk tanya mcm mna nk kasi dia betul2 berusaha, sbb nati pon dialah ketua keluarga sy, dialah imam sy, dialah ayah kpd anak2 sy . kalau bab spm memang dh terlambat la just skrg nk dia usaha kerja .

reply sini ye - fatin.amanina13@gmail.com -