Friday, May 25, 2012

Perlu Anda Tahu Tentang Maksud Nama "Maulad"

Assalamualaikum wr wbt dan salam Jumaat yang mulia pada pagi ini... ;)


Beberapa hari yang lalu, semasa aku tengah on9 tak tau nak search apa kat google, aku search la nama "Maulad" ni..macam2 aku jumpa..sedih jugak sebab tak jumpa satu pun yang memberi penerangan yang jelas..kemudian aku pun 'landing' kat satu blog ni. Maaf untuk dikatakan, tapi blog dan artikel saudara tersebut agak kurang sopan sedikit. Artikel tersebut bertajuk "Anak Haram".


Ada dua sebab kenapa aku hasilkan artikel ni :
1. Sebab nak jelaskan maksud sebenar nama "Maulad"
2. sebab nak menepis tuduhan hina artikel seorang hamba Allah yang seakan-akan menghina anak2 yang lahir hasil hubungan luar nikah


Stret to the point, "Maulad" bermaksud 'anak kepada'. Contohnya, Si Anu Maulad Si Polan. "Maulad" ni diletakkan di antara nama si anak dan si bapa. Ok, kenapa tak guna "bin" atau "binti"? Sebab si anak tersebut adalah anak yang dipelihara oleh si bapa tadi, meaning si anak ialah seorang anak angkat. Sebab tidak disarankan meletakkan "bin" atau "binti" ialah kerana mahu menjaga nasab keluarga kandung si anak tersebut. Dan kebiasaannya nama "Maulad" diletakkan pada nama anak angkat. 


OK, harap semuanya jelas kepada para pembaca. ;) 
Sejujurnya, saya agak sedih kerana ada yang menganggap mana2 budak yang bernama 'Maulad' ni anak haram..itu adalah tanggapan yang sangat salah.








Perkara kedua, tentang artikel seorang hamba Allah yang seolah2 menghina anak2 yang lahir hasil hubungan luar nikah. Aku memang tak puas hati la dengan artikel saudara tu, sebab setahu aku setiap bayi yang lahir ke dunia ni adalah suci despite he or she born with or without legal marriage of their parents. Yang bersalah itu adalah kedua orang tuanya. Kenapa harus dihina anak2 luar nikah? Mereka juga manusia ada hak untuk hidup dalam masyarakat. Insya-Allah, dengan didikan yang sempurna, barangkali mereka boleh menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah, malah mungkin boleh menjadi orang yang berguna, lebih baik lagi berbanding anak2 yang lahir 'dalam nikah'.


Saranan dan nasihat aku, tak usahlah korang menghina2 anak luar nikah ni. Silap2 kau lagi banyak berdosa berbanding anak2 yang suci ni. Daripada menambah dosa menghina anak2 luar nikah ni, baik kau jaga anak2 kau jadi anak yang soleh dan solehah. Mudah-mudahan nanti anak kau dapat doakan kau bila dah meninggal nanti. 


Petikan daripada Artikel Hamba Allah tersebut:

"Cuba kita bayangkan apa akan jadi anak-anak tanpa bapa yang putus nasab ni 20 tahun akan datang, mereka tentu akan berkahwin sebab dah dewasa. Waktu itu mungkin surat beranak mungkin jadi syarat wajib untuk pengesahan pihak keluarga pengantin seorang lagi.

Bayangkan apa akan terjadi bila rombongan yang datang itu, bila disemak bakal menantu tu nama tiada bin atau pun bin kepada MAULAD..., Anak tuan rumah dah berkenan, sanggupkah kita menerima anak luar nikah ini untuk dibuat menantu!!"

Maaf link terus ke blog tersebut terpaksa saya buang kerana tidak mahu mengaibkan saudara tersebut :)











P/S: Ucaplah selamat datang kepada bulan Rejab..banyakkanlah berbuat amal kebaikan dan amal ibadah, mudah-mudahan Allah merahmati kita semua ;)


Harap kalau ada salah, tolong perbetulkan. Saya budak baru belajar.. ;)

5 comments:

Suraya Bahanudin said...

Terima kasih untuk artikel ini. Puas saya cari untuk tahu yang sebenar maksud maulad. Saya juga anak angkat. Dan, pernah dihina orang, kata saya ini anak haram. Terima kasih kerana menjelaskan semua ni dan beri pandangan positif c:

Nurul Amirah said...

betul ke ? da lame saye cari maksud 'Maulad' tapi x pernah dapat maksud yang sebetul nye. :( tapi kenape dalam ic je ad perkataan maulad tuh dalam surat beranak xde .

Ash-The-Latitude said...

Hehe saya hanya menjalankan tugas dalam menjelaskan maksud sebenar 'Maulad'
@Nurul Amirah kalau nak pastikan lagi, boleh semak kat sijil anak angkat. kalau surat beranak asal mmg takda 'maulad' sebab bin/binti bapa kandung tetapi surat beranak yang KEDUA barulah ada maulad.

Arikal Razali said...

Ya. saya ada kat tempat maulad tu. masa sekolah sy selalu kena hina. and selalu org bertanya. even ayah angkat sy ambil sy dari abg kandung dia. means sy ni anak saudara dia. tp org selalu anggap benda buruk hanya sebab sy anak angkat. 20 tahun, sy tanggung hina. mujur ada juga yg faham.

Ash-The-Latitude said...

sebenarnya saya pun pelik. apa semua org ingat nama 'maulad' ni anak luar nikah ka? pemikiran sempit sekali. tak semestinya la. 'maulad' ni hanya untuk anak angkat, dan seorang anak angkat itu tidak semestinya anak luar nikah. ingat sistem maulad ni saja2 letak untuk semua org tahu bahawa si anu itu anak luar nikah? eh mana ada sistem ni nak malukan seseorang tu sampai begitu sekali kan? kesian kwn2..tapi saya rasa kat swak or sabah ok jer..xpernah pulak ada org ejek or hina saya macam tu sekali. kebanyakkan pengalaman kena hina ni adalah orang yg tinggal di semenanjung malaysia.