Apakah yang kalian faham tentang ‘slow learner’? Slow
learner sering kali dikaitkan dengan seorang yang lembap, gagal dalam
pelajaran, susah untuk memahami sesuatu perkara dan hal, dan sukar membuat
keputusan. Kalau di dalam kelas, seorang ‘slow leaner’ akan menjadi yang
terakhir untuk memahami apa yang diajar oleh guru mahupun pensyarah. Dalam
sesetengah kes, sehingga selesai kelas pun, seorang ‘slow learner’ masih tidak
dapat memahami apa yang dipelajari.
Kerana merasakan diri seorang yang ‘lembap’ dan sukar
memahami apa yang diajar oleh guru di dalam kelas, ‘slow learner’ berpotensi
untuk tidak menumpukan perhatian terhadap guru. Kadangkala mereka suka
mengelamun dan berkhayal. Sesetengah mereka berpendapat “Aku tengok cikgu kat
depan pun aku masih tidak faham, lebih baik aku tidak menumpukan perhatian,”.
Sesetengah orang pula akan tidur ketika guru mengajar di depan. Contoh terbaik
adalah diri aku sendiri :P
Tanggapan dan persepsi orang ramai terhadap ‘slow learner’
ialah mereka itu bodoh. Persepsi ini harus diubah kerana tidak semua orang itu
dilahirkan dan dianugerahkan kebolehan yang sama. Setiap individu Allah
ciptakan di muka bumi ini mempunyai kebolehan dan bakat yang berbeza. ‘Slow
learner’ bukan seorang yang bodoh tetapi seorang yang bodoh itu mungkin seorang
‘slow learner’.
Seorang ‘slow learner’ pasti akan menganggap diri mereka
bodoh dan tidak berpotensi untuk Berjaya. Justeru, kebanyakan ‘slow learner’
akan pasrah dan redha menghadapi keputusan yang gagal.
“
“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali
kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka”
Memang kita harus pasrah dan redha. Tetapi itu tidak
bermakna harus berserah semata-mata tanpa ada usaha. “Saya sudah berusaha…”
Setakat manakah usaha anda itu? “Saya ikut cara belajar budak pandai dalam
kelas,”
Anda salah kalau anda cuba mengikut cara budak pandai dalam
kelas belajar. Harus diingatkan disini bahawa anda adalah seorang ‘slow
learner’ tetapi budak pandai tersebut tidak. Anda harus mencurahkan usaha yang
berlipat kali gandanya berbanding budak pandai tersebut untuk berada di tahap
yang sama sepertinya. Contohnya, budak pandai belajar 3 jam sehari. Anda
haruslah belajar sekurang-kurangnya 5 hingga 6 jam. Gandakan usaha anda! Bukan
tidak boleh ikut cara budak pandai..boleh saja tetapi harus disesuaikan dengan
keadaan diri anda sendiri.
“Senang saja kau bercakap,”
Aku tidak bercakap kosong. Kerana aku juga seorang ‘slow
leaner’. Sejak sekolah rendah, aku tidak pernah mendapat tempat pertama dalam
kelas. Ketika budak-budak yang lain sudah pandai membaca, aku masih lagi
merangkak-rangkak membaca. Itu situasi sewaktu darjah satu. Budak-budak lain
terutama budak pandai di kelasku semua mengejek aku bodoh. Aku tidak peduli
kerana waktu itu aku lagi berusia 7 tahun, tidak tahu apa-apa lagi. Tapi semua
ejekan itu hanyalah ejekan semata-mata kerana pada penghujung tahun 1, aku
sudah pandai membaca dan mengira dengan baik. Aku masih ingat lagi sewaktu
darjah 1, cikgu menyuruh aku membuat semula ujian di dalam kelas seorang diri.
Mungkin beliau tidak yakin kalau aku yang membuat ujian tersebut tanpa meniru
sesiapa pun. Tanpa banyak bicara (sebab budak2 lagi) aku pun menduduki semula
ujian yang sama seorang diri ditemani guru. Aku telah pun membuktikan bahawa
aku tidak lah bodoh mana.
Tingkatan 3 adalah tahun dimana aku akan menduduki PMR. Aku
bersekolah di sebuah sekolah yang mempunyai reputasi baik di daerah tempat
tinggalku. Mak aku pernah berpesan sekiranya aku tidak mendapat 8A (semua A),
aku akan dipindahkan ke sekolah lain. Jika aku berpindah keluar daripada
sekolah tersebut, aku akan mendapat malu. Maka pada tahun tersebut aku
mencurahkan segala usahaku menelaah pelajaran. Aku akan tidur pada jam 1 atau 2
pagi dan aku tidak akan tidur selagi tidak membuka buku atau menelaah apa-apa.
Aku curahkan usaha yang lebih berbanding budak-budak pandai yang lain kerana aku tahu setakat mana
kemampuanku.
Semasa di tingkatan 1 dan 2 aku selalu mendapat tempat 10
atau 20 kebelakang. Jadi aku harus berjuang sewaktu di tingkatan 3. Hasilnya,
aku berjaya mendapat keputusan PMR 8A!
Sewaktu SPM aku tidaklah mendapat semua A tetapi aku
berhasil mendapatkan gred A1 untuk matapelajaran tambahan yang aku ambil untuk
SPM iaitu Ekonomi Asas. Kalau tidak silap aku hanya mengambil masa dalam 3
bulan untuk menelaah semua tajuk dari tingkatan 4 dan 5 subjek tersebut.
Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usahaku. Aku juga mengucapkan syukur yang
tidak terhingga.
Di peringkat universiti pula, aku mengambil jurusan yang tidak
pernah aku pelajari semasa di sekolah iaitu jurusan perakaunan. Jujur aku
katakan, memang agak sukar pada permulaannya. Memandangkan aku seorang ‘slow
leaner’, aku menjadi agak sukar untuk memahami apa yang diajar oleh pensyarah.
Aku bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan sekelas yang baik hati. Kalau ada
apa-apa yang tidak difahami aku akan merujuk kepada mereka. Pada semester
pertama itu, aku mensasarkan ingin mendapat CGPA 3.50 keatas. Jadi aku membuat
peraturan untuk diri aku sendiri. Aku tidak boleh tidur selagi belum pukul 12
tengah malam dan aku juga tidak boleh tidur sebelum menelaah pelajaran. Sesudah
pukul 12 tengah malam, aku boleh membuat pilihan samada mahu tidur atau
menyambung belajar. Begitulah bagaimana caranya aku mendisiplinkan diri aku
supaya belajar, belajar dan belajar!
Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar pensyarah dan rakan-rakan
semua, sesungguhnya aku tidak menyangka pun aku boleh mendapat CGPA 3.96 pada
semester pertama itu! Aku terhutang budi pada pensyarah2 dan rakan2 semua. Segala
puji bagi Allah, aku menghabiskan diplomaku dengan CGPA masih kekal diatas
3.50.
Sekarang, aku sedang menyambung pelajaran di peringkat
ijazah sarjana muda perkauanan di sebuah universiti tempatan. Dan sekarang pun,
aku tengah berjuang habis-habisan untuk mendapat CGPA yang baik kerana targetku
ialah untuk grad dengan ijazah kelas pertama supaya pinjaman PTPTN ku dapat di
tukar menjadi biasiswa. :) Doakan yang terbaik untuk saya ya!
Pesanan buat pelajar-pelajar ‘slow learner’ macam aku, usah
gusar, usah rasa merendah diri kerana kurang bagusnya berbanding orang lain.
Sebagai manusia memang tidak dapat dinafikan memang akan ada timbul rasa
cemburu dan iri hati terhadap orang lain yang lebih berjaya daripada kita. Siapa
kata kita tidak boleh berjaya? Kita bukan bodoh, tapi kita unik!
Kesimpulannya, aku seorang ‘slow learner’ tetapi aku punya
impian yang besar. Aku bukan budak pandai tetapi aku seorang yang unik kerana
aku berbeza. “Dare to be different”- ya aku memang berbeza dan aku suka berbeza
daripada orang lain :)
source: google |