Saturday, July 14, 2012

Persetankah Aku? Tanya diri..

Assalamualaikum wr wbt dan salam sejahtera,

Terutama sekali ingin saya memohon maaf atas title post  yang mungkin kedengaran agak "whoa" dan "apahal ni?" Maaf, tidak dapat saya ungkapkan dengan kata2..

Persetankah aku? Jom tanya diri sendiri..Err, sebelum itu izinkan saya menceritakan satu kisah benar. Kisah ini berlakunya di Facebook, memang la sebab saya seorang yang aktif di Facebook, hehe.. :P

Di sebuah profil Facebook seorang hamba Allah yang memang suka menyampaikan dakwah, dia bertanyakan soalan yang lebih kurang berbunyi begini (sebab dah lupa exact word status fb dia) "Lelaki sukaka dengan perempuan bermake-up tebal?" 

Lalu banyaklah komen2 dari para pengikut dan subcribers..itu termasuk seorang lagi hamba Allah. Beliau memberi komen, memberi dakwah dan mengatakan bahawa mana2 lelaki yang sukakan wanita cantik2 dan seksi2 itu ibarat syaitan. Lalu banyaklah para pembaca yang lain menghentam beliau..

"Apasal cakap lelaki ni syaitan? Dorang pun manusia gak,"

"Kalau nak berdakwah tu boleh tapi kenalah guna ayat yang baik sikit,"

"Berdakwah kenalah berhemah, tak payah cakap macam tu la, tak boleh cakap orang ni syaitan, manusia dan syaitan tak sama,"

"Berdakwah dan menasihat tu kenalah baik2,cakap elok2, tak payah nak cakap lelaki ni ibarat syaitan,"


Wah, sangat berat rupanya kerja seorang pendakwah ya. Bukan mudah kerana setiap masa itu pasti ada orang2 yang akan tidak bersetuju dengan dakwah dan nasihat yang cuba disampaikan.

Bagi pendapat peribadi saya pula, tidak ada masalah beliau berkata bahawa 'lelaki itu ibarat syaitan' kalau dah memang segala perbuatannya macam setan. Kenapa marah pula? Terasa kah sebab pernah buat? Siapa makan cili, dia yang rasa pedasnya..

Perangai manusia2 kat luar ni memang pelik2 kan? Saya pun kehairanan..




Saya hanya boleh mendoakan semoga Allah melindungi para pendakwah2 Islam di luar sana yang berusaha menegakkan dan menyampaikan syiar Islam..


sumber: khadimulQuran


Wasalam.

4 comments:

Anonymous said...

“Jika memandangnya, membuat suami senang.” (HR. Abu Dawud. Al Hakim berkata bahwa sanad hadits ini shahih)

Dari artikel Memilih Pasangan Idaman — Muslim.Or.Id by null

honestly speaking,serius kata2 hamba Allah yg mengatakan lelaki yang sukakan wanita cantik2 dan seksi2 itu ibarat syaitan agak tidak sesuai.hm,mungkin panjang mun mok dijelaskan tapi kita suma dah besar,so pande2 la kita muhasabah diri.

Ash-and-The-Cat said...

Well,that was just his opinion about that. besides,he included dalil2 as well.

I believe that person dah berdakwah secara berhemah. Berhemah tidak bermaksud lemah lembut tapi bermaksud dengan bijaksana. Nya dah sertakan dalil2 yg nas.

Aku x nak anok sapa2 especially orang lelaki,aku just terkilan tgga org ramai boleh membatu apikan apa yg cuba hamba Allah ya sampaikan :)
Itu membuatkan aku terfikir,susah juak keja berdakwah tok o?...

Syifaa Faiz said...

and ctok kau dikpun padah "dgan bijaksana",and aku x rasa ya bijaksana mun nya samakan org gya.siboh lupak fitrah org laki.but,setelah fikir lamak2,mesti kita akan terfikir,setiap org lain so setiap org lain pendapat,sudut pandangan,so akhirnya,kita x boleh salahkan org ya mengibaratkan org gya so atlast xda pg cine2 lalu org kelai nganok ya nganok tok.haha,lumrah dunia deshou.

Anonymous said...

assalamualaikum saudara syifaa faiz, smga saudara dirahmati Allah..

anon yg pertama itu tentunya saudara bukan?

"“Jika memandangnya, membuat suami senang.”

memandang yg bagaimana ya saudara? memandang dengan niat yg bagaimana? dengan rasa cinta? rasa cinta yg bagaimana? yang membawa ke syurga atau sebaliknya? sy yakin, kalau suka memandang yang seksi itu tidak membawa ke syurga..astaghfirullah al azim

ingat x lagu yg ada liriknya "boleh pandang2~"? menurut ustaz imam muda Fattah sepatutny "boleh pandang sekali jerrr~"
tidak boleh pandang2 ya.. :)

ya memang tidak dapat dinafikan lelaki memang suka melihat yang cantik2 dan seksi2..

Firman Allah SWT : “ katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang lelaki yang beriman: hendaklah mereka menahan( sebahagian ) daripada pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat .”
( surah An-Nur ayat 30)

Bukankah Allah sendiri sudah menyuruh para lelaki beriman supaya menjaga pandangan? Ingat ya, bukan kaum wanita saja yang kena menjaga pandangan, lelaki tidak terkecuali....

Lelaki beriman pasti senantiasa menjaga pandangan, maka lelaki yang suka melihat maksiat itu kita gelar apa ya?...

Tepuk dada, tanya iman..

Harap maaf ya,saya budak baru belajar,kalau diajak berbahas yang berkaitan agama itu memang sy belum pass lagi...

Barakallahufik.. :)

dari saya,bakal isteri seorang pendakwah, insyaAllah