Friday, September 13, 2013

Aku dan Anonymous

Assalamualaikum wr wbt dan salam sejahtera kawan2 sekalian,

Post pada kali ini ditulis berikutan beberapa komen diterima daripada anon yang kelihatannya sangat 'mengenali' aku.

Pertama sekali, komen anon dari post Bahana Buruk Sangka.




Aku dikatakan sebagai seorang yang sombong dan tidak mahu berkata-kata dengan orang lain. Aku sebenarnya seorang yang pemalu, jika tidak percaya bolehlah bertanya kepada sesiapa saja yang mengenali diri aku terutama rakan2 baikku. Memanglah aku seorang yang sangat pendiam tetapi aku sudah mempunyai kemajuan setahun-dua tahun ini. Aku akan bercakap kalau orang tersebut juga bercakap dengan aku. Aku juga seorang pemalu, jadi tidak salah rasanya anda cuba menegur aku dahulu bukan? Insya-Allah, kalau anda ajak aku berborak dulu, pasti aku akan berborak sampai malam kalau anda berkehendakkan begitulah. Yang pasti, aku tidak sombong :)

Yang kedua, komen dari post Salam Syawal.



Wah..aku berkecil hati dengan komen anon yang pertama :(  Sampai hati...aku dikatakan tidak bergaul dengan masyarakat? Memang marah juga aku dibuatnya. Sesiapapun pasti akan rasa marah dengan komen sebegitu. Akan tetapi aku harus menerimanya dengan hati terbuka. Ustaz AA Gym pernah bilang, "sesiapa yang ngak bisa menerima kritikan, ialah orang yang ngak bisa menerima perubahan" Hah, nak kritik aku? Silakan :)

Berbalik topik, anon mungkin salah faham. Aku tidak keluar rumah tidak bermakna aku tidak bergaul dengan masyarakat. Aku memang teringin sangat nak keluar rumah tengok dunia dan masyarakat namun setiap kali aku keluar rumah, aku hanya berkesempatan melihat hospital dan klinik sahaja. Harap anda faham apa maksud aku. Lagi satu, masa raya hari itu, batang hidung seorang rakan aku pun aku tak tengok, kalau ada seorang pun yang datang dah cukup bagus bagi memeriahkan raya aku. Malangnya, sekali pun takdak nampak muka dorang. 
Aku tak banyak saudara di bandar Kuching ini, jadi tak banyak jalan2 rumah saudara. Mak aku pula tidak sihat, apamacam bah? Duduk rumah sajalah. Teringat satu lirik lagu "Mengejar cita2 paling mulia, membantu keluarga dirumah"

Lagi satu, aku hendak sampaikan satu nasihat daripada seorang pembantu perubatan di klinik kesihatan. Kalau boleh, kurangkan juga aktiviti bersosial. Aktiviti bersosial ini kadang2 boleh menyebabkan tersebarnya penyakit yang tidak diingini.

Apapun, aku memohon maaf atas terkasar bahasa, tidak sengaja tetapi terlalu mengikut perasaan. Anon lain kali jangan menuduh aku sembarangan okay? Kalau kelapangan pada hari raya, bawalah aku jalan sekaki..aku join saja bah :)


Wasalam.

1 comment:

Anonymous said...

Sory comments kmk melampau. Semoga ktk success sentiasa.