Sunday, July 10, 2011

Kisah Ana..


Ana menuju tangkas ke arah telefon bimbitnya. Dicarinya nama 'Mama' dan terus mendail.
"Hello?"
"Hello, mama."
"Ye, ana, ade ape"
"Mama, Ana nak balik la, tak nak duduk sini lame-lame. Ana pun takde kawan"
"Kenapa pulak nak balik? Kan Ana baru je seminggu duduk kat kampus tu. Kalau takde kawan, bergaul lah ngan roomate Ana. Jangan jadi budak sombong pulak. Mama tak pernah ajar Ana camtu," jawab Mama.

Ana, seorang anak manja kepada seorang ibu yang tegas tapi penyayang. Ana sendiri pun tak tau macam mane die boleh jadi anak yang manja sedangkan ibunya memang seorang yang tegas. Mungkin kerana Ana adalah satu-satunya anak perempuan di dalam keluarganya. Tambahan pula, Ana anak bongsu. Atau mungkin kerana Papa dan abang-abangnya yang terlalu manjakan Ana.

"Ala, mama..Ana nak balik jugak, Ana tak peduli! Ana tak suka duduk sini!"
"Tak boleh! Ana, Ana kena belajar hidup berdikari tau. Kena latih dari sekarang. Kalau tak sampai bila-bila pun Ana akan terus bergantung kat Papa dan Mama.." ujar Mama.
"Kalau Mama tak nak bawak Ana balik, Ana balik rumah Abang Kafli la nanti. Bye Ma," Ana terus memutuskan panggilan tanpa memanjangkan lagi perbualan dengan Mamanya.
Didailnya pula nombor telefon abang sulungya, Abang Kafli.

"Abang, petang ni dapat bawak Ana balik tak? Ana tak nak duduk hostel hujung minggu ni. Mama pulak tak nak bawak Ana balik la. Boleh kan Abang Kafli?"
"Tak bolehla Ana, malam ni abang nak pegi airport, ambil flight ke Singapore. Nanti nak ambil Ana balik takut tak sempat pulak nak pegi airport nanti. Lagipun abang kena ada kat aiport dua jam lebih awal daripada jam penerbangan,"
"Ala, leceh la camtu. Ana tak tahan duduk hostel la, Ana nak balik rumah jugak!" rengek Ana.
"Takpe, nanti abang telefon Mama, pujuk Mama suruh bawak Ana balik rumah, k? Puas hati?"
"Ok, thank you Abang Kafli, love you, have a safe journey ye,"

*****
Peristiwa lima tahun yang lalu benar-benar mengubah hidup Ana 360 darjah. Mama dan Papa dalam perjalanan ke kampus Ana belajar, nak ambil Ana balik rumah sebab Ana tak suka tinggal kat hostel.

Malang tidak berbau, kereta yang dipandu oleh Papa terbabas dan melanggar sebuah lori yang datang dari arah yang bertentangan.

Ana menjadi anak yatim piatu dalam masa beberapa saat selepas itu. Ana berubah sikap. Tidak lagi seperti anak kecil yang selalu merengek. Nak bermanja dengan siapa? Dua orang abangnya masing-masing sibuk dengan kerja dan keluarga.

Ana menahan air matanya daripada menitis apabila terkenangkan arwah kedua orang tuanya kerana khuatiri dilihat oleh teman-teman.

"Hey Ana! Hurry up! We'll be late to Lily's surprise party!" ujar Kathy, seorang teman sebilik Ana yang juga teman sekuliahnya.

"I'm coming!" lantas Ana bangun dari kerusi dan meluru ke arah Kathy sambil membetulkan selendang yang dipakainya persis gaya Hana Tajima.

Ana sekarang sudah melanjutkan pelajaran di Australia, lanjutan Degree. Ana bersyukur, dia sudah mampu untuk berdiri atas kaki sendiri dan merantau ke negara orang. Mungkin ada hikmahnya Allah mengambil kedua orang tuanya daripadanya. Ingin melihat dia berdikari, berubah menjadi seorang muslimah yang baik dan berjaya. Dia redha. Lagipun itu semestinya sudah menjadi kemahuan Mamanya.
"Kalau Mama masih ada, tentu Mama bangga akan diriku,"

"Mama, Papa, Ana rindukan Mama dan Papa,"

Termenung sendirian terkenang peristiwa lalu...



-The End-

p/s: saje boring-boring aku reka la satu cerita pendek lagi simple. Gamba credit to google, model, Hana Tajima. Cantikkan dia? =)

2 comments:

Taufan Bin Ribut said...

ana,ni memang cerita betul ke???


Entri terkini : Aku vs Camera dan korang yang gile camera
Entri sebelum :Diorang ni lesbian??
Watch my video songs ^_^

Ash-and-The-Cat said...

kisah Ana ni aku reka sendiri..ye la,nak cuba bakat dalam menulis cerpen. tp xseberapa standard mcm cerpen yg kena publish tu la...