Saturday, July 9, 2011

Peristiwa di Randau JPK

Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Sarawak ada menganjurkan aktiviti randau pada hari rabu yang lepas. Apa itu randau? Randau dalam definisi bahasa Sarawak tu bermaksud kita berkumpul beramai-ramai then relax-relax sambil borak-borak..tu maksud dia menurut pemahaman akulah kan.

Aktiviti Randau tu berlangsung kat Dewan Jubli UiTM. Kenapa nak pergi? Sebab nak dapatkan cop kolej. Cop tu penting dalam pengiraan mata nak dapatkan tempat untuk bilik asrama untuk semester hadapan. Aku pegi pun sebab tu la, hehe...

Apa yang kiteorang buat kat majlis Randau tu? Basically, kalau UiTM Sarawak ni ade buat aktiviti yang diberi nama Randau bermaksud kumpulkan semua pelajar dan pegawai-pegawai atasan, pelajar akan ajukan apa2 aduan terus kat pegawai berkenaan. Kalau nak buat aduan, kena bangun dari kerusi dan berjalan kat tempat mikrofon tu dan cakap la apa yang terbuku kat dalam dada tu. Pegawai yang duduk kat atas stage tu pulak akan menjawab segala aduan dan kemusyikalan para pelajar. Camtu la ceritanya..

Pengerusi majlis pada malam tu ialah Encik Awang, salah seorang penyarah kat UiTM gak. Nasib baik beliau jadi MC, kalau tak, alamatnya boring giler la majlis Randau pada malam tu. Encik Awang ni memang lucu sikit. Pandai beliau serikan suasana yang agak tegang dan boring itu.

Ni aku nak cerita pasal salah satu aduan pelajar. Wakil budak lelaki dari asrama Seri Mulu. Die mengadu, kenapa takda WiFi kat hostel, then naper tak boleh nak tengok Astro gak. Jawapan dari pegawai RS tu agak mengejutkan kami semua. Pada awal tahun 2010, pihak kolej ada menyediakan modem WiFi kat setiap blok budak lelaki. Tapi malangnya tak sampai satu semester pun, modem WiFi tersebut hilang kena curik ngan budak2 ntah yang tak bermoral tu. Wui, geram betol la aku. Name saja student Universiti tapi mentaliti macam penyamun yang tidak pergi sekolah!! Buat malu saja.
Astro pulak, memang pihak kolej ada jugak sediakan Astro untuk budak2 semua tapi diaorang ni gila. SmartCard Astro pun nak curi!! Aih, aku pun penin jugak mendengarnya..Apa nak jadi la kat pelajar-pelajar Universiti zaman sekarang..ka pelajar UiTM??..tepuk dada tanya selera~

UiTM Sarawak *credit to google*




No comments: