Beberapa hari yang lalu, semasa aku tengah online tak tau nak search apa kat google, aku search la nama "Maulad" ni..macam2 aku jumpa..sedih jugak sebab tak jumpa satu pun yang memberi penerangan yang jelas..kemudian aku pun 'landing' kat satu blog ni. Maaf untuk dikatakan, tapi blog dan artikel saudara tersebut agak kurang sopan sedikit. Artikel tersebut bertajuk "Anak Haram".
Ada dua sebab kenapa aku hasilkan artikel ni :
1. Sebab nak jelaskan maksud sebenar nama "Maulad"
2. sebab nak menepis tuduhan hina artikel seorang hamba Allah yang seakan-akan menghina anak2 yang lahir hasil hubungan luar nikah
Stret to the point, dalam Bahasa Arab, "Maulad" bermaksud 'anak kepada'. Kebiasaannya, "Maulad" digunakan sebagai pengganti kepada "Bin/ Binti" dan hanya diletakkan pada nama seorang anak angkat. Contohnya, Nur Safura Maulad Haikal. "Maulad" ni diletakkan di antara nama si anak dan si bapa.
Ok, kenapa tak guna "bin" atau "binti"? Sebab si anak tersebut adalah anak yang dipelihara oleh si bapa tadi, dalam erti kata lain, si anak ialah seorang anak angkat. Sebab tidak disarankan meletakkan "bin" atau "binti" ialah kerana mahu menjaga nasab keluarga kandung si anak tersebut.
Ditekankan disini, "Maulad" hanya diletakkan pada nama anak angkat. Ianya TIDAK SAMA SEKALI membawa maksud anak tersebut anak luar nikah dan sebagainya. TIDAK. Jika anda berfikiran begitu, memang ditegaskan dan disarankan supaya anda beristighfar banyak2. Islam itu mudah dan indah. Takkanlah letak nama "Maulad" terus dicop sebagai anak luar nikah kot.. Adakah Islam itu sengaja mahu mengaibkan seseorang anak tersebut? Padahal Allah pun berpesan supaya jaga aib sesama insan. Jangan fikir negatif. Tidak semua anak angkat adalah anak haram.
Sekali lagi saya nak fahamkan anda semua; "Maulad" HANYA membawa maksud anak angkat. BUKAN ANAK LUAR NIKAH! Salah sama sekali! Takkan lah Islam nak mengaibkan seseorang anak itu terang-terangan? Sedangkan Allah lagi berpesan supaya menjaga aib sesama insan..
Melalui pengalaman dan pemerhatian saya, tidak semua anak angkat mempunyai nama "Maulad" pada nama mereka. Ada juga yang diletakkan "Abdullah" pada hujung nama mereka. Contoh, Nur Safura Abdullah. Segelintir juga nama anak angkat disambung terus dengan nama bapa angkat tanpa mempunyai "Bin/ Binti". Contoh, Nur Safura Haikal.
Kenapa ada yang guna nama Abdullah? Kenapa yang lain guna "Maulad"?
Saya juga kurang faham. Tapi ustazah sama kolej saya ada beritahu, itu mengikut keputusan Mufti. Dulu, mufti mewajibkan semua anak angkat diletakkan nama "Abdullah" di hujung nama. Kemudian berubah lagi, dan seterusnya. Itu sedikit info yang saya faham lah.
OK, harap semuanya jelas kepada para pembaca. ;)
Jikalau kurang penjelasan, anda bolehlah merujuk kepada ustaz atau ustazah berdekatan anda.
[edited on 8th August 2016 by Ash-admin]
Sejujurnya, saya agak sedih kerana ada yang menganggap mana2 budak yang bernama 'Maulad' ni anak haram..itu adalah tanggapan yang sangat salah.
Perkara kedua, tentang artikel seorang hamba Allah yang seolah2 menghina anak2 yang lahir hasil hubungan luar nikah. Aku memang tak puas hati la dengan artikel saudara tu, sebab setahu aku setiap bayi yang lahir ke dunia ni adalah suci despite he or she born with or without legal marriage of their parents. Yang bersalah itu adalah kedua orang tuanya. Kenapa harus dihina anak2 luar nikah? Mereka juga manusia ada hak untuk hidup dalam masyarakat. Insya-Allah, dengan didikan yang sempurna, barangkali mereka boleh menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah, malah mungkin boleh menjadi orang yang berguna, lebih baik lagi berbanding anak2 yang lahir 'dalam nikah'.
Saranan dan nasihat aku, tak usahlah korang menghina2 anak luar nikah ni. Silap2 kau lagi banyak berdosa berbanding anak2 yang suci ni. Daripada menambah dosa menghina anak2 luar nikah ni, baik kau jaga anak2 kau jadi anak yang soleh dan solehah. Mudah-mudahan nanti anak kau dapat doakan kau bila dah meninggal nanti.
Petikan daripada Artikel Hamba Allah tersebut:
"Cuba
kita bayangkan apa akan jadi anak-anak tanpa bapa yang putus nasab ni
20 tahun akan datang, mereka tentu akan berkahwin sebab dah dewasa.
Waktu itu mungkin surat beranak mungkin jadi syarat wajib untuk
pengesahan pihak keluarga pengantin seorang lagi.
Bayangkan
apa akan terjadi bila rombongan yang datang itu, bila disemak bakal
menantu tu nama tiada bin atau pun bin kepada MAULAD..., Anak tuan rumah
dah berkenan, sanggupkah kita menerima anak luar nikah ini untuk dibuat
menantu!!"
Maaf link terus ke blog tersebut terpaksa saya buang kerana tidak mahu mengaibkan saudara tersebut :)
P/S: Ucaplah selamat datang kepada bulan Rejab..banyakkanlah berbuat amal kebaikan dan amal ibadah, mudah-mudahan Allah merahmati kita semua ;)
Harap kalau ada salah, tolong perbetulkan. Saya budak baru belajar.. ;)