Friday, May 25, 2012

Perlu Anda Tahu Tentang Maksud Nama "Maulad"

Assalamualaikum wr wbt dan salam Jumaat yang mulia pada pagi ini... ;)

Beberapa hari yang lalu, semasa aku tengah online tak tau nak search apa kat google, aku search la nama "Maulad" ni..macam2 aku jumpa..sedih jugak sebab tak jumpa satu pun yang memberi penerangan yang jelas..kemudian aku pun 'landing' kat satu blog ni. Maaf untuk dikatakan, tapi blog dan artikel saudara tersebut agak kurang sopan sedikit. Artikel tersebut bertajuk "Anak Haram".

Ada dua sebab kenapa aku hasilkan artikel ni :
1. Sebab nak jelaskan maksud sebenar nama "Maulad"
2. sebab nak menepis tuduhan hina artikel seorang hamba Allah yang seakan-akan menghina anak2 yang lahir hasil hubungan luar nikah

Stret to the point, dalam Bahasa Arab, "Maulad" bermaksud 'anak kepada'. Kebiasaannya, "Maulad" digunakan sebagai pengganti kepada "Bin/ Binti" dan hanya diletakkan pada nama seorang anak angkat. Contohnya, Nur Safura Maulad Haikal. "Maulad" ni diletakkan di antara nama si anak dan si bapa. 

Ok, kenapa tak guna "bin" atau "binti"? Sebab si anak tersebut adalah anak yang dipelihara oleh si bapa tadi, dalam erti kata lain, si anak ialah seorang anak angkat. Sebab tidak disarankan meletakkan "bin" atau "binti" ialah kerana mahu menjaga nasab keluarga kandung si anak tersebut. 

Ditekankan disini, "Maulad" hanya diletakkan pada nama anak angkat. Ianya TIDAK SAMA SEKALI membawa maksud anak tersebut anak luar nikah dan sebagainya. TIDAK. Jika anda berfikiran begitu, memang ditegaskan dan disarankan supaya anda beristighfar banyak2. Islam itu mudah dan indah. Takkanlah letak nama "Maulad" terus dicop sebagai anak luar nikah kot.. Adakah Islam itu sengaja mahu mengaibkan seseorang anak tersebut? Padahal Allah pun berpesan supaya jaga aib sesama insan. Jangan fikir negatif. Tidak semua anak angkat adalah anak haram.

Sekali lagi saya nak fahamkan anda semua; "Maulad" HANYA membawa maksud anak angkat. BUKAN ANAK LUAR NIKAH! Salah sama sekali! Takkan lah Islam nak mengaibkan seseorang anak itu terang-terangan? Sedangkan Allah lagi berpesan supaya menjaga aib sesama insan..

Melalui pengalaman dan pemerhatian saya, tidak semua anak angkat mempunyai nama "Maulad" pada nama mereka. Ada juga yang diletakkan "Abdullah" pada hujung nama mereka. Contoh, Nur Safura Abdullah. Segelintir juga nama anak angkat disambung terus dengan nama bapa angkat tanpa mempunyai "Bin/ Binti". Contoh, Nur Safura Haikal. 

Kenapa ada yang guna nama Abdullah? Kenapa yang lain guna "Maulad"?
Saya juga kurang faham. Tapi ustazah sama kolej saya ada beritahu, itu mengikut keputusan Mufti. Dulu, mufti mewajibkan semua anak angkat diletakkan nama "Abdullah" di hujung nama. Kemudian berubah lagi, dan seterusnya. Itu sedikit info yang saya faham lah.

OK, harap semuanya jelas kepada para pembaca. ;) 
Jikalau kurang penjelasan, anda bolehlah merujuk kepada ustaz atau ustazah berdekatan anda. 

[edited on 8th August 2016 by Ash-admin]

Sejujurnya, saya agak sedih kerana ada yang menganggap mana2 budak yang bernama 'Maulad' ni anak haram..itu adalah tanggapan yang sangat salah.





Perkara kedua, tentang artikel seorang hamba Allah yang seolah2 menghina anak2 yang lahir hasil hubungan luar nikah. Aku memang tak puas hati la dengan artikel saudara tu, sebab setahu aku setiap bayi yang lahir ke dunia ni adalah suci despite he or she born with or without legal marriage of their parents. Yang bersalah itu adalah kedua orang tuanya. Kenapa harus dihina anak2 luar nikah? Mereka juga manusia ada hak untuk hidup dalam masyarakat. Insya-Allah, dengan didikan yang sempurna, barangkali mereka boleh menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah, malah mungkin boleh menjadi orang yang berguna, lebih baik lagi berbanding anak2 yang lahir 'dalam nikah'.

Saranan dan nasihat aku, tak usahlah korang menghina2 anak luar nikah ni. Silap2 kau lagi banyak berdosa berbanding anak2 yang suci ni. Daripada menambah dosa menghina anak2 luar nikah ni, baik kau jaga anak2 kau jadi anak yang soleh dan solehah. Mudah-mudahan nanti anak kau dapat doakan kau bila dah meninggal nanti. 

Petikan daripada Artikel Hamba Allah tersebut:

"Cuba kita bayangkan apa akan jadi anak-anak tanpa bapa yang putus nasab ni 20 tahun akan datang, mereka tentu akan berkahwin sebab dah dewasa. Waktu itu mungkin surat beranak mungkin jadi syarat wajib untuk pengesahan pihak keluarga pengantin seorang lagi.

Bayangkan apa akan terjadi bila rombongan yang datang itu, bila disemak bakal menantu tu nama tiada bin atau pun bin kepada MAULAD..., Anak tuan rumah dah berkenan, sanggupkah kita menerima anak luar nikah ini untuk dibuat menantu!!"

Maaf link terus ke blog tersebut terpaksa saya buang kerana tidak mahu mengaibkan saudara tersebut :)







P/S: Ucaplah selamat datang kepada bulan Rejab..banyakkanlah berbuat amal kebaikan dan amal ibadah, mudah-mudahan Allah merahmati kita semua ;)

Harap kalau ada salah, tolong perbetulkan. Saya budak baru belajar.. ;)

15 comments:

Suraya Bahanudin said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

betul ke ? da lame saye cari maksud 'Maulad' tapi x pernah dapat maksud yang sebetul nye. :( tapi kenape dalam ic je ad perkataan maulad tuh dalam surat beranak xde .

Ash-and-The-Cat said...

Hehe saya hanya menjalankan tugas dalam menjelaskan maksud sebenar 'Maulad'
@Nurul Amirah kalau nak pastikan lagi, boleh semak kat sijil anak angkat. kalau surat beranak asal mmg takda 'maulad' sebab bin/binti bapa kandung tetapi surat beranak yang KEDUA barulah ada maulad.

Arikal Razali said...

Ya. saya ada kat tempat maulad tu. masa sekolah sy selalu kena hina. and selalu org bertanya. even ayah angkat sy ambil sy dari abg kandung dia. means sy ni anak saudara dia. tp org selalu anggap benda buruk hanya sebab sy anak angkat. 20 tahun, sy tanggung hina. mujur ada juga yg faham.

Ash-and-The-Cat said...

sebenarnya saya pun pelik. apa semua org ingat nama 'maulad' ni anak luar nikah ka? pemikiran sempit sekali. tak semestinya la. 'maulad' ni hanya untuk anak angkat, dan seorang anak angkat itu tidak semestinya anak luar nikah. ingat sistem maulad ni saja2 letak untuk semua org tahu bahawa si anu itu anak luar nikah? eh mana ada sistem ni nak malukan seseorang tu sampai begitu sekali kan? kesian kwn2..tapi saya rasa kat swak or sabah ok jer..xpernah pulak ada org ejek or hina saya macam tu sekali. kebanyakkan pengalaman kena hina ni adalah orang yg tinggal di semenanjung malaysia.

Anonymous said...

Sy pun tbaca blog saudara tu..sedih bila dia bt knyataan tu..siap doakan djodohkn dgn ahli umno shj..mudah2an Allah beri dia petunjuk.

Anonymous said...

Sy ambil ank agkt dr single mum..sedih sbb spjg mnjaga single mum tu hgga bsalin..bnyk ckp2 org kg. Sy telan sj. Slps baby lahir 2bln tiba2 sy pregnt..stlh 8thn menunggu.. d sini Allah tunjukkan kuasaNya. Anak angkat ini adlh amanah dr Allah utk sy dn suami jaga..kesanggupan sy menerima cbrn ini akhirnya Allah beri ganjaran yg sgt indah utk kmi. Sy syg kedua2 anak2 syurga sy ni.

Arinss said...

Sememangnya maksud lain bagi 'maulad' adalah anak angkat kepada ... , ia tiada kene mengena dgn anak haram. Wallahu..

Lestariya Rohman said...

Asalamualaikum... saya nk Tanya kalau nama seseorang tu tak ade bin kan? Apa maksudnya? Misalnya, Alif Syukri Zainon.. sedangkan Zainon tu bapak dia.. Saya nk thu sma ada maksudnya org tu anak yatim ke? anak angkat ke? anak luar nikah?... klw anak angkat atau anak yatim kenapa x ade bin Abdullah ke? Boleh x klw nk mintak penjelasan?...

Ash-and-The-Cat said...

Saudari Lestariya, kalau saudari nak betul2 pasti, kena cek kat surat beranak atau I/C. kalau dalam I/C nama mcmtu jugak, xda bin, mungkin membawa maksud anak tersebut seorang anak angkat. berfikiran positiflah saudari, anak angkat tidak semestinya seorang anak luar nikah. kenapa xda "Abdullah", mungkin masa tu, dah tak wajib guna nama "Abdullah" bagi anak angkat. wallahualam, itu info yang saya faham serba sedikit. nak lebih lanjut kena rujuk yang pakar. :)

Qaseh Orked said...

Nama sya nor suhaiza maulat mohamed zabidi...itu nama di ic...kalau di ic lama dulu, dibahagian belakang ada satu ruang kecil di atas, NAMA ASAL...nor suhaiza binti mohd rashid.

Qaseh Orked said...

Nama sya nor suhaiza maulat mohamed zabidi...itu nama di ic...kalau di ic lama dulu, dibahagian belakang ada satu ruang kecil di atas, NAMA ASAL...nor suhaiza binti mohd rashid.

Unknown said...

Zaman 2020 ni masih bleh ke penggunaan perkataan Maulad digunakan utk anak angkat.?

Unknown said...

Nur Haiza maulad Daud.. sy rindu kat Kawan sy ni.. 😕

Anonymous said...

Terima kasih artikal tentang pengertian tersebut ..first time dengar n faham ..tk byk