Sunday, September 2, 2012

Permata ka Kaca?

Assalamualaikum wr wbt,

Ketika aku sedang mencari lagu Raya dalam laptopku, aku terjumpa sekali folder lagu2 nasyid. Wah, lama rasanya tidak mendengar lagu nasyid, agak2 dengar lagu nasyid ni sekali setahun macam lagu Raya juga ya?.. =.=

"Bagaikan permata dicelahan kaca, kerdipnya sukar untuk dibezakan"

Baris pertama sebuah lagu ini benar2 menarik perhatian aku untuk mendengarnya sehingga habis lagu.

Kerana baris pertama lagu ini juga membuatkan aku tertarik untuk berkongsi satu cerita. Biar saya beri peringatan disini, budak bidang seni saja yang akan dapat memahami keseluruhan cerita. Maaf jika ada yang tidak faham.

Pernah satu masa lalu, aku dengan konfidennya mengutip serpihan kaca yang aku sangka 'permata'. Pada waktu itu, aku yakin dan sungguh yakin bahawa yang aku kutip dan pegang erat itu ialah permata. Cahayanya, kilauannya begitu indah sekali.."Ya inilah permatanya!" desis hatiku tanpa mengetahui kebenarannya.

Untuk seberapa waktu aku tetap masih mengenggam erat 'permata' itu di tanganku. Sehingga hari demi hari aku terasa sakit. Sakitnya semakin hari semakin parah. Bila aku buka genggaman tanganku, ku lihat parah tanganku berdarah, 'permata' itu benar2 telah menusuk dan melukai tanganku..segera aku melepaskan dan langsung aku menangis..

7 hari 7 malam aku menangis, menangisi betapa sakit dan parahnya luka di tangan. Juga menangisi betapa 'permata' yang aku sayang boleh melukai aku sebegitu parah. Sungguh aku kemudiannya sedar bahawa itu bukan permata tapi sebaliknya kaca! Kaca yang sungguh merupai permata tapi jauh berbeza nilainya jika dibanding permata yang asli. 

Aku sendiri masih belum pasti jika luka di tangan sudah sembuh sepenuhnya. Walaupun pada pandangan fizikal luka itu sudah sembuh, namun di mataku, terbayang2 luka dan darah. Meski sudah sembuh, kesannya masih ada bagaikan ditarah..

Kini aku lebih berhati2 memilih antara permata dan kaca. Sungguh aku tidak sanggup diluka lagi. Sungguh aku tidak mahu sakit lagi. Penglaman dan luka masa lalu membuatkan aku was2 untuk mengutip mana2 'permata' lagi meski pada permata yang asli..


meow2~

Mohon doa semoga aku akan mendapatkan 'Permata'..


Wasalam.. :)

No comments: