Sunday, September 2, 2012

Tidak Selayaknya Aku..


Seorang Kyai yang terhormat di satu daerah asal Indonesia melawat seorang rakan baiknya di Malaysia. Kebetulan Kyai tersebut mempunyai seorang anak perempuan dan rakan baiknya itu mempunyai seorang anak lelaki, dimana keduanya sudah layak untuk bernikah, Kyai itu berhasrat ingin mengahwinkan puterinya dengan putera rakan baiknya.

Kyai dan keluarga dijemput ke rumah untuk makan malam. Seusai makan malam, Kyai terus meluahkan hasratnya itu sekaligus melamarkan putera rakan baiknya untuk puterinya. 

Putera kepada rakan baiknya bernama Faros dan puteri Kyai bernama Halima. Kedua anak muda tersebut agak terkejut kerana tidak menyangka pertemuan dua orang rakan baik akan menjadi pertemuan lamaran. 

"Ustazah Halima, boleh saya bercakap dengan awak sebentar?"

"Ya Dr Faros? Katakan saja, saya siap mendengar,"

"Sebenarnya saya agak terkejut mendengar pak cik Kyai yang melamar saya untuk awak. Saya nak awak tahu, saya tidak bersedia lagi hendak berkahwin, apatah lagi berkahwin dengan seorang ustazah,"

"Kenapa begitu Dr Faros?"

"Saya seorang doktor, dan saya berharap sangat kelak saya akan dapat berkahwin dengan seorang doktor juga. Saya haruslah berkahwin dengan seseorang yang sama taraf, sama tahap pendidikan dan sama standardnya dengan saya selaku seorang doktor. Maaf tapi saya rasa kita berdua tidak sekufu, seperti yang diperkatakan dalam pemilihan calon isteri,"

"Oh tidak mengapa-apa, saya juga mengerti sama sekali..namun ada sesuatu yang harus saya katakan kepada anda. Saya dari kecil belajar di sekolah pesantren dan mahaad. Ilmu yang saya pelajari ialah ilmu agama, memang jauh sekali dari ilmu sains yang anda belajar. Ilmu agama dan ilmu Islam itu dapat saya manfaatkan  bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Bahkan ilmu Islam itu sendiri meliputi ilmu Sains dan ilmu lainnya.."

Ustazah Halima menyambung lagi,

"Ilmu agama saya pelajari kerana Allah, dan saya kini berjuang menyampaikan ilmu yang saya ada juga kerana Allah, saya ingin mengembangkan syiar Islam dan saya juga dikira sebagai seorang pejuang. Semuanya saya lakukan ikhlas kerana Allah..disaat ilmu akal logik tidak dapat digunakan, anda pasti beralih kepada Tuhan, sesuatu yang berkaitan rohani dan spiritual. Terima kasih Dr Faros kerana sudah berterus terang terhadap saya, saya anggap ini sebagai tolakan pinangan saya secara halus. Saya tidak berkecil hati malah saya menerimanya dengan sabar dan redha, mungkin kita berdua memang tidak berjodoh,"

Keduanya terdiam seketika...

"Kita memang tidak sekufu Dr Faros. Kita tidak sama taraf, tidak sama tahap pendidikan dan tidak sama standard sebagai seorang pejuang agama Allah."

Ustazah Halima pun memberi salam dan berlalu pergi meninggalkan Dr Faros yang masih membatu dan membisu memikirkan kata2 Ustazah Halima tadi.




No comments: