Saturday, November 16, 2013

Life So November

Assalamualaikum wr wbt dan salam sejahtera,

It's a cliche- life so far, jadi aku gantikan dengan perkataan November, November 2013. Hidup aku setakat ini. Hmm, minggu lepas memang banyak tests, kesemua 5 subjek utama diuji dalam masa seminggu. Kebanyakannya menguji teori. Teori? Kepala aku kosong mendengarnya. Aku ini suka mengira, aku salah rupanya memilih kursus Perakaunan. Banyak juga aku perlu hafal. Aku punya ingatan seperti ikan emas. Itu perumpamaan yang kawan aku bagitau. Aku juga kurang faham bagaimana orang boleh tau kalau ikan emas itu punya daya ingatan yang lemah.

aku punya ingatan ikan emas


Oh ya aku hampir terlupa, ada kuiz Bahasa Arab peringkat 3, level 3 (BA501). Online quiz pula. Ustaz maklumkan pada kelas hari Khamis minggu lalu bahawa ada kuiz secara talian yang akan tamat pada hari sabtu, 9hb Nov pada jam 11.59 malam. Memang tepat sebelum tengah malam. Pada hari kejadian aku lambat pulang ke rumah kerana ada Family Dinner. Jam 11 malam begitu aku bersiap mahu menjawab soalan dengan kepala kosong. Aku kira baik aku bukak buku dulu baca. Tengah syok membaca, aku tiba2 terasa kepalaku terhuyung hayang. Mengantuk! Eh bukan, aku tertidur! Memang sudah tidur jawabnya aku. Bangun pagi esoknya menangis sebab tak sempat buat kuiz talian :'(
Sebenarnya, menangis dalam hati saja. Nasib baik, ustaz aku begitu baik bagi aku peluang untuk buat kuiz secara offline pada hari Isnin. Terima kasih Ustaz Wan Mohd Saophy!!! Lebih 24 jam aku hidup macam zombie mengenangkan nasib tak sempat buat kuiz. Akan tetapi,aku hanya berjaya dapat 3.5 per 5.....Apapun Alhamdulillah, sekurangnya aku masih ingat apa yang ustazah dan ustaz ajari.

lupa buat online quiz :'(


Macam kurang percaya saja kalau aku ini dahulunya budak aliran agama, belajar bahasa arab. Aku tengah mencuba untuk mengingati kembali zaman2 sekolah dan apa yang pernah dipelajari. Jujur, aku tidak ingat apa2. Macam hilang ingatan. Semasa mula2 belajar BAB 401, aku tanya pada diri sendiri, "Pernahkah aku belajar ini di sekolah dulu? Macam pernah dengar saja"

dalam kenangan, tp ini bukan buku batch aku.


Hakikatnya, ya, aku pernah belajar. Aku tanya kawan baik aku yang juga sama budak aliran agama masa sekolah. Ibarat aku belajar semulalah di universiti. Aku budak nakal masa sekolah, aku antara budak aliran agama yang enggan mengambil subjek bahasa arab untuk PMR. Maafkan saya ustaz, err aku pun dah lupa nama ustaz.

Sampai disini saja ya, esok ada "BACC Public Speaking: Be Professional Through Accounting", kena bersiap awal.


Wasalam.

No comments: