Thursday, June 16, 2011

Malam Pertama Aku...

Salam satu Malaysia *aiseh,skema betol la*

    Semalam adalah malam pertama aku. Malam pertama apa? Malam pertama aku stay bilik hostel aku sorang-sorang untuk semester nie. =P
Wei, mana roomate? Laa..nak aku citer gak ke? Ok, meh aku citer. Sebenanya, aku batalkan hasrat aku nak pegi pertapa kat Puncak Gading *hiperbola*. Aku ambik keputusan nak tinggal kat bilik yang lebih dekat dengan cafe kampus aku, jadi aku pindah bilik lagi la...

Memandangkan aku dah penat lelah bersihkan bilik yang aku tak jadi stay tu, aku rasa malas ar nak kemaskan bilik yang baru nie. Seolah-olah aku buat kerja yang sama dua kali. So aku upah la kakak-kakak cleaner untuk tolong bersihkan...haha..*pemalas betol la*

Aku daftar masuk bilik ni pada Isnin lepas, memang takder orang lain selain aku yang stay kat bilik ni. Bilik aku ni bilik untuk dua orang. Jadi, hanya ada nama aku sorang je kat borang bilik tu. So, aku ajak la sorang kawan aku ni bermalam ngan aku memandangkan malam Isnin tu kitaorang ada kelas malam.

Keesokkan harinya, aku suruh kawan aku tu pegi Pejabat Kolej asrama kitaorang untuk memohon stay kat bilik yang aku stay tu. Petang dalam pukul 3-4 petang camtu baru dia dapat kunci..yay, aku dah ada roomate!!
Tapi dia balik rumah petang tu.Nak packing barang-barang dia, nak bawak masuk hostel keesokkan hari. So, malam tu aku tido sorang ar dalam bilik. Dahla bilik yang kat corner yang hanya ada 3 buah bilik jer. Aku takder jiran sebelah tapi aku ada jiran kat depan. Agak seram gak ar malam hari, sebab dekat ngan pintu besar. Tambahan pulak, kat lua koridor tu takda lampu...@.@
Ye, aku mengaku...aku memang penakut..malam tu, walau mengantuk mana pun aku, aku tak tido. Aku ada fobia tido sorang dalam bilik asrama. Fobia pasal apa? Tu aku tanak citer dulu. So, aku menyibukkan diri dengan menghadap laptop aku supaya aku tak mengantok dan tido. Later, aku rasa nak ke tandas pulak..adoyai.. Punya la berdebar-debar aku nak kelua dari bilit ke tandas..tapi bila dah sampai tahap aku tak tahan tu, aku redah je nak jalan ke tandas. Lagipun tandas tu dekat jer..hehe..

Aku on9 sampai pukul 4 pagi. Then mata aku tu jadik berat sangat-sangat..aku pun tido la. Tido dengan perasaan was-was dan takut. Pagi tu aku bangun pagi, pegi mandik baru aku perasan ade luka kecik kat bahagian siku aku. Sakit dan pedih kena air. Aku pun heran jugak. Bila masa pulak aku ada terluka ni??...

Sebenanya, ada sejarah kenapa aku fobia tido sorang ni. Sebab tu la aku tak suka tido sorang. Nanti la dalam post lain aku cita kenapa.

Nak gi tido lu...
p/s: aku dah tak tido sorang lagi coz dah ade roomate =]


Regards,
Ash.

No comments: