Tuesday, June 14, 2011

Minggu yang penuh dgn "TENSION"!!

Minggu ni dah masuk minggu kedua kuliah tapi...tension macam nak Final Exam pluak..
Assignment yang tak pernah putus-putus, lecturer yang garang, jadual kuliah yang agak kelam kabut...haish...pening kepala~

Aku tak tau la macam mana aku nak mengharungi satu semester aku macam ni. silap haribulan, boleh jadik gila...tapi harap-harap tak jadik camtu, perumpamaan jer tu.

Ok, kalau nak tau, aku sekarang ni tengah ambik jurusan Perakaunan, bidang yang sama professional dengan engineering, lawyer dan medicine. Wah, cayalah...
So, kalau nak jadik professional macam aku, ambiklah jurusan perakaunan...*promote cket*

Dan kepada sesapa yang perlu apa-apa nota pelajaran subjek perakaunan, boleh bagitau aku, nanti aku emel kan kat korang.

Ok,berbalik kepada topik post kali ini, aku nak bagitau la, tu memang lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar universiti mahupun matrikulasi dan sekolah. Kalau dah masuk alam pekerjaan tu lagi tension. Bukan double banyaknya..tapi triple..*hiperbola sangat ey aku*
Tension yang tengah kita hadapi sekarang ni sikit lagi tau jika dibandingkan dengan tension yang dihadapi oleh orang dewasa a.k.a orang yang tengah dalam alam pekerjaan. Tension dorang tu jauh lebih hebat lagi.

Tapi apapun, kita kena mula berjinak-jinak dan berlatih menghadapi rasa "Tension" sebab kita memang tak boleh lari punya..kat mana-mana kita pergi pun, "Tension" tu tetap akan ada bersama kita~~~


Regards,
Ash.

No comments: