Sunday, June 26, 2011

Masih Hidup Walaupun Dihentam..

Aku rasa tak semua orang kat dunia ni dilahirkan sempurna. No body is perfect.

Ni aku nak cerita, pengalaman aku kena kritik dan kena hentam sebab satu kesilapan kecik yang aku tak pernah sengaja nak buat.
Aku ni pegang salah satu jawatan tertinggi dalam sebuah persatuan kat U aku ni. Time tu aku masih baru jugak dalam persatuan tu, and masih muda jugak la..hehe.. So, aku diberi satu tugas untuk buat sesuatu iaitu 'Satu Tugas' (aku tanak bagitau apa tugas tu,biarlah rahsia). Dalam persatuan aku tu ada sorang jer senior. Bila aku mintak nasihat dia, dia cakap la macam ni, macam tu. Then ada miscommunication kat situ. Bila dah ada miscommunication, alamatnya, semua benda yang aku buat tu salah la dan telah mengakibatkan kerugian terhadap ahli-ahli persatuan kami. Pensyarah bagitau aku yang duit-duit semua orang akan dapat di'reimburse' tapi aku taktau la camne.

Tu cerita lama, sekarang nie, aku maseh menjalankan tanggungjawab aku. Sekali lagi aku buat tugasan yang sama.Dan aku dapat lihat, rakan2 yang lain kelihatan tidak mempunyai kenyakinan terhadapku untuk membuat tugasan yang sama. Everyone gives me that 'looks'.

Ya, aku mengaku aku pernah buat salah, salah yang aku tak sengajakan. Kalau aku explain pun tak guna jugak kan, benda dah jadi, explanation is not going to help anyway and you are not going to listen either!! Macam satu quote ni "There's no need to explain, your friends don't need them and your enemies won't believe you"

Apapun aku dah buat yang terbaik. Aku jalankan tanggungjawab aku dengan amanah, cekap dan efisien. Aku tak kesah pun kalau ada orang yang nak mempertikaikan kredibiliti aku dalam menjalankan tanggungjawab.

Tapi satu jer aku nak ingatkan, jangan suka mengata orang lain kalau diri sendiri tu taklah bagus sangat.

Aku memberi sepenuh komitmen terhadap tugas aku. Begitu komited aku sehingga aku korbankan masa belajar aku untuk buat apa yang patut. Study week aku dikorbankan untuk satu tugasan persatuan ni. But still, alhamdulillah, aku score gak dapat Dean's List semester tu.

So, kawan-kawan, jangan sebarang cakap jer aku ni tak komited dengan tugas aku. Maybe korang tak nampak apa yang dah aku buat untuk persatuan ni tapi aku tau yang aku dah banyak korbankan masa, duit (masih ada duit yang belum dapat dituntut sebab persatuan kekurangan duit), diri, jiwa dan raga aku ni. Korang tak nampak semua tu kan??!!...Aliran wang, mana nampak! Masa aku yang berlalu, korang tak nampak..Tenaga yang aku curahkan, lagi la korang tak nampak..

So, kesimpulannya, walaupun aku memang salu kena hentam dan ktitik teruk oleh budak-budak lain, aku masih teguh, tetap berdiri dan hidup. Sebab hidup aku bukan untuk disia-siakan.


Masih Hidup,
Ash.

No comments: