Saturday, January 7, 2012

Kecewa & Patah Hati? Cara Pulihkan part 1

Kecewa & patah hati? Cara pulihkan part 1

Adakah sekarang anda merasa kecewa? Patah hati? Dalam part 1 ni, saya akan berbincang mengenai kekecewaan akibat hubungan soal hati dan perasaaa a.k.a soal cinta la..

sumber: google


Kenapa kecewa? Kenapa patah hati? Sebab Si Dia tinggalkan anda? Dan Si Dia sudah tidak hiraukan anda lagi? Jangan susah hati! Ok, sini saya akan bagi nasihat yang anda boleh ambil iktibar. Kalau tak nak ambik iktibar pun takpe, bacala dulu..hehe..

1. First of all, jangan pedulikan pasal si dia. Seriusly, jangan sesekali berhubung semula dengan dia untuk satu tempoh tertentu sehingga anda boleh get rid of him/her from your mind. Dalam erti kata lain, dah move on la..

2. Andai kata dia tinggalkan anda untuk orang lain, jangan salahkan pihak ketiga! Yang bersalah dan sebenar2 nya yang bersalah itu adalah si dia sebab tak setia dengan anda, paham?..Tapi kadang2 dalam hal yang lain, atas sebab peribadi,contohnya sebab tak tahan dengan perangai anda? Ukur baju di badan sendiri ye?..

3. Luangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan rakan2 anda. Jika selama ini, si dia menghalang anda untuk bersama kawan2, inilah masa untuk menebus semula kesalahan anda terhadap rakan2 sebab asyik berkepit dengan si dia sampai takda masa untuk kawan.

4. Lagi pasal kawan. Sebabnya, hanya kawan2 saja yang dapat menceriakan hari2 anda. Kalau anda sentiasa bersama kawan2 ataupun kawan baik, taklah anda rasa sangat kekecewaan tu dan lonely sangat kan?

5. Jangan bersendirian. Sebab kalau anda bersendirian, lagilah terkenang2 kat si dia.

6. Ceritakan dan luahkan rasa kekecewaan anda kepada kawan baik sahaja. Jangan dok pegi menjaja pasal breakup anda kat semua orang =.=

7. Nak lebih extreme lagi? Time korang tengah sedih2 tu, marakkan rasa marah dalam diri korang terhadap si dia!! Takla sedih sangat kan?

8. (aku tau tak logik akal and takde kaitan) Denga lagu Lady Gaga, sebab lagu Gaga semua berentak rancak dan rock gila..XD

sumber: google


p/s: Ini hanya sekadar untuk besantai sahaja. Yang baik diambil, yang buruk tinggalkan. Peace! ^.^V 
Part 2 nanti kalau aku rajin aku update la XD

No comments: