Sunday, January 15, 2012

Sangat Menggugat Keimananku...

Assalamulaikum~

Entry kali ni just personally about aku sendiri. Aku baru balik rumah hujung minggu ni sebab last weekend tak balik rumah, stay hostel je. Entahla kenapa minggu ni aku rasa lemah tak bermaya dan rasa sangat2 tak bersemangat.

First sekali, aku diserang sakit gigi. Weh, memang sakit la. Nak tido pun susah. Doktor just bagi ubat panadol je untuk tahan sakit. Then, exam week. Midsem exam kataka. Next, mak aku sakit. Bila aku dapat tahu yang mak aku pegi hospital naik ambulans, aku dah mula resah. Kalau mak aku sakit, sapa pulak nak jaga adik kecik aku tu? Baru je masuk tadika. Tapi alhamdulillah, mak beransur pulih now. Lastly, kalau aku ada buat sesuatu, mesti ada yang tak betol je. Segala apa yang aku buat mesti ada yang tak betol. Tu yang buat jiwa kacau.

Tapi yang lebih menggugat keimanan dan kesabaran aku ialah buat case study subjek FAR 360. Mak oi...mencabar aku habis-habisan! Untuk sekejap, semasa aku still working on this case study, buat aku berpikir, apa betol aku tengah ambik kursus perakaunan ni? =.=

Tadi aku ada chat ngan sorang kawan baik lagi rapat. Dia tanya pasal blog aku sebab dulu pernah kantoi cakap2 pasal dia kat blog. Hehehe..sorry ye =P Blog aku ok2 je..just aku yang tak pernah 'publish'kan blog aku kat Facebook mahupun Twitter. Yang kantoi dulu pun melalui Twitter secara tak sengaja..autopost. So, mostly kawan2 aku takkan tau la pasal kewujudan blog aku ni. Malu la nak show kat dorang blog aku ni. Lagipun ni satu-satunya blog aku cakap Melayu. Dalam tulisan blog memang cantik ayatnya tapi kalau disuruh bercakap, tergagap-gagap aku..tak fasih cakap 'Malaya'..huhu

Ok, baru je login Twitter, tengok tweet sorang rakan baik ni, dia tweet dia baru je kena marah tak reply mesej sebab main game tadi, 6 hours ago. Then dia tweet lagi bagitau kawan dia yang marah dia tu ialah kawan time sekolah rendah, 2 hours ago. Kebetulan aku ada jugak chat ngan dia tadi. Aku ingat yang aku marah sebab tak reply emel, bukan mesej. Tak kesah la.

Ok, ni pesanan istimewa kat mana2 kawan aku yang dah discover pasal blog aku ni, selamat datang dan selamat membaca. Terima kasih sebab sudi singgah ke blog yang tak berapa nak cantik ni. Lepas baca blog ni jangan gelak kat aku pulak sebab penggunaan ayat yang aku tak pernah pakai to converse.

Ok, sampai sini saja. Bye2, wassalam~

No comments: