Friday, January 27, 2012

Akulah Si Pom-pom gurl!

Salam sejahtera, harap para geng2 blogger semua sihat2 belaka.

Alhamdulillah, sekarang dah masuk hari Jumaat. Kita semua patut rasa bersyukur sebab masih bernafas pada hari ini. Kalau tak, takkan boleh baca entry ni kan? 

"Akulah Si Pom-pom gurl"? Apa benda tu? Haaa, ni la nak cerita. 

Alkisah, seorang budak nerd paling smart lagi sempoi bernama Ash, ada seorang kawan bernama Liyana Affendie. Si Liyana ni nak berdiet, kononnya nak kurus. Sebagai seorang teman yang baik, Si Ash ni berjanji akan menyokong Si Liyana ni untuk berdiet. Jadi Si Ash ni bagilah nasihat and tips2 berdiet yang dia tahu berdasarkan pembacaan buku dan carian internet.

Tapi Si Liyana pulak cakap begini kat Si Ash "Eh, kau dah macam coach aku la. Kau jadi coach aku berdiet la ye?" sambil buat muka gini ==> ;-)
Agak terkedu la Si Ash ni mendengarnya..so Ash pun cakap "Eh2, bukanlah..aku bukan coach kau! Aku 'supporter' je la..macam 'pom-pom girl' tu..." sambil buat aksi macam pom-pom girl.

So para pembaca semua, Si Ash kat atas tu ialah aku. Aku taknak la dia anngap aku 'coach' dia berdiet. Sebab..aku pun tak kurus2 lagi ni. Makin gemok gedempol adalah..aku hanya boleh jadi penyokong dia je..

Kat post yang lalu, "semangat nak kurus", aku ada cakap nak kurus kan. Tapi rasanya sampai sekarang aku tak diet2..so, tak kurus2 la ni         
=_______________="

seorang lagi kawan baik aku bernama Azzryn bagitau, hidup cuma sekali, so enjoy je la life ni, makan apa2 je yang you suka, tak kisah la, janji sihat, ok!

Wasalam, salam sayang,
Ash.

No comments: